Chapter 4- Bayang Hitam

5 0 0
                                    

"Untuk apa kau ke mari wahai makhluk yang tidak diundang" bergema suara yang kasar mendengus di sekeliling rimba. Menari la dahan dan pohon yang menutup rapat lantai dek kerana kuatnya angin menerpa. Bayangan yang dipantulkan dari matahari ke lantai rimba juga menurut liuk lentuknya pohon. Tetapi terdapat satu bayang yang besar tidak bergerak seinci pun dari kawasan itu.

"HAHAHAHAH" Antara jelas dan tidak jelas suara tawa kedengaran melawan kuatnya suara angin yang melanda rimba itu.

"Masih hidup rupanya kau orang tua, aku fikir kau sudah mati ditelan bumi." Sinis suara itu melantunkan kata.

Semakin kuat angin menderu menyebabkan pohon mula melentok hampir menyembah bumi.

"Heh , kau rupanya ya. Makhluk terkutuk yang dihina. " Dengus tokNang.

"Jangan sekali-kali kau berpijak di tanah ini bayang. Kau tidak layak dan kau tidak sepatutnya di sini. Lebih baik kau pergi sebelum kau aku bunuh" sambung tokNang lagi. Menghalau bayang hitam itu pergi.

" Sabar dulu orang tua. Aku boleh pergi tetapi dengan syarat." Dari bayangan hitam itu terlihat belahan putih yang terlihat seperti senyuman.

Belum sempat TokNang membalas, lelaki itu menyambung katanya.

"Bagi aku budak itu. Aku tidak akan menganggu kau lagi."

Terdengar eraman dari sudut rimba.
Pastilah eraman itu dari Toknang yang nyata tidak berpuas hati dengan permintaan bayang itu.

" Celaka kau awang. Sudah cukup kau menganggu keturunan puteh. Tidak berpuas hati sungguh kau dengan mereka ya. " Dengus Toknang.

"HAHAHA, SUDAH LAMA AKU TIDAK DENGAR NAMA TU. SUDAH 200 TAHUN TIDAK ADA YANG MENYEBUT NAMA AKU. TIDAK SANGKA INGATAN KAU MASIH KUAT NANGSAWARA. "  Kuat jeritan kegembiraan bayangan itu sehingga bergema di dalam rimba yang sudah diam dari deruan angin kencang  tadi.

"Jangan fikir kau kebal selamanya Awang. Walaupun kau punyai kekebalan, engkau masih tidak boleh mengalahkan aku!" marah Toknang.

"Potpet potpet, membebel saja la kau orang tua. Aku akui kekuatan kau. Tetapi apa guna kesaktian kau jika tidak mampu membunuh aku. Lagipun aku mampu mendapat kesaktian abadi kalau tidak kerana keturunan si puteh tu. Selagi mengalir darah keturunan itu. Selagi itu aku akan hancurkan." Bayang hitam itu mulai berang dengan kelakuan toknang.

"Berambus kau dari sini. Jangan kau datang hampir dengan kawasan aku ini." Kata Toknang malas.

Perlahan angin mula bergerak laju. Daun-daun yang tadi jatuh terbang semula ke atas. Pohon yang tadi tegak mula meliuk lentuk menari.
Satu cahaya terang mula bersinar di pohon yang berdekatan dengan bayang hitam tadi menyebabkan dia hampir hilang.

Dengan pantas bayang tadi mula melarikan diri ke bayang-bayang pohon yang agak jauh. Dengan sekelip mata dia sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kalau majdi dan rakannya lihat ini pasti mereka akan terkejut kerana kelajuan bayang itu lebih pantas dari cahaya sendiri. Sungguh tidak masuk dek akal.

Dari sebalik bayang itu kelihatan mata merah perlahan terbuka. Seperti satu tompokan darah yang menyala. Pekat dan menyeramkan. Mata itu menjegil ke satu arah yang kosong.

"Aku akan dapatkan juga budak tu. Tidak selamanya dia ada dengan kau. Engkau pun hanya membilang hari untuk mati ditelan bumi." Kata bayang itu dengan bongkak.

Tanpa menanti balasan. Mata merah itu mula hilang dah bayangan itu semakin memudar. Hilang tanpa kesan.

"Haihh, semua nya adalah takdir." Muncul bayang Toknang dari arah yang dilihat oleh bayang itu tadi.

Dengan libasan lembut tangan toknang. Dia juga menghilang dari rimba itu.

-------------------

Selepas Toknang menghilang , Majdi dan rakannya beransur pulih dari kejutan. Mereka berpandangan sesama mereka tanpa bicara. Seolah-olah mereka saling memahami apa yang terbuku di kepala mereka. Ini kali pertama mereka melihat kesaktian seperti itu. Seperti tidak mampu mereka percaya.

Ya , mereka pendekar dan mereka mempunyai ilmu yang batil. Tetapi tidak mereka sangka yang mereka rupanya seperti katak di bawah tempurung. Yang tidak tahu apa-apa tentang dunia.

"Ahhh, minum?" Sebut raihan memecahkan suasana yang hening.

Majdi memandang raihan dan agus hanya diam tanpa menoleh.

"Aku rasa ada baiknya kita dapat berjumpa dengan toknang. Baru aku tahu yang aku ni lemah." Kata majdi perlahan. Menundukkan kepalanya seperti berfikir. Rakannya juga sama merenung kata-kata majdi.

"Seperti kata guru kita. Kita masih banyak yang tidak tahu. Hmm. Kau rasa macam mana majdi? Ape tindakan yang kau nak buat lepas ni?" Balas Agus dengan pertanyaan.

Majdi hanya diam. Tidak berkata apa-apa.

"Aku ikut keputusan kalian saja. Aku tidak kisah apa pun. Yang penting kita tidak berpisah." Balas Raihan yakin.
Raihan memang jenis yang suka menurut .

"Kau yakin mahu sambung mengembara?" Suara tokNang secara tiba-tiba muncul.
Terkejut mereka bukan sedikit. Iyalah. Tiba-tiba sahaja Tok Nang sudah berada di belakang mereka.

Belum habis terkejut mereka. Toknang mengambil tempat di kerusi kosong di hadapan mereka.

"Kalian tahu tak kenapa hutan ni dinamakan hutan hitam?" Tanya toknang.

"Kerana hutan ini sungguh tebal menyebabkan cahaya matahari yang tembus amat sedikit. Jadi hutan ini kelihatan seperti malam sentiasa." Pantas Agus menjawab.

"Hahaha. Itu benar. Tetapi ada lagi sebab kenapa nama hutan ni hutan hitam. "
Toknang tersenyum.

Mereka hanya diam tetapi mata mereka seperti ingin tahu lebih lagi. Tambah lagi Raihan yang tidak mampu menyorokkan riak muka nya yang teruja.

"Hutan ini hutan yang memisahkan empat empayar besar. Dan setiap satu empayar mempunyai tanah jajahan yang luas."

Toknang diam. Mengambil air di atas meja lalu menghirup perlahan. Majdi,agus dan raihan hanya diam menanti jawapan dari toknang.

Tetapi apa yang mereka harapkan tidak kesampaian. Toknan hanya diam membisu sambil memegang air yang baru lepas diminum itu. Mata nya dalam memerhatikan air di dalam cawan itu seolah-olah ada jawapan di sana.

Raihan yang tidak sabar menanti jawapan mula mendengus.

"Toknang, jadi kenapa mereka gelarkan hutan ini hutan hitam?" Raihan bertanya dengan nada yang sedikit kuat. Tidak berpuas hati kerana diamnya Toknang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Warrior From The AbbysWhere stories live. Discover now