Magic of love Part 2

359 8 0
                                    

"Selamat pagi boleh kami semua berjumpa dengan tuan pengetua sekolah ini? soal Ice sopan kepada kerani yang ada di dalam pejabat itu.

"Boleh saya tahu kamu semua nak jumpa pengetua atas urusan apa?. bukan apa saya nak pastikan apa tujuan kamu kesini sebab pengetua sekolah ini tidak suka diganggu kalau ia tidak melibakan perkara penting."terang kerani itu panjang lebar sambil memerhati kepada mereka semua.

"kami semua baru nak mendaftar masuk tingkatan enam di sekolah ini." Naiem menjawab bagi pihak kami semua.

"oh kamu semua ini mesti pelajar yang baru balik dari London tu kan?Maaf lah saya tak perasan kamu semua tadi. Masuk lah tuan pengetua dari pagi tadi dah menunggu kamu semua"jawab kerani itu sambil tersenyum manis

"terima kasih ye". Kata Ice, sebenarnya dia pelik kenapa semua orang boleh mengenali mereka semua, sedangkan mereka baru sahaja pulang dari London dua minggu lepas lagipun mereka tidak mempunyai saudara di sini. Pening dia memikirkan hal ini. Mereka semua telah dibawa ke bilik Pengetua Sekolah Persendirian Harverd. "Boleh tahan juga sekolah ni masa macam sekolah kita di London dulu."kata Hany kepada Ice yang asyik memikirkan hal tadi.

"Entah la. Aku sebenarnya pening nie".kata Ice kepada abang dan sepupu-sepupunya itu

"kau pening kenapa pulak ice?. Apa benda yang kau fikir sampai nak pening segala. Kau jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak!. Balas naiem kepada sepupu yang paling disanyanginya. Sebenarnya dia risau melihat keadaan sepupunya itu. Ice ni bukan jenis yang boleh pening sikit nanti datang la migraine dia tu.

"tak ada pape la."balas Ice tersenyum melihat Naiem, Ice tahu yang sepupunya yang sorang nie terlalu suka mngambil berat tentang keadaan dirinya semenjak mereka kecil lagi mungkin Naiem menganggap dia sebagai adik walaupun umur mereka Hanyalah beza beberapa bulan sahaja. "jemput masuk semua. Tuan pengetua dah tunggu cik semua dalam bilik dia".kerani itu berlalu selepas menunjukkan bilik pengetua sekolah ini. Sebenarnya bilik pengetua berada di tingkat tiga iaitu bersebelahan dengan perpustakaan sekolah. Mungkin pengetua sekolah ini mahukan privacy dalam menjalankan urusan pentadbiran sekolah mungkin.

Terdengar laungan masuk daripada pengetua sekolah selepas Daniel mengetuk pintu bilik pengetua. "jemput duduk tuan muda cik muda sekalian. Dah lama saya tunggu ketibaan tuan muda dan cik muda berempat. Saya Tuan Haji Ibrahim bin Abdullah selaku pengetua sekolah mengalu-alukan kedatangan kalian berempat."kata Encik Ibrahim sambil tersenyum melihat keempat-empat pelajar yang ada dihadapan mereka.

"terima kasih cikgu  tapi kami berharap cikgu tak payah la nak panggil kami dengan panggilan tuan muda dan cik muda sebab panggilan tu buat kami rasa tak selesa. Kadang rasa macam pelik saja. Cikgu boleh Panggil saya Daniel saja, yang ini adik saya Ice sebelahnya pula sepupu saya Naiem dan Hany."Balas Daniel yang kurang gemar apabila ada yang memanggil mereka dengan gelaran itu. Baginya gelaran di panggal nama itu bukan lah apa-apa sangat.

"baik lah kalau sudah kamu semua cakap begitu"Kata Tuan haji Ibrahim yang tersenyum mendengar bicara para pelajarnya itu. Mana tidak tumpahnya kuah kalu tak ke nasi, bukan dia tidak kenal dengan keluarga kempat-empat pelajarnya itu. Ibu bapa mereka merupakan anak didiknya semasa dia menjadi tutur kepada sebuah keluarga bangsawan sewaktu dia melanjutkan pelajarannya di sana. Walaupun ibu bapa mereka datang dari keluarga bangsawan tetapi mereka tidak sombong dengan orang walaupun mereka hanya pekerja di villa milik keluarga mereka. Nampaknya perangai pelajar di depan mereka mengikut sikap anak didiknya pada satu masa dahulu.

"Cikgu boleh kami minta pulang awal selepas habis sahaja pendaftaran ini?kami ada hal yang nak diuruskan hari ini."soal Ice kepada pengetua mereka.

"Boleh tapi untuk hari ini sahaja tahu hari-hari lain tak boleh buat macam itu. Nanti pelajar-pelajar lain marahkan saya pulak mereka cakap saya nie pilih kasih dengan mereka".kata Encik Ibrahim kepada pelajarnya itu.

"baiklah cikgu. Hari ini pon kami balik awal sebab ada lagi kelengkapan  sekolah yang kami belum kami beli lagi. Lagipon baru dua minggu kami balik dari London sebab itulah banyak lagi barang yang tak dibeli lagi."Ice menjawab bagi pihak mereka semua yang lain.

"Oh baiklah saya faham.Kalau tidak ada apa-apa lagi kamu semua boleh keluar sekarang. Urusan pendaftaran kamu lakukan dengan kerani yang bawa kamu jumpa saya tadi."Kata Encik Ibrahim sambil memandang mereka semua.

"Terima kasih Cikgu. Kami semua keluar dulu la kalau macam itu. Assalamualaikum."kata Hany sebelum mereka semua keluar daripada bilik pengetua itu.

High School LoveWhere stories live. Discover now