"WELL sekarang Raiden adalah musuh Adwa. Saya dapat video ni dari pemandu Raiden iaitu Yazid. Kita boleh jadikan video ni sebagai bukti,"kata seorang perempuan kepada Rifqah.
The Black Valeria, kumpulan yang dicipta oleh Rifqah sendiri. Raiden dan Adwa sudah menjadi ahli tersebut. Ketua kumpulan ini adalah seorang perempuan yang sangat tegas.
"Good. Saya masukkan Adwa dalam kumpulan ni pun saya nak tengok sejauh mana dia boleh pergi,"kata Rifqah yang menonton video perbualan Raiden dan Adwa.
"Jangan bocorkan rahsia kita berdua. Tunggu waktu yang sesuai. Tak sabar nak tengok reaksi Adwa nanti,"jawab perempuan itu sambil tersenyum jahat.
"Oh jangan risau saya memang simpan banyak rahsia orang. Nanti saya beritahu kita punya plan untuk jatuhkan Adwa. Dia guna cara kasar kita guna cara halus,"ujar Rifqah dan perempuan tersebut mengangguk perlahan. Dia meminta diri untuk beredar.
Rifqah pantas menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia pantas mengunci semula bilik rahsia itu. Dia terpandang ke arah Adwa yang baru sahaja pulang.
"Oh dah puas ke gaduh dengan Raiden. Hanis yang cerita pada aku. Dia nampak kau bergaduh dengan Raiden. Raiden bukan orang yang boleh kau lawan. Dia bukan saingan kau,"kata Rifqah sinis. Adwa mengawal perasaan marahnya.
"Sebab dia CEO? Memang suka pilih lelaki yang berharta ke? Oh tahulah saya ni mampu buka kafe je saya ni memang tak pandai akademik tapi jangan pandang rendah kat saya!"kata Adwa. Rifqah tergelak sinis.
"Bila masa aku cakap aku pilih dia? Dia kawan baik aku biarlah aku nak puji dia. Buat apa aku nak puji lelaki macam kau ni?"balas Rifqah.
"Apa guna awak bercinta dengan saya dulu sedangkan awak lebihkan Raiden tu?"tanya Adwa.
"Kau nak aku layan kau 24 jam ke gila? Eh payah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni,"jawab Rifqah.
"Saya atau awak yang tak faham bahasa? Sibuk sangat jumpa dengan Raiden. Buat suami macam tunggul,"kata Adwa.
"Kau ingat kau siapa? Kau tu suami sementara aku je,"kata Rifqah.
"Oh sementara? Terdesak sangat ke nak kahwin dengan Raiden tu?"balas Adwa.
"Kalau aku nak kahwin dengan Raiden lepas aku bercerai dengan kau, apa salahnya? Risau nanti kau yang meroyan tak tentu arah,"ujar Rifqah.
"Siapa cakap saya akan ceraikan awak? Saya tak jamin Raiden tu boleh bahagiakan awak,"ucap Adwa dengan yakin.
"Habis kau bahagiakan aku ke? Tidak pun kau bukan kebahagiaan aku,"kata Rifqah lagi.
"Susah sangat nak jatuh cinta dengan saya huh?"soal Adwa.
"Aku tak jatuh cinta dengan kau. Kau ingat aku akan cintakan kau untuk kali kedua?"Rifqah berkata kasar dengan suaminya sendiri.
"I don't care about you. Remember that?"ujar Rifqah lagi. Adwa menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"I'm not the jealous type but what's mine, it's mine. Full stop,"balas Adwa dan Rifqah memberikan senyuman yang penuh bermakna. Makna yang dipenuhi dengan kejahatan dan kekejaman.
"My mother didn't raise a fool. A cold-hearted woman but not a fool,"ujar Rifqah yang menepuk perlahan bahu suaminya dan Adwa hampir terjatuh.
"Dingin dengan saya tapi dengan Raiden tak dingin pula?"kata Adwa yang seakan ingin menyindir isterinya.
"I play dumb for smart reasons. Kau ingat aku ni tak cerdik ke? Hidup ni kita kena jadi orang bijak. Bijak dalam menilai orang,"jawab Rifqah.
"Awak pernah tuduh saya ada perempuan lain padahal saya ni cari rezeki!"kata Adwa.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKARYA PERTAMA COVER BOOK BY LYCIAA You own my love and loyalty Muhammad Adwa, seorang lelaki yang mempunyai kafe sendiri. Seorang yang sukar didekati oleh sesiapa pun dan dirinya berubah kerana kisah cintanya dulu yang kini menjadi memori lama. Nur...