HSO 9

937 75 2
                                    

"JADI Tya nak bincang apa dengan Adwa?"tanya Adwa. Asyraf yang memerhati sahaja sikap Adwa. Tya menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan bicaranya.

"Jangan ingat Tya boleh lupa apa yang Adwa buat kat Tya. Tya hampir hilang maruah Tya. Cuma nak cakap, jangan disebabkan nafsu, Adwa nak anggap perempuan ni takde harga diri,"kata Tya dengan jelas.

"Adwa dah berubah,"kata Adwa.

"Berubah? I know everything about you. Rifqah sendiri cerita kat Tya. Memang suka mainkan hati perempuan?"tanya Tya kepada Adwa. Adwa menghela nafas berat.

"Puncanya dari Adwa sendiri. Bukan Tya atau Rifqah. Sampai bila nak salahkan orang untuk tutup kesalahan sendiri?"ujar Tya lagi.

"Tya ni sampai trauma nak kenal lelaki. Nasib suami Tya ni jadi penyelamat Tya. Dia yang lindungi Tya dari semua lelaki termasuk Adwa. Dengar cerita dah kahwin dengan Rifqah? Cuma boleh cakap, perempuan kalau dah sakit hati memang dia akan berubah,"kata Tya lagi.

"Kau kena ingat bro kau cuba belajar terima nasihat daripada semua orang. Jangan nak salahkan isteri kau sepenuhnya. Dia nampak je kasar tapi hati dia? Pernah kau fikir?"balas Asyraf pula. Adwa sudah mati kata.

"Kalau tak dapat jaga Rifqah, lepaskan dia. Itu je Tya boleh cakap,"kata Tya. Dia dan Asyraf meminta diri untuk pulang.

"Apa sebenarnya Tya nak cakap kat aku? Ramai betul nak cari salah aku,"kata Adwa perlahan. Dia bangun untuk menyiapkan kerja yang masih belum diselesaikan.

Setelah waktu bekerja sudah selesai, Adwa mengemas segala yang perlu dikemas. Ketika dia ingin menutup kafe miliknya, Adwa melihat isterinya dan Raiden seperti baru keluar dari sebuah kedai. Perasaan geram mula membara di hati apabila Raiden dan Rifqah saling ketawa.

Paling tidak disangka, Raiden membuka pintu keretanya untuk Rifqah dan melayani Rifqah ala-ala seperti seorang ratu.

"Kau ni aku dah banyak hoodie kat rumah aku tu. Kau beli lagi dah lenapa?"soal Rifqah kepada Raiden.

"Kau tu kan minah hoodie. Tapi kau nampak comel pakai hoodie. Halah kalau dah comel tu jangan nak menipu lagi,"kata Raiden selamba dan Rifqah menayangkan muka menyampah.

Minah hoodie? Gelaran baru untuk aku ke?

"Ah kau tahulah kaya kau ni membazir je. Baik kau simpan duit untuk hal yang penting je,"kata Rifqah yang tidak mahu mengalah.

"Takde istilah membazir untuk wanita kesayangan aku ni,"jawab Raiden sambil fokus memandu keretanya. Rifqah menelan air liurnya.

"Kau ni macam tak biasa dengan aku. Aku ikhlas tolong kau dan aku selesa berkawan dengan kau,"kata Raiden lagi tanpa memandang ke arah Rifqah.

"Apa guna kau ada lelaki yang toxic macam Adwa dalam hidup kau? Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan dia atas sebab keluarga kan? Aku tak suka tengok kau menangis,"ucap Raiden lagi. Tanpa sedar, Rifqah memberikan senyuman nipis.

"Kalau suatu hari aku dapat kahwin dengan kau, aku akan jaga kau macam mana aku jaga umi aku. Aku tahu kau akan reject aku sebab kita hanya kawan kan. Reject ni benda biasa. Aku takkan pernah mengalah,"kata Raiden menyebabkan Rifqah tidak mampu berkata apa-apa.

"Suatu hari nanti kau nak kahwin dengan aku?"soal Rifqah.

"Gila tak nak? Kau ada ciri-ciri wanita yang aku cari. Kalau dah tak tahan hidup dengan Adwa, carilah aku. Aku bukan nak hancurkan perkahwinan kau tapi kau layak bahagia,"ujar Raiden.

"Terima kasih Raiden sebab kau sentiasa ada aku ketika susah dan senang,"balas Rifqah.

"Chill. Aku suka tolong orang dan aku tak mengharapkan balasan,"jawab Raiden. Rifqah terus mendiamkan diri dan memandang ke arah luar tingkap.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now