KOTA RASTA, 12.25 PAGI
"Bersedia semua! Musuh dah menceroboh kawasan kita!"
Paluan gendang dan teriakan memecah suasana malam yang sunyi dan gelap.
"Raihan, agus, bangun. Kita diserang."
Raihan dan agus yang sedang diulit mimpi terjaga saat sahabatnya majdi menggoncang badan mereka.
"Apa yang terjadi majdi?"
"Tentera empayar bahari telah menyerang kota kita. " kata majdi dengan panik.
"Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang ini?" Soal Raihan resah.
"Mari kita cari guru dahulu. Mungkin ada perkara yang boleh kita bantu" cadang agus dengan tenang. Tidak mahu mengeruhkan lagi suasana.
Majdi berfikir sejenak sebelum memberi keputusan.
"Ya, aku rasa bagus begitu agus. Mari kita"
Tiga sahabat menelusuri jalan-kota yang sesak dengan ribuan manusia berlari berlawanan arah dengan mereka.
Setelah beberapa detik berlari. Mereka tiba di hadapan rumah guru mereka, Daeng Mawan. Guru silat yang disegani di Kota rasta, kota kecil yang terletak di utara kawasan jajahan Empayar Bashia.
"Guru, buka pintu ini. Saya, Raihan Dan Agus ingin bicara sebentar." Kata majdi sambil mengetuk pintu rumah milik gurunya.
"Masuklah, apa yang ingin kau katakan majdi? Aku kesuntukan masa." Pintu dibuka dengan luas membenarkan mereka untuk masuk ke dalam rumah miliknya.
"Wahai guru kami, apa yang boleh kami lakukan waktu ini?" Kata majdi memulakan bicara setelah mereka duduk di meja yang disediakan di ruang itu.
"Apa yang kau bicarakan ini majdi? Kau tuju la ke barat, meminta teduh di kota sebelah. Ini bukan tempat permainan kau." Daeng menyamping keris panjang miliknya di pinggang sambil berkata tegas.
"Guru, tidakkah kami layak untuk mengangkat senjata demi mematahkan serangan puak-puak lahanat tu? Kami sudah mampu untuk berperang." Majdi menghentak tangan ke atas meja sambil berdiri Menyebabkan rakannya tersentak.
Raihan menganggukkan kepala nya tanda setuju dengan majdi.
" Apa kau sudah gila majdi. Kita ini budak lagi. Apa kau kira mereka takut dengan parang panjang milik kita?" Kata agus membetah idea gila daripada majdi.
Mereka yang baru berumur 12 tahun ingin masuk ke medan perang. Ini bukan jenaka. Bukannya lawak yang dijaja merata di tepi kota.
Menjegil majdi melihat agus.
"Kau memang penakut agus. Kita sudah berilmu. Bukannya kita budak hingusan yang senang diinjak. Cuba kau tanya pada guru. Adakah kita layak masuk ke medan peperangan". Mendengus majdi berkata .
"Sudahh! Benar kamu berilmu. Tapi belum masanya lagi. Belum terisi penuh di dada kamu majdi. Benar kata agus. Belum masanya kamu menjejakkan kaki ke medan peperangan.
Ingat majdi, medan peperangan bukan gelanggang. Satu hayunan buat hilang anggota badan, satu hayunan buat nyawa hilang dari badan."
Daeng melihat majdi dan raihan dengan tegas. Melarang idea mereka.
"Tetapi, Aku tidak mahu berdiam diri. Tidak sesekali aku mahu memaling dari musuhku."
Tekad majdi ingin membantu dalam peperangan. Bergelora nafsu ingin menghunus pedang menjatuhkan lawannya.
"Jangan lah kau ikutkan nafsu majdi. Aku tahu darah kau darah pahlawan. Sedangkan ayah kau dahulu juga pahlawan yang hebat.
Tetapi belum tiba masanya. Tidak usahlah kau berlawan kata. Tiada sesiapa yang akan membenarkan kau untuk keluar ke medan perang. Percayalah. "Daeng mawan terdiam sejenak. Melihat dengan lembut ke arah mereka bertiga.
Rahmad, ayah kepada majdi, seorang laksamana hebat di empayar bashia. Jika dia kata dia orang kedua terhebat. Tiada sesiapa akan berkata dia nombor satu.Seorang laksamana yang digeruni oleh musuh dan juga rakan seperjuangan.
Ke mana tumpah nya kuah kalau tidak ke nasi. Tidak jauh darah jika dibanding dengan isi.
Tetapi sayang nya Rahmad tewas di tangan rakannya sendiri. Dikhianati kerana cemburu dengan kekuatan abadi.
Kini, harapan memulihkan kekuatan empayar terletak di tangan majdi. Raihan dan agus pula sudah kehilangan ibu bapanya sejak dari lahir.
Mereka dibesarkan oleh ibu bapa majdi.
Jadinya mereka bertiga sudah dikira adik beradik.
Hanya mati yang memisahkan mereka."Kau pergilah ke kota hitam. Dan dari kota hitam berkelanalah kau ke ibu kota bashia. Di sana kau cari la si merak. Rakan ayahmu dahulu. Keberadaan kau di sini hanya sia-sia. "
Majdi, Raihan dan Agus berpandangan sesama mereka.
"Baiklah. Kami akan menurut permintaan mu guru. Semoga Tuhan memberkati perjuanganmu di sini."
Kata majdi mengundur diri. Mereka dengan perlahan berlari ke arah barat.
"Adakah kau rasa dia akan menjadi seperti orangtuanya? "
Kata daeng mawan sambil melihat sosok majdi memudar dari pancaindera.
"Dia anak Rahmad, keturunan itu. Aku dapat rasakan darahnya lebih kuat daripada Rahmad. Mungkin dia yang akan menggegarkan seluruh Empayar di dunia ini dengan namanya"
Susuk hitam keluar daripada bayang-bayang daeng mawan. Turut memerhati susuk majdi.
"Benar kata kau. Dia pasti mampu lakukan apa yang ayahnya tidak mampu lakukan. Mari la kita mematahkan serangan musuh. Mereka sudah tidak sabar menadah nyawa untuk kita. "
Kata daeng sambil berjalan tenang ke arah timur kota.
YOU ARE READING
Warrior From The Abbys
ActionMajdi, seorang lelaki yang mengembara demi mencari kekuatan dan kebenaran tentang pembunuhan ayahnya. Di sepanjang pengembaraan dia bertemu rakan dan musuh. Mengharungi dugaan yang hampir melunturkan semangat. Kebijaksanaan dan matlamat yang jitu me...