RIFQAH bangun awal berbanding Raiden. Raiden masih lagi tidur. Rifqah mengemas apa yang patut. Tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang kuat.
Dia berpaling dan terkejut Raiden terjatuh dari katil. Raiden masih lagi nyenyak tidur. Lah dia ni jatuh katil memang tak sedar ke?
"Raiden! Bangunlah kau ni dah kenapa tidur kat lantai?"kata Rifqah lalu menggoncangkan sedikit badan suaminya.
"Ya cinta aku bangunlah ni. Patutlah aku rasa sejuk rupanya aku tidur kat lantai,"ujar Raiden lalu terus bangun. Dia bersila sambil menggosok rambutnya yang serabai itu.
"Tak muak ke panggil aku cinta?"tanya Rifqah. Raiden tersenyum kecil.
"Kenapa aku perlu muak nak panggil kau cinta? Kau kan cinta hati dan wanita kesayangan aku,"jawab Raiden. Tangannya sengaja mencubit hidung Rifqah.
"Eh kenapa cubit hidung aku? Sakitlah!"ujar Rifqah. Dia mencebik geram dan Raiden tertawa kecil.
"Selalunya orang akan cubit pipi kan kali ni aku cubit hidung kau. Dari aku cubit hidung perempuan lain, baik aku cubit hidung isteri sendiri,"balas Raiden selamba. Rifqah memukul perlahan lengan suaminya.
"Berani buat aku tumbuk muka kau,"jawab Rifqah lalu menunding jari ke arah Raiden. Raiden mengangkat tangannya tanda dia takut dengan Rifqah.
"Uish takutnya kita dengan dia. Berani betul nak lawan cakap suami,"kata Raiden lagi. Rifqah mencampakkan tuala di muka Raiden.
"Pergi mandi! Busuk tahu tak? Bangun sendiri tak payah nak suruh aku tolong,"kata Rifqah.
"Busuk pun kau tetap sayang kan? Eleh mengaku je!"kata Raiden sambil dia mengelakkan dirinya dari dicubit oleh isterinya. Rifqah menggelengkan kepala.
Rifqah menuruni tangga untuk menuju ke arah Dato Razif dan Datin Tiara. Dia tersenyum manis ke arah keluarga mentuanya.
"Eh Rifqah mana Raiden? Budak bertuah ni,"kata Datin Tiara lalu bercekak pinggang. Dato Razif pula fokus membaca surat khabar.
"Dia baru mandi maklumlah tadi anak umi tu jatuh dari katil pun tak sedar,"kata Rifqah yang menarik kerusi untuk duduk. Dia mencedok nasi goreng untuk Dato Razif dan Datin Tiara.
"Raiden tu memang kalau dah tidur, memang tidur mati! Agaknya selalu mimpi indah,"jawab Datin Tiara dan Rifqah hanya ketawa sahaja.
"Kalau Raiden tu buat hal, cakap kat abah. Tahulah abah nak bagi ceramah free of charge kat dia,"kata Dato Razif pula.
"Amboi abah sejak dah ada menantu, dah lupa anak sendiri ke? Mesti lepas ni nak menangkan Rifqah je,"kata Raiden yang muncul secara tiba-tiba. Dia duduk bersebelahan Rifqah.
"Takkan dengan isteri sendiri pun nak cemburu? Biarlah umi dan abah nak menangkan dia. Raiden buat hal, Raiden kena denda nanti,"ujar Datin Tiara. Raiden memuncungkan bibirnya.
"Jom kita sarapan dulu. Kau nak nasi goreng ke atau nasi lemak?"soal Rifqah selamba. Dato Razif dan Datin Tiara saling berpandangan.
"Kenapa masih guna panggilan kau aku?"tegur Datin Tiara. Raiden menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Errr abang nak makan apa?"kata Rifqah kekok. Raiden cuba menenangkan dirinya. Datin Tiara tersenyum nipis.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKARYA PERTAMA COVER BOOK BY LYCIAA You own my love and loyalty Muhammad Adwa, seorang lelaki yang mempunyai kafe sendiri. Seorang yang sukar didekati oleh sesiapa pun dan dirinya berubah kerana kisah cintanya dulu yang kini menjadi memori lama. Nur...