𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏𝟖

657 50 4
                                    

"KAU demam ke Raiden? Muka pucat tu?"soal Rifqah apabila melihat wajah Raiden. Raiden sedang bersiap untuk pergi kerja.

"Tak. Aku sihat je ni,"jawab Raiden dengan suara yang lemah. Dari semalam dia merasakan kepalanya berdenyut dan tak sedap badan.

Tiba-tiba apabila dia hendak mengambil beg kerjanya di atas katil, dia hampir tumbang namun Rifqah sempat memegang tangannya dengan kuat.

"Aku dah kata kau demam. Tak perlu pergi kerja hari ni,"kata Rifqah. Raiden terus dibaringkan di atas katil.

"Habis kau tak pergi kerja ke cinta? Nanti bos kau marah,"ujar Raiden yang memicit kepalanya.

"Bos aku tu memahami situasi orang. Takpe hari ni aku cuti aku jaga kau. Kau ni nak juga kerja kuat kan dah sakit. Bekerja tu jangan sampai jatuh sakit. Work hard sangat siapa suruh?"bebel Rifqah.

"Kau marah pun nampak comel. Aku suka,"balas Raiden dengan senyuman nakal. Rifqah bercekak pinggang.

Tengah sakit pun sempat lagi nak menggatal? Aku hanya mampu bersabar.

"Sekejap aku pergi ambil tuala kecil dan air. Kau rehat je jangan nak bangun,"ucap Rifqah lalu melangkah keluar dari bilik untuk mengambil besen dan tuala kecil.
Raiden hanya memerhati sahaja.

Seketika kemudian, Rifqah kembali bersama besen dan tuala. Dia memerah sedikit tuala kecil itu lalu diletakkan di dahi suaminya.

"Nanti aku masakkan kau bubur ayam lepas tu makan ubat. You need to rest, darling,"kata Rifqah dengan lembut.

"Alah tapi aku nak kau teman aku,"rengek Raiden seperti budak kecil. Haish lelaki ni kalau sakit memang mengalahkan perempuan ke? Sakit macam dah nak nazak.

"Kalau aku teman kau, siapa nak masak? Kita berdua je dalam rumah ni. Takpe tak lama pun aku masak. Campak-campak dah siap,"balas Rifqah sambil tersengih.

Akhirnya Raiden mengalah dan membiarkan sahaja isterinya pergi ke dapur untuk memasak.

Setelah siap memasak, Rifqah membawa bubur ayam dan air suam untuk Raiden.

"Raiden..."panggil Rifqah lembut.

"Hm?"gumam Raiden perlahan.

"Jom makan aku dah siap masak. Aku suapkan kau,"ujar Rifqah yang duduk bersebelahan suaminya. Rifqah mengambil sudu lalu mengambil sedikit bubur. Dia meniup perlahan.

Raiden menerima suapan itu. Bila dah sakit, memang selera makan takkan ada. Raiden hanya tersandar saja di katil.

"Jarang kau nak sakit Raiden sekali sakit memang badan kau akan lemah,"kata Raiden yang memberikan segelas air suam kepada si suami.

"Nak buat macam mana dah memang badan aku tak larat sekarang ni. Nasib aku ada isteri yang pandai jaga aku,"kata Raiden dengan gaya manja.

"Kau ni memang lelaki manja ke?"tanya Rifqah. Eh dah kenapa aku tanya soalan mengarut ni?

"Manja dengan kau. Tak nak aku manja dengan perempuan lain,"jawab Raiden selamba. Rifqah hanya ketawa.

"Cinta, aku nak tanya kau ni,"ujar Raiden dan kening Rifqah terangkat.

"Kau tak nak kerja kat syarikat aku? Lagi senang kita nak balik sama-sama,"kata Raiden yang memberikan cadangan. Rifqah memikirkan cadangan suaminya itu.

"Tapi aku sayanglah nak tinggalkan kerja yang sekarang. Sebab bos aku suka dengan cara aku bekerja,"balas Rifqah dengan muka sedih.

"Takpe aku tak paksa. Kau tahulah kat syarikat aku ramai perempuan pandang aku sumpah aku tak selesa. Aku memang tak layan. Aku dah ada kau dalam hidup aku,"kata Raiden.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now