magic of love Part 1

602 12 0
                                    

Loceng pada pukul 7.30 pagi telah berbunyi di Sekolah Antarabangsa King Edward yang merupakan sebuah sekolah persendirian bagi golongan elit di sekitar Kuala Lumpur  dan Selangor. Kebanyakan mereka yang bersekolah di sini adalah merupakan anak-anak orang kenamaan dan mereka yang dari susur galur keturunan bangsawan .Di luar pagar sekolah itu sebuah kereta Toyota Alphard telah berhenti dihadapan pintu pagar sekolah tersebut. Di dalam kereta itu terdapat empat orang pelajar baru yang akan mendaftar ke sekolah berkenaan, masing-masing mereka mempuyai ikatan persaudaraan dan mereka juga merupakan susur galur daripada golongan bangsawan British.

"Aduh..baru hari first nak daftar masuk sekolah kita dah lewat".Kata Ice sambil melihat jam dipergelangan tangannya. Salah dia juga kerana semalam dia terlampau leka bermain game dan berfacebook dengan rakan-rakanya yang berada di london sehinggakan dia tidak sedar yang jam telah menunjukkan pukul 3 pagi.

"Ni semua kau punya pasal la ice. Semalam lagi aku dah pesan kat kau jangan asyik nak  berinternet je kan kau dah bangun lewat. Kau ingat sekarang ni kita dekat London ke?.dekat sana boleh la kita selalu datang lewat because tak ada yang ambil peduli, Malaysia lain Ice sayang. waktu masuk kelas dekat sini tak sama dengan waktu kita masuk kelas disana!."bebel  Hany separuh kesal dengan tindakan sepupunya itu. 

Tersenyum Ice mendengar bebelan sepupunya itu. Bukan dia tidak biasa mendengar sepupunya itu bersyarah kepadanya tetapi sudah acap kali sejak mereka tinggal di london mengikut keluarga menetap di sana Hany merupakan antara salah seorang yang paling rapat dengan  Ice. Mungkin disebabkan sejak kecil lagi mereka telah membesar sama-sama cuma yang membezakan dia dengan dengan sepupunya itu adalah dia dan abang kembarnya dilahirkan di sana kerana setelah berkhawin ibu dan ayah mereka berpindah ke london untuk menguruskan perniagaan warisan keluarga sebelah bapanya manakala Hany pula lahir di Kuala Lumpur.

" Alah kau ni Hany macam la kau tak kenal dengan Adik kesayangan aku ni since kita kat sana pon dia tu selalu buat hal. Nasib baik la aku ni tak macam dia kalau tidak tak tahu la jadi macam mana." Balas Daniel yang duduk dikerusi belakang kenderaan itu sambil menarik rambut adiknya. Daniel merupakan abang kembar kepada Ice. Sejak dulu lagi dia suka mengusik adiknya itu mungkin disebabkan oleh Hanya mereka dua beradik sahaja tetapi  Daniel amat sayang kepada Ice .

" Aduh dah start dah. Korang dua orang ni kalau kahwin tak tahu la jadi apa. Eh Hany kau nak kahwin tak dengan abang aku? Tapi kalau korang berdua kahwin mesti anak-anak suadara aku pening kepala dengan korang berdua ni. Mana tidaknya yang si mamanya suka sangat membebel yang papanya pulak asyik menyakat je tahu bukan nak bela adik sendiri.  Aku tahu la korang berdua nie sayang dekat aku tapi kalau aku asyik dengar suara korang berdua nie sahaja boleh tuli telinga aku". Sambil ketawa Ice membalas kata sepupunya dan abang kesayangannya itu. "Naiem please do something. Kau tengok diorang nie asyik nak salahkan aku. Lagipon hari ni kan first kita masuk sekolah so I don't think yang cikgu akan marah pada kita perhaps kita ni kan daripada orang kenamaan." Balas Ice lagi dengan selamba tanpa rasa besalah sambil tersenyum melihat pada abangnya dan dua orang sepupunya itu.

 " Ish korang nie sudah la, cuba korang tengok jam sekarang nie dah pukul berapa?.Dah 7:35 pagi la wahai sepupu ku sekalian. Korang ni perangai sama saja, tak payah nak menang la masing-masing". Naiem membalas cakap sepupunya itu sambil mengeleng-geleng kepalanya. Antara mereka berempat Hanya dia sahaja yang lebih matang sedikit walaupun masing-masing dah berumur 18 tahun.

"Dah la jom kita turun sekarang. Pak Ali jangan lupa nak ambil kami pukul 1.30 petang nie". kata Hany sambil membuka pintu kereta range rover mereka. Bukan boleh layan sangat cakap sepupunya itu. Sudah acap kali dia asyik terkena saja apabila dia mula membebel kepada sepupunya itu. Memang tidak dinafikan bahawa dia ada menaruh hati pada sepupunya yang merupakan abang kepada Ice Cuma dia takut dia Hanya bertepuk sebelah tangan. Bukan dia tidak tahu bahawa sepupunya itu mempunyai banyak teman wanita dan sebab itulah dia Hanya mendiamkan diri sahaja.

***************************************************************

 "Assalamualaikum pak cik boleh kami tahu di mana pejabat sekolah? Kami semua ini baru sahaja nak mendaftar ke sekolah hari ini. Maaflah kami semua terlewat sebab ada masalah teknikal kat rumah tadi."kata Ice sambil tersenyum sumbing pada jaga sekolah itu..

" Kamu semua ini pelajar tingkatan berapa?.jarang ada pelajar baru yang mendaftar ke sekolah pada waktu pertengahan tahun selalunya kecuali pelajar tingkatan 6 bawah itu pon mereka dah mendaftar sebulan yang lepas " balas Pak cik Jaga itu sambil memandang satu-satu pelajar yang ada dihadapannya itu. Dari pandangan nya, mereka berempat ini mesti datang daripada keluarga campuran kerana keempat-empat mereka mempunyai muka campuran. Yang paling ketara adalah pelajar yang bercakap dengan nya tadi dan seorang lagi pelajar lelaki yang berdiri di sebelah pelajar perempuan itu. Muka mereka pon hampir sama mungkin kembar rasanya.

 "Pak cik kami semua ni pelajar tingkatan 6 bawah la tapi kami lewat sikit sebab kami semu ini baru sahaja balik dari london"balas Ice kembali.

" Baru pak cik ingat kamu semua ini cucu kepada Madam Jamiliah kan. minggu lepas pihak sekolah ini ada beritahu kepada pak cik bahawa Cik dan Tuan Muda berempat akan masuk ke sekolah pada minggu ini, maaflah pak cik dah lupa!". balas pak cik jaga itu mesra .

"Pak cik tak payah la nak ber cik muda dan tuan muda dengan kami semua sangat la. Kami ini biasa sahaja pak cik. Pak cik boleh panggil saya Ice, yang sebelah saya ini pulak abang kembar saya Daniel yang ini pulak sepupu saya Hany  dan hujung sekali tu Naiem. Pak cik pulak nama siapa?"Kata Ice mesra. Walaupun mereka boleh diketogorikan sebagai keluarga yang kaya raya tetapi mereka semua di didik agar tidak sombong dengan orang lain walaupun orang itu Hanyalah peminta sedekah di tepi jalan.

Tersenyum pak cik jaga itu tersenyum sambil memuji sikap-sikap pelajar yang ada dihadanyanya itu. Walaupun mereka diketogorikan sebgai keluarga elit bangsawan tetapi mereka semua tidak sombong  tidak macam sesetengah pelajar yang terdapat di sekolah King Edward ini."Kamu boleh panggil pak cik Mat saja. Patutlah muka kamu dan Daniel hampir sama rupanya kembar. Kamu semua nak cari pejabat kan tadi..

"Ya pak cik" balas Daniel samil tersenyum manis ke arah pak cik Mat itu. Ramah-ramah juga orang dekat Malaysia ni tak macam dekat British dulu nak tegur pon susuh semua buat hal masing-masing.

"Kalau macam itu kamu semua terus sahaja. Sampai kamu nampak blok yang bercat warna hijau tu kamu naik tingkat dua. Dekat situ lah pejabat sekolah"terang pak cik Mat panjang lebar.

"terima kasih ye pak cik. Kami mintak diri dulu nanti lewat pulak nak daftar masuk sekolah". Jawab Naiem yang dari tadi Hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam mereka berempat Hanya dia sahaja yang agak pendiam sedikit berbanding sepupu-sepupunya yang lain.

***************************************************************

High School LoveWhere stories live. Discover now