PROLOG

24 5 4
                                    

Orang kata kalau kita tercrush dekat someone lebih daripada 3 bulan maknanya kita dah fall in love dengan orang tu. Dan kita harap kalau boleh crush kita notice kita balik.

Well, Semua tu mungkin betul. Tapi bagi aku, perasaan menyukai seseorang tanpa si dia menyedarinya bukanlah perkara yang salah. Sudah menjadi lumrah manusia untuk merasa tertarik kepada jantina yang berlawanan dengan dirinya.

Bila dengar kawan-kawan bergossip pasal crush diorang, aku mula-mulanya tak faham dan tertanya-tanya 'Ape yang baik sangat pasal crush diaorang ni ha? Muka masing-masing dahla macam penyapu'.

Tapi bila aku membesar, lama-lama aku jadi faham perasaan diaorang. Sebab setiap orang akan mengalami situasi ni. Macam orang lain, aku pun pernah sukakan someone. Tapi tempoh crush tu tak bertahan lama.

Sebab apa? Aku tak ada masa nak fikirkan tentang crush dengan masa muda yang aku ada. Aku banyak habiskan masa dengan belajar. Selepas tamat belajar, aku hanya fokuskan dengan kerjaya sahaja. Tahun demi tahun, dan satu-persatu dari kawan sekolah aku berkahwin atau orang lebih familiar dengan perkataan 'off market'.

Aku tak terasa pun bila orang asyik bertanya bila aku nak kahwin. Sebab di dalam dunia ni sejauh mana pun kau pergi kalau di dalam takdir kau sudah tertulis nama jodoh kau. Kau tak akan dapat lari dari takdir. Kalau ada jodoh tak kemana.

Itu apa yang aku selalu fikirkan.

Nur Anis Sofia Binti Mohd Suhaimi. Nama diberi. Dan sekarang aku dalam bahaya. Sebab, selepas 10 tahun. Aku berjumpa semula dengan crush zaman sekolah aku!

'Kenapa aku boleh terjumpa dia ni kat sini?! Selama aku crush kat dia, aku cuma stalk ig dia je! Kenapa aku boleh jumpa dia depan-depan macam ni?!'

Tak sangka sepanjang aku crush kat dia walau hanya dalam alam maya sahaja. Aku boleh terjumpa dia dekat sini. Nak dikatakan kebetulan pula tak munasabah sebab...kat tempat ni selain ada 2 buah keluarga dan beberapa orang pelancong asing, aku dan dia je yang ada kat sini untuk percutian bersendirian?!

Mungkin takdir nak satukan kami kot? Hurm...mungkin kot? Tapi kalau betul pun aku tak terima! Aku reject!

Sebab aku tak nak crush notice aku. Tak macam orang lain, aku harap crush aku tak tahu yang aku ni wujud di dalam dunia ni ha. Jadi, kalau nak tahu sebabnya mungkin orang lain boleh agak. Insecurity yang banyak menjadi penyakit kepada para orang yang crushkan someone yang lebih baik daripada diorang sendiri.

Termasuk aku juga.

Tapi rejecting crush sendiri sebelum direject crush adalah jalan paling baik bagi aku dan untuk masa depan aku. Aku tak nak dihantui oleh watak antagonis yang jahat yang nak rebutkan Main Male lead daripada Main female lead.

Walaubagaimanapun, aku lebih prefer second lead. Haih kesian second lead selalu kena reject. Tapi aku tak nak involve dengan mana-mana antara dua pihak ni. Last-last jadi gila lepas tu bunuh diri tak ke menyusahkan writer cerita ni nak kena buat plot lain pula?

Lah tiber.

Anyway, aku reject crush aku sebab aku nak selamatkan kehidupan aku.

Dear crush, please don't notice me. - ANIS SOFIA

REJECTED CRUSHWhere stories live. Discover now