Sirih gagang tumbuh di batu,
Buluh hutan buatkan galah;
Kasih sayang tak boleh tentu,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.Seperti mana pantun di atas, begitulah jua kehidupan hidup dan mati yang semuanya ditentukan oleh Allah.
Jika jodohnya ada maka tidak ke mana lah ia.
'Pulau Redang eh? Bercuti rilekkan diri?'
Cadangan rakan-rakannya masih lagi bermain di fikiran Adam.
Adam yang tadinya terbaring di atas katil kemudian bangun berdiri lalu menuju ke meja kerjanya dan membuka komputer riba.
Sebuah laman web ditujunya lalu ditekan-tekan papan kekunci komputer tersebut. Ditaipnya 'Percutian Ke Pulau Redang'. Adam mahu membuat perancangan sebelum membuat keputusan untuk bercuti ke destinasi tersebut.
Melihat beberapa ulasan daripada pelancong yang pernah ke pulau itu, Adam meyakinkan dirinya untuk berehat daripada kerja buat seketika. Hasil daripada pencariannya terdapat begitu banyak respon yang positif berkaitan dengan destinasi perlancongan yang cukup terkenal di negara itu.
"Aesthethic huh?" ujar Adam sepatah.
"Maybe aku boleh lari daripada kerja sekejap. Tak salah kan? Kena tanya Ayah dengan Ibu dulu ni."
Adam segera menggapai telefon pintarnya yang berada di sebelah lengannya. Tanpa berfikir panjang, Adam menelefon Ibunya, Diana.
Dalam masa yang sama di sebuah kawasan perumahan. Seorang wanita bergegas mencari telefonnya yang berdering.
"Mana pula telefon ni haih..." keluh wanita itu.
Sumber bunyi telefon yang berdering itu datang dari arah dapur. Kebetulan seseorang telah pun ada disitu sambil menikmatik secangkir teh panas.
Tanpa menunggu pemilik asal telefon itu, telefon itu diangkat lalu dilekapkan di sebelah telinganya.
"Hmm?"
"Assalamualaikum Ibu?" ujar Adam memberi salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam, Adam? Kenapa call malam-malam ni?" soal seseorang ni sebalik panggilan itu.
"Eh? Ayah rupanya. Mana Ibu? Bukan ni phone Ibu ke?" tanya Adam keliru.
"Haah, memang ni telefon Ibu kamu. Dia selalu letak merata-rata memanglah." jawab Ayah Adam.
"Lah, ye ke? Ibu ni, makin pelupa jadinya." risau Adam tentang Ibunya.
Manakala Diana melangkah mendekati ke arah dapur. Dia melihat suaminya, Samsudin sedang berbual dengan telefon miliknya.
"Aik, bang? Call dengan siapa tu guna telefon saya ha?" soal Diana sambil mencekakkan pinggangnya.
Samsudin terpaling ke arah isterinya.
"Along call ni ha. Awak letak telefon awak kat dapur ni, dah lupa ke?" ujar Samsudin lalu menghulurkan telefon tersebut kepada Diana.
"Oh, Along ke?" balas Diana kemudian mengambil tempat di sebelah Samsudin. Telefon diletakkan di atas meja lalu pembesar suara dihidupkan.
"Ha Along, kenapa call?" soal Diana.
"Ha Ibu, Ayah. Along call sebab nak bincang something." ujar Adam.
Samsudin pada awalnya tidak mahu mencelah perbualan antara Ibu dan anak lelaki itu.
"Pasal apa? Along nak kahwin ke?" gurau Diana.
Mendengar perkataan itu membuatkan Samsudin memasangkan telinga.
"Kahwin? Tak lah Ibu, Along pun tak ada calon lagi." jelas Adam.
Sementara itu Diana kelihatan sedikit kecewa.
"Oh..ye ke? Tak apa lah, long. Ha apa yang nak dibincangkan tu?"
"Along berhajat nak pergi bercuti sekejap." terang Adam tentang niatnya yang mahu berehat daripada kerja.
"Bercuti? Kat mana?" soal Diana lagi.
"Pulau Redang, Ibu." jawab Adam.
Samsudin yang mendengar dari sebelah meminta isteri untuk mendekatkan telefon itu ke arahnya.
"Along nak bercuti berapa lama? Kerja tu tak boleh nak tinggal lama-lama, sebab sekarang order dari klien makin banyak." ujar Samsudin.
"Tak lama pun, Ayah. Dalam 3 atau 4 hari macam tu?" balas Adam.
"Lagipun, sekarang penghasilan produk kita ada problem dengan bahan-bahan kimia. Nak dapatkan stok bahan kimia tu perlukan dalam masa seminggu, Ayah. Jadi Along ada lah sikit masa waktu tu." terang Adam lagi mahu meyakinkan Ayahnya.
Mendengar penjelasan Adam yang cukup teliti itu membuatkan Samsudin yakin dan lega. Perniagaan yang diasaskan olehnya selama 12 tahun itu menjadi sumber utama rezeki buat dirinya dan keluarga yang kini diambil oleh Adam.
"Baiklah, kalau macam tu. Selepas bercuti, Along balik ke rumah pula. Minggu depan, Mak ngah kau nak ada orang nak masuk meminang." ujar Samsudin.
Adam berasa lega kerana Ayahnya memberikan kebenarannya untuk bercuti ke Pulau Redang.
"Ok, Ayah nanti Along balik." balas Adam.
Kemudian, Diana yang berada di sebelah mendekatkan telefon ke arahnya pula.
"Ha Along, ingat tau? Nanti balik sini tolong bawa Ibu pergi ke rumah Pak Mi ye? Ayah kamu nak bagi design baru kat Pak Mi untuk produk terbaru nanti." ujar Diana pula.
"Baik, bu. Nanti Along bawa Ibu ke rumah Pak Mi. Selamat malam, Ibu dan Ayah. Along call lain kali pula, ye?" terang Adam mahu menutup perbualan.
"Ha ye, baik-baik kat sana tu nanti." pesan Samsudin kepada Adam.
Beberapa hari kemudian, di sudut dunia yang sama. Anis pula bagaikan rusa masuk kampung apabila melihat keindahan alam semula jadi di Pulau Redang itu.
'My...tuhan! Cantik betul tempat ni!' desis hati Anis memuji keindahan alam tersebut.
"Tak guna punya kawan! Sanggup dia ajak aku bercuti kat sini lepas tu tinggalkan aku sorang-sorang?! Siap lah kau Alisa, ada ubi ada batas ada hari aku balas. Tunggulah kau!" Anis berasa geram kerana ditinggalkan oleh Alisa.
Beberapa jam sebelum Anis berangkat ke Pulau Redang.
"WHAT?! Patutlah aku tunggu macam orang tak siuman kat jeti ni?! Rupa-rupanya kau kena cancel trip ni?!" jerit Anis kepada Alisa yang berada di dalam panggilan telefon.
Alisa yang sedang menuju ke bilik mesyuarat pula terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga kerana suara Anis yang begitu lantang.
"Wei, sorry lah. Bos aku tiba-tiba call in untuk meeting. Aku dengan staff yang lain pun tak expect ni tau?" jelas Alisa kepada Anis.
Anis menarik nafasnya kemudian menghembuskannya. Dia perlu bertenang.
'Rilek...rilek....Anis. Kau datang sini nak bercuti kan? Apa salahnya bercuti sorang-sorang tanpa kawan tak guna kau tu kan?' bisik hati Anis mahu menenangkan dirinya.
"Alah...kau pergilah tanpa aku. Nanti aku call balik eh? Bos aku dah panggil tu." ucap Alisa tergesa-gesa.
"Huh! Siapa yang workaholic sekarang ni?" balas Anis sebelum menamatkan panggilan.
"Dia yang ajak aku, dia pula yang cancel. Nasib baik aku ni baik hati sempat lagi nak maafkan kau, Alisa." gumam Anis sendirian sambil memandang ke arah telefonnya.
Anis melihat ke arah jam tangannya. Sudah tiba masanya untuk dia berlepas ke Pulau Redang.
Dalam masa yang sama, Adam juga baru sahaja keluar daripada tandas lelaki selepas menyalin pakaiannya.
"Nasib baik sempat lagi. Boleh pula baju aku terkoyak, haih." gumam Adam perlahan.
Tanpa Anis dan Adam sedari mereka berdua berselisih antara satu sama lain.
Sirih gagang tumbuh di batu,
Buluh hutan buatkan galah;
Kasih sayang tak boleh tentu,
Jodoh pertemuan di tangan Allah.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
REJECTED CRUSH
RomanceANIS SOFIA. Seorang gadis biasa yang hanya memikirkan kerjayanya sahaja. Masa mudanya banyak diguna dalam pekerjaan. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, ANIS lebih mementingkan kerja berbanding dengan perkara lain. "Kau asyik sibuk dengan kerja...