Awal pagi lagi, Ayra sudah meminta diri untuk balik. Dia tak sempat bersarapan. Tujuan dia cuma satu supaya cepat sampai kerumah dan tak bertemu dengan Jeffery.
" Eh tak sarapan dulu ke?" Soal Datin Juhaiza saat Ayra ingin menyalami tangannya dimuka pintu utama.
" Its okay aunty. Saya dah lambat, saya ada kelas pagi ni. Maaf sangat dan terima kasih sebab tumpangkan saya semalam" Cepat-cepat Ayra menyalami Datin Juhaiza lantas meninggalkan kediaman milik keluarga mereka dengan segera.
Jeffery keluar bilik bersamaan dengan Jaffan. Jeffery terpinga-pinga melihat wajah Jaffan yang masih belum mandi. Bilik mereka berdua bertentangan sahaja.
" Eh?!" Jeffery terkejut.
Jaffan pula menguap seraya menutup mulutnya.
" Malam tadi Jaffan tak tidur bilik abang ke?" Soal Jeffery curiga.
Jaffan beriak dengan pelik lantas gelengkan kepalanya.
" Abang merepek apa? Mana ada Affan tidur bilik abang." Jaffan menggosokkan belakang lehernya lantas turun ketingkat bawah.
Jeffery terpinga. Jadi siapa yang dia peluk malam tadi? Takkan lah?! Jeffery tertanya sendiri.
Belum sempat Jaffan nak bertanya, Jeffery sudah berlari masuk kedalam bilik semulanya dan mendapati telefon pintar milik Ayra masih ada didalam biliknya. Jeffery gelengkan kepala dengan bingung, tidak mungkin. Jeffery menghempas punggung lebarnya diatas tilam.
Jaffan gelengkan kepala sekali lagi lantas mengatur langkah turun ketingkat bawah.
Jaffan mengambil tempat duduk dimeja makan lalu matanya melilau mencari kelibat Ayra.
" Mana Ayra mummy?" Soal Jaffan kepada Datin Juhaiza yang sedang meletakkan pinggan diatas meja.
" Ayra dah balik tadi, dia cakap ada kelas pagi ni. Kamu berdua bukan ke sekelas? Kenapa kamu tak mandi lagi?" Soal Datin Juhaiza sambil mengangkat keningnya sebelah.
Jaffan mengerutkan dahinya. Setahu dia pagi ini mereka tiada kelas pagi. Kelas mereka pada pukul 12 tengahari nanti.
" Aik?!" Sekali lagi Jaffan menayangkan wajah pelik. Jaffan jungkit bahu lantas mengunyah makanannya. Jaffan menganggap kemungkinan Ayra ada ambil subjek lain tanpa pengetahuannya.
Jaffan baru sahaja selesai bersarapan dan ingin bangkit namun terbantut saat Jeffery meletakkan telefon bimbit Ayra diatas meja makan.
" Kau lupa nak ambil phone Ayra." Jeffery cuba beriak sahaja sambil melawan fikiran negatif bermain difikirannya dan berharap yang baik-baik sahaja.
" Hmm bang malam tadi abang tidur dengan siapa?" Soal Jaffan inginkan kepastian. Dia mendongak memandang Jeffery.
" Tak ada apa lah. Aku tidur sorang. Abaikan saja soal tadi, mungkin aku mengigau." Jeffery meneguk air masak sebelum berlalu pergi lantas sempat merembat roti kosong gardenia sekeping yang terletak diatas meja makan.
Jeffery sempat menyalami bapanya yang baru turun daripada tangga. Datuk Damian atur langkah kearah dapur dan mendapatkan Datin Juhaiza dan Jaffan.
*
Ayra menyembamkan mukanya dibuku tebal. Wajahnya menahan rasa malu dan mengusir jauh-jauh fikirannya membayangkan wajah Jeffery pagi tadi.
' Dasar gemuk bod- ' Ayra gelengkan kepala, dia tak mahu mengutuk crush dia. Bukan salah Jeffery padahal salahnya sendiri kerana silap masuk bilik.
Jaffan mengetuk kepala Ayra dengan telefon bimbit milik Ayra. Ayra angkat kepala lalu menayangkan wajah terkejut.
" Apasal kau balik tak cakap dengan aku? Nah ambil balik phone kau yang tak seberapa ni." Jaffan meletakkan telefon bimbit Ayra diatas mejanya.
YOU ARE READING
Sayangku Encik Chubby
RomanceFizikal bukan ukuran, Ayra ikhlas mencintai Jeffery walaupun fizikal lelaki itu tiga kali ganda daripadanya. Ayra tak peduli, dia tetap nak lelaki itu. Ayra tak kisah jika orang menganggapnya hanya nak ambil kesempatan keatas lelaki itu. Bagi Jeff...