BAB 3

8 3 5
                                    

Dalam kekangan masa yang selalu dicurahkan kepada pekerjaan. Akhirnya, Anis melepaskan diri daripada pekerjaannya buat sementara. Meskipun dirinya lebih selesa jika berada di rumah melakukan kerja, Anis tetap bersetuju dengan idea Alisa untuk bercuti ke Pulau Redang.

Namun, apa yang Anis harapkan tidak menjadi kenyataan kerana Alisa mempunyai urusan yang penting perlu dilaksanakan. Anis berharapan untuk meluangkan masa percutiannya bersama dengan Alisa. 

'Cis! Kata aku yang selalu sibuk, padahal dia yang lagi sibuk dari aku.' desis Anis sendiri tidak berpuas hati dengan Alisa yang terpaksa membatalkan janji temunya bersama Anis.

'Well, nevermind. Nanti aku send banyak-banyak gambar biar kau jealous, Alisa.' terang hati Anis.

Sedang dalam rasa sedikit kecewa, Anis sedang menaiki sebuah bot untuk menuju ke Pulau Redang bersama-sama beberapa orang lagi penumpang.

Bot yang melaju itu terlompat-lompat melawan arus ombak di lautan. Para penumpang memegang erat pada sisi bot itu. Ada juga yang berpaut di tiang bot dan tempat duduk bot tersebut. 

"Alright! Guys! Kita dah nak sampai di jeti. Minta perhatian semua untuk bersedia." jerit nahkoda bot yang bertugas di situ. Dia terpaksa menjerit dikeranakan suara enjin bot dan angin yang kuat membataskan komunikasi mereka.

'Finally! Dah nak sampai juga!' Anis menjerit keterujaan di dalam hatinya.

Sementara itu, di pihak yang lain juga sedang menaiki bot yang sama kelihatan begitu tidak bermaya dan lemah. Jikalau para penumpang yang lain kelihatan baik-baik sahaja manakala ada seseorang yang tidak bermaya sedang berpaut lemah pada tiang bot bersebelahan dengan nahkoda bot.

"Encik, ok tak ni? Nanti sampai di resort, encik kena pergi jumpa dengan pakar perubatan di sana. Nampak macam tak elok je encik ni." tanya nahkoda itu merisaukan keadaan salah satu penumpang bot tersebut.

Lelaki itu mengangkat sebelah tangan lalu berkata " I'm fine. Cuma mual je." sambil menundukkan kepala.

Nahkoda itu menggelengkan kepala sambil berkata " Haih...payah kalau ada yang mabuk laut ni." kemudian kembali fokus mengendalikan bot itu.

'It's okay. M-mual je ni..' kata hati Adam terus-menerus menafikan keadaannya yang terang lagi bersuluh mabuk laut.

"Hah...hah.. adeh.." aduh Adam perlahan kerana tidak mahu didengari oleh orang lain. Jika tidak, maka hilanglah rupa machonya. 

'K-kejap lagi dah nak sampai kat atas tanah..' 

Dalam masa yang sama tanpa Adam sedari seseorang telah pun melihat keadaannya dari awal. Tidak berasa simpati malah dia lebih merasakan bahawa Adam tampak lebih pelik dan memalukan. 

'Kenapa dengan dia ni? Mabuk laut ke? Dah tu kenapa nak naik bot ni juga?' desisnya di dalam hati.

Tidak mahu masuk campur dalam urusan orang lain, dia berpaling ke arah yang lain. Daripada melihat orang yang kelihatan tidak berdaya itu, lebih baik dia menikmati keindahan di lautan itu. Sambil memegang tudung yang berkibaran laju disebabkan oleh angin yang melaju seraya dengan kelajuan bot itu, dia menutup matanya menghirup udara segar yang dipinjamkan oleh Tuhan yang maha kuasa.

'So nice...rugi betul si Alisa tu. Tempat yang cantik macam ni pun dia tak nak pergi.'

Beberapa minit kemudian. Mereka telah pun tiba. Anis yang tidak menghiraukan orang lain terus menuju ke arah resort untuk check-in dan berehat.

Manakala Adam pula, dibantu oleh beberapa orang yang prihatin untuk menuju ke resort. 

Beringatlah jika anda mempunyai alahan atau mabuk laut, bersedialah dengan ubat-ubatan untuk menghadapi perjalanan yang jauh atau di atas lautan. 

Di dalam bilik yang telah ditempah, Adam merehatkan badannya sementara. Nafasnya tercungap-cungap. 

"Ha...first day pun dah macam ni. Macam manalah hari-hari esok?" ujarnya sendirian.

THE TAARAS BEACH AND SPA RESORT. Nama tempat yang menjadi penginapan sementara buat Anis dan Adam. Resort ini seperti sekeping syurga yang dikelilingi oleh air yang jernih bak kristal. Resort ini juga terletak di sebelah utara pulau, dengan pantai persendirian yang menghadap ke arah Laut China Selatan. Seperti namanya, Pulau Redang adalah sebuah pulau yang sangat indah.

Berpuas hati dengan layanan pekerja-pekerja dan hospitaliti di resort itu, Anis sedang menikmati masa bersendiriannya di dalam sebuah tub mandi yang dipenuhi oleh buih sambil menikmati pemandangan suasana pantai.

"Tak expect pula bilik mandi kat bilik ni ada view pantai. Worth it lah dengan harga dia." gumam Anis memuji bilik yang ditempahnya.

"Kena enjoy sepuas-puasnya ni. Lepas ni aku kena masuk kerja balik." sambung Anis lagi.

Manakala Adam pula sedang menikmati secangkir kopi di beranda yang juga mempunyai pemandangan yang sama seperti Anis. Sambil mengurut-urut kepala Adam berasa lega kerana mabuk lautnya sudah pulih.

"Nice view... Besok boleh lah nak pergi snorkeling ke scuba diving ke apa. Lagi pun, lepas ni kena sambung kerja balik." ujar Adam.

Walaupun sedang bercuti, Adam dan Anis masih lagi memikirkan tentang pekerjaan mereka. 

Keesokkan harinya. 

Kedua-dua Adam dan Anis sedang menikmati makan pagi di cafe resort yang diinapi oleh mereka. Anis yang berada di dalam cafe itu sedang menikmati Nasi Lemak bersama air Teh Tarik. Manakala Adam pula berada di luar cafe sedang menikmati roti canai berkuahkan Gulai Ayam bersama air Milo.

Tanpa tiada siapa pun yang tahu. Bahkan diri mereka sendiri bahawa takdir mereka semakin menghampiri. Kedua-dua insan yang berada di tempat yang sama namun dunia yang berlainan. 

Siapa sangka bahawa mereka berdua akan berjodoh?


BERSAMBUNG 


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

REJECTED CRUSHWhere stories live. Discover now