" Bangun semua, selamat pagi cikgu." Kata ketua tingkatan kelas 6 sains 1 dan ikuti oleh pelajar yang lain.
"woi Zfan siapa tu? Budak baru ke?." Bisik Fiq ke telinga Zfan yang asyik memandang pelajar yang ada di depan bersama guru mereka itu. Cantiknya makhluk yang ada di depan dia. Kenapa jantung aku berdegup kencang saja nie. Zfan kau jangan buat pasal. Ingat kau tak boleh suka kat sapa-sapa. Zfan bermonolog di dalam hati. Untuk membuang perasaan yang bukan-bukan itu dia menyibukkan diri membaca buku dihapannya tanpa mempedulikan soalan fiq
"selamat pagi semua boleh duduk. Baiklah hari ini kita ada empat orang pelajar baru yang akan masuk ke kelas ini. Kamu berempat boleh mempekenalkan diri masing-masing." Kata cikgu Hanum sambil tersenyum keempat-empat pelajar itu.
" terima kasih cikgu. hai Nama saya Nick Mickail Daniel Mauren bin Abdullah Mauren. Korang semua boleh panggil saya Daniel." Kata Daniel sambil tersenyum dan memandang ke segenap ruang kelas. Dia dapat melihat semua mata di dalam kelas itu asyik memandang ke arah mereka.
" Hello my name is Mohd Shaiful Naiem Mauren Bin Ahmad Adame Mauren call me Naiem." Bicara Naiem pendek dihadapan kelas
" Good morning everyone I'm Chistina Hanany Mauren Binti Hasbullah Ali dan awak semua boleh panggil saya Chis or Hany tapi orang selalunya panggil saya Hany. So ikut suka korang la nak panggil saya apa." bicara Hany dengan mesra. Sikap Hany memang mudah mesra dengan orang sekeliling membuatkan ramai orang mudah berkawan dengannya.
" Hai nama saya Nick Icelia Elliana Mauren binti Abdullah Mauren. Saya merupakan kembar Daniel and merupakan sepupu kepada Naiem dan Hany. Your guys can call me Ice." Kata Ice mengakhiri sisi pengenalan mereka. Sambil tersenyum Ice memandang rakan-rakan barunya itu tetapi tumpuan dia lebih kepada seorang lelaki yang asyik membaca tanpa mempedulikan kehadiran mereka. Handsome jugak lelaki ini muka dah macam Christiano Ronaldo versi Malaysia saja. Bisik hati kecil Ice nakal.
"Hei Zfan aku rasa la si Ice tu tengah pandang kau la. Ish untung la kau, aku rasa minah tu dengan sepupu dia macam hot jew" bisik Syam yang duduk di belakang meja Zfan yang khusuk membaca. Memang dah perangai si Zfan ni bila dalam kelas dia akan menjadi ulat buku dan akan menumpukan perhatian pada proses pembelajaran tanpa mengambil tahu hal orang lain tetapi apabila dia di luar kelas sikapnya akan berubah menjadi seorang yang agak gila-gila dan mungkin disebabkan itu juga dia selalu menjadi salah seorang pelajar terbaik di sekolah itu sejak di tingkatan 3 lagi selepas Zfan berpindah sekolah lamanya ke Sekolah Persendirian Harvard ini manakala dia dan Fiq pula mula bersekolah di situ sejak dari tingkatan dua lagi. Zfan dan mereka sekelas semasa di tingkatan 3 dan sejak itulah persahabatan dia, Zfan dan Fiq mula terjalin.
" Asal kau suka kat diorang ke?" Balas Zfan sambil memandang ke arah Ice. Cantik juga dia ni, kulit putih, mata warna hijau, hidung mancung dan muka macam minah saleh jew. Boleh jatuh cinta aku tengok dia ni. Asyik sunguh dia melihat wajah cantik Ice itu. Ish apa kau merapu ni Zfan ingat prinsip kau yang kau tak akan bercinta selagi tak habis STPM. Bicara Zfan sendirian di dalam hati..
" Zfan kamu pandang apa tu sampai tak berkelip mata cikgu tengok. jangan pandang sangat anak dara orang lama-lama?" kata cikgu sambil tersenyum melihat kerenah pelajarnya itu.
" Ish mana ada cikgu, cikgu ni merapu saja" balas Zfan sambil tergagap-gagap. Aduh apa benda aku ni sampai cakap pon gagap-gagap. Jatuh la standart aku macam nie. Aduh Ice pon pandang aku jugak malunya mana nak letak muka aku nie, boleh pulak cikgu Hanum ni tangkap masa aku tengah dok usha si ice terus saja dia tersenyum pada gurunya itu sebelum membuang pandangan keluar kelas sambil cuba melupakan debaran dihati apabila melihat wajah manis Ice itu.
" Macam-macam la kamu nie Zfan. Ice dan Hany kamu berdua boleh ambil tempat di sebelah meja Zfan tu. Naiem dan Daniel pulak boleh ambil tempat di belakang meja Ice yang kosong itu. Baiklah cikgu harap kamu semua boleh tolang diorang tunjukkan selok belok tentang keadaan sekolah dan sebarang perkara yang diorang tak tahu." Pesan Cikgu Hanum kepada pelajar-pelajarnya.
" baiklah cikgu." Jawab pelajar kelas 6 sains serentak.
" Baiklah semua cikgu ada mesyuarat sampai waktu rehat ni dan cikgu harap kamu semua jangan bising. Ingat kamu semua tu dah besar panjang jadi contoh kepada adik-adik kamu. Ok lah kelas cikgu keluar dulu" Nasihat Cikgu Hanum kepada pelajarnya sebelum keluar.
Suasana kelas menjadi sunyi apabila cikgu Hanum keluar daripada kelas. Masing-masing sibuk membuat kerja sendiri dan tidak kurangnya ada juga yang sedang tidur. Di satu sudut terdapat beberapa orang pelajar perempuan yang sibuk bergosip sesama mereka. Perbulan mereka lebih terjerumus tentang pelajar yang baru masuk ke kelas mereka.
" Aduh handsomenya si Daniel dengan si Naiem tu. Muka Daniel tu handsome habis la macam hero dalam cerita Twilight yang Naiem tu pulak, muka dia ada iras-iras Fizo Omor la. Tapi muka Naiem ni nampak macam orang melayu sikit kalau nak bandingkan dengan Daniel tu muka dah tak berapa nak nampak macam orang melayu sama la macam adik dia tu" kata seorang pelajar yang sedang bergosip itu.
" Betul la cakap kau. Muka Daniel dan Ice tu memang macam orang putih sikit. Sepupu diorang yang Hany tu pulak Nampak mix melayu dengan english. Sekali tengok macam orang putih tapi bila banyak kali tengok macam muka macam orang melayu la pulak tapi kalau Naiem tu muka dia memang macam orang melayu Cuma mata dia saja warna nak hijau kehijauan sikit. Kalau orang tak tahu dia tu ada campuran mesti orang ingat dia pakai contest lens." Balas rakan mereka yang ada di situ sambil memerhati ke arah mereka berempat.
" korang semua tahu tak yang aku baru saja dengar berita dari si Zizie budak radio karat kelas sebelah tu yang mereka berempat dulu tu kat sana tu model sambilan. Mesti best kan biarlah walaupun Hanya model sambilan. Bukan senang nak jadi model kat sana kena bersaing dengan ramai orang dah la kat london tu orangnya semua kategori 'hot'. Untung la nasib badan dah la datang dari keluarga bangsawan pastu boleh jadi model pulak. Tapi kan aku rasa Ice dengan Hany tu tak sombong la wei, Nampak diorang tu macam peramah ja bukan macam si diva perasan kelas sebelah tu dah la gedik lepas tu sombong nak mampos." Pelajar perempuan itu bercakap sambil memandang ke arah rakan-rakannya sambil membuat aksi yang meluat apabila bercakap mengenai Sharifah Mariam Binti Datuk Syed Afdal atau lebih dikenali sebagai mary.
Bukan mereka semua tidak tahu yang si mary nie ada menyimpan perasaan pada zfan . Pernah budak perempuan class mereka di marahi oleh mary kerena dituduh cuba mengoda zfan padahal Zfan hanya mengangap mary sebagai kawan jew
YOU ARE READING
High School Love
ChickLit"what?!.balik ke Malaysia!" Mereka berempat Berpandangan sesama sendiri. "but why nenda?" Tanya salah seorang Dari Mereka. Apakah yang Akan terjadi kepada Mereka apabila disuruh pulang ke sana?.