"Kring..Kring..Kring.." loceng rehat waktu kedua telah berbunyi. Ramai pelajar tingkatan lima dan enam berpusu-pusu ke kantin sekolah. Di hujung bahagian kantin itu terdapat sekumpulan pelajar yang sedang bersembang dengan kuat dan mengangu pelajar lain untuk bersarapan.
"woi zfan kau ada dengar tak yang ada budak baru nak masuk ke sekolah kita."Tanya Syam yang duduk di meja itu sambil makan.
"Budak baru?.entah tak ada dengar pon. Kau tau mana benda nie dan sejak bila pulak kau ambil alih tempat si Zizie tu jadi radio karat kat sekolah kita ni? Soal Zfan kepada Syam yang khusyuk dengan makanan nya itu. Pelik dengan kawannya yang sorang tu padahal setahunya di antara kawan-kawan yang kamcing dengan dia, Syam lah yang paling malas ambil tahu tentang keadaan sekeliling berbanding dengan semua. Walaupun mereka agak nakal berbanding dengan Syam tetapi soal pelajaran tiada siapa lagi yang boleh mengalahkan iQ nya yang tinggi itu.
"wei zfan kau ni betu-betul dah tetinggal la. Aku rasa sekolah kita dah heboh pasal benda nie kot. Kau sorang saja yang tak tahu. Itu la orang suruh kau datang sekolah kau pergi ponteng tu sapa suruh" Gelak Fiq mendengar jawapan rakannya itu.
"alah biar la aku nak datang sekolah ke tak. Yang penting kat rumah aku belajar la wei. Apa yang istimewa sangat dengan budak-budak baru tu? Cuba kau cakap dekat aku sikit sampaikan kau cakap yang satu sekolah heboh pasal diorang nie. " Balas Zfan tidak mahu kalah dengan rakannya itu. Setahunya apabila ada orang baru yang nak mendaftar ke sekolah ini ialah perkara biasa tetapi kenapa yang ini macam luar biasa sahaja. Pelik apa yang istimewa sangat dengan diorang semua tu.
" Zfan You serious tak tahu ke..Kesian I tengok You ni sayang, ketinggalan betul la. Daripada berita yang I dengar la yang mereka ini semua baru balik dari London." Kata Marry dengan gaya yang manja untuk manarik perhatian Zfan. Siapa yang tidak mahukan Syed Haqimie Zfan bin Tan Sri Maidin yang merupakan leleki yang paling kacak di sekolahnya itu dan merupakan salah seorang anak jutawan yang terkemuka di Malaysia.
"London aja pon. Apa benda yang istimewa sangat dengan diorang nie? Aku rasa tak da apa pon yang istimewa sangat lagipun aku rasa ramai budak sekolah kita yang menetap di luar Negara. Tak silap aku kau pun Fiq tinggal dekat jepun kan dari umur kau 3 tahun sampai la 12tahun. Banyak pelajar-pelajar kita yang berbangsa luar pun ada juga yang bersekolah di sekolah kita nie. Jadi bagi aku benda nie biasa saja " Balas Zfan bersahaja
" Memang la aku tinggal kat jepun tu lama tapi aku nie kat sana orang biasa-biasa saja diorang nie tak silap aku daripada keluarga bangsawan kat sana. Lepas tu ada di antara diorang empat orang tu yang merupakan keturunan kerabat Diraja Kelantan. So kau faham kan maksud aku."jelas Fiq panjang lebar sambil diperhtikan oleh rakan-rakan yang lain.
" Eleh ramai lagi orang yang lagi berstatus tinggi daripada diorang. Kau fiq tak payah la nak membanggakan diorang sangat. Aku rasa diorang nie biasa-biasa sahaja." Ujur Mary dengan nada tidak puas hati. Dia takut Zfan akan terpikat dengan salah sorang budak baru itu.
"kau kenapa Mary bunyi macam jelous saja dengan diorang tu?aku ada dengar juga kan yang budak baru tu punya la cantik yang lelaki pulak hensem, habis la kau dengan Zfan lepas nie.." sengaja fiq menambahkan panas di hati Mary dan dia segaja untuk menduga reaksi Zfan tentang hal ini..
"tolong sikit kau ingat aku nak jelous ke dengan berita yang belum tentunya betul ini. Entah-entah muka diorang biasa saja kau tu yang sengaja tokok tambah cerita. Tapi bagi aku Zfan la orang yang paling handsome sekali dekat sini. Aku tak kisah pon pasal diorang tu tapi janji diorang tak rampas hak aku." Kata Mary serius sambil memerhati kepada Zfan yang buat tidak kisah tentang penyataan Fiq tadi
" Aik yang kau ni dari tadi diam saja kenapa Syam?. Kau berkhayal ke?. Sergah Fiq apabila dilihatnya Syam asyik termenung dari tadi.
"Ah tak ada apa lah. Dah la makanan aku dah habis aku nak masuk kelas dulu. Korang semua ni pulak jangan gatal nak ponteng kelas pulak bukan boleh harap sangat korang ni." Kata syam sambil bangun dari kerusi yang didudukinya. Sebenarnya dia lebih memikirkan siapa yang dilihatnya tadi semasa dia pergi ke pejabat untuk mengambil buku kehadiran pelajar. Apabila di amati kembali perempuan yang dilihatnya berdarah campuran kerana mukanya mirip kepada orang English.
"Hoi kau berangan ke? Dari tadi aku panggil kau buat tak tahu je. Nie first time aku tengok keadaan kau macam ini tahu"kata Zfan sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Pelik dia dengan sikap sahabatnya pagi ini tak pernah-pernah dia tengok sahabatnya dalam keadaan seperti itu.
" Tak ada apa-apalah. Jom kita masuk kelas lagipun loceng dah nak bunyi nie." Balas Syam sambil mengelengkan sedikit kepalanya apabila menjawab soalan rakannya itu.
YOU ARE READING
High School Love
ChickLit"what?!.balik ke Malaysia!" Mereka berempat Berpandangan sesama sendiri. "but why nenda?" Tanya salah seorang Dari Mereka. Apakah yang Akan terjadi kepada Mereka apabila disuruh pulang ke sana?.