CPT | 01

58 3 14
                                    

SEPASANG mata aku tercelik luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPASANG mata aku tercelik luas. Tercungap-cungap nafasku dengan pergerakan dada yang turun naik. Terasa basah di sekitar dahi dan leherku. Air peluh yang merembes keluar kerana perasaan yang sedang aku alami sekarang ini.

Tersedar bahawa aku kini bukan lagi di alam mimpi, aku hembus nafas lega. Mata aku terpejam seketika, cuba menghalau memori yang berputar-putar di ingatan. Realiti dan fantasi, keduanya seakan sudah tiada beza. Aku picit pelipisku perlahan, namun berkali.

Beberapa saat selepas menenangkan diri, barulah aku melepaskan selimut yang membaluti tubuhku. Aku bangkit sepenuhnya daripada baringan separa aku tadi.

Telefon bimbit aku capai. Masa yang tertera di telefon bimbit itu aku lihat. Sudah hampir senja. Lepas Asar aku tidur tadi kerana begitu kepenatan. Seharian menyiapkan kerja yang banyak tertangguh. Ingatkan lelap sekejap sahaja, sekali makan masa 2 jam lebih juga!

Tidak membuang masa, aku segera menuju ke bilik air. Aku harus segera bersiap kerana malam ini ada persembahan yang harus aku buat di sebuah restoran.

Sudah lama aku berkhidmat di situ. Tidaklah lumayan mana pendapatan, tetapi kerana minat dan bagi mengisi masa serta hatiku yang kosong, aku buat juga. Lagi pula ramai pekerja dan pelanggan di situ yang sudah menjadi teman-teman aku. Masing-masing ramah dan begitu mesra dengan aku.

Yalah... orang handsome, kan?

"QHALIF?" Satu suara menyapa serentak dengan satu tepukan halus di bahuku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"QHALIF?" Satu suara menyapa serentak dengan satu tepukan halus di bahuku. Aku menoleh kepada si empunya suara.

Tersenyum lebar aku melihat wajah teman semasa belajar dahulu. Kali terakhir berpisah semasa dia tamat belajar. Aku tamat 2 tahun selepas dia. Kira dia senior akulah. Banyak bantu aku dan Damien semasa baru tiba di London 5 tahun dahulu.

"Bro! Kau hidup lagi? Jumpa juga aku dengan kau dekat bumi Malaysia ni!" Aku membalas sapaan itu dengan cukup ramah. Aku bangkit dari bangku piano yang aku duduki lalu aku memeluk tubuhnya mesra. Belakang tubuh aku ditepuk-tepuk juga olehnya.

"Pergh! Adik aku ni dah toughlah! Mesti banyak awek ni, kan?" Sempat lagi Raihan mengusik aku.

Aku ketawa menyambut usikannya.

"Tak adalah. Aku macam ni juga. Tak berubah apa pun. Awek pun tak ada juga," balasku dalam sisa tawa.

"Eleh... yalah tu kau. Sengaja nak berahsia dengan aku, kan? Selalu macam tu. Sejak dulu, asyik nak pendam sendiri. Tak faham aku." Raihan membebel pendek.

Aku tersengih-sengih mendengar bebelannya. Dia memang kuat membebel sejak dulu lagi. Hari pertama aku jumpa dia pun, dia membebel. Macam mak-mak! Tu yang aku anggap dia macam abang aku dekat sana. Dekat sini, aku ada abang kandung aku sendiri. Hehehe...

"Pasal Mel pun kau nak simpan diam-diam. Kenapa kau tak bagitahu aku apa jadi dekat Mel?"

Mendengar lagi ungkapan Raihan, dada aku tertusuk halus. Pudar kemanisan di bibir aku. Berganti kelatnya senyuman aku yang terpampang pada wajah. Aku berdeham halus bagi menutup rasa hati.

"Err... aku salah cakap erk? Sorry, Lif... aku tak..."

Aku angkat dan hayun perlahan tangan kananku separa dada. Aku tahu dia serba-salah apabila melihat gerak tubuhku.

"Eish, tak apalah. Benda dah lamalah, Han. Aku okey." Aku lebarkan semula senyumanku untuk menunjukkan bahawa aku sedang baik-baik sahaja.

Sedang hakikat, setiap masa aku dibayangi memori kelam itu. Peritnya begitu terasa. Aku tidak mampu hidup dengan tenang kerana perasaan serba-salah yang aku tanggung.

Mel... satu nama yang menjadi penyesalan terbesar dalam hidup aku.

"Tak ada jodoh kau dengan Mel. Mungkin Allah dah aturkan pertemuan kau dengan perempuan yang lagi baik. Jodoh yang sebenar-benarnya untuk kau. Kau sabar je. Usha-usha pelanggan dekat dalam ni... mana tahu ada bakal isteri kau." Raihan bagi ayat penenang hati.

Aku ketawa menyambut ucapannya. Anak mata aku liarkan ke sekeliling restoran. Aku dan Raihan sedang berdiri di atas pentas berhadapan dengan para pengunjung. Dapat aku lihat ramai wanita dalam pelbagai peringkat usia berada di sini.

Aku sedar ada antara mereka yang berusia remaja, tetapi sedikit matang. Mungkin baru habis sekolah. Remaja-remaja itu sedang berkumpul seramai 4 orang. Mereka berbisik-bisik sambil memandang ke arah aku dan Raihan. Seketika kemudian, mereka ketawa serentak.

Aku menggeleng halus. Perempuan dengan kegedikan, berpisah tiada.

"Eh, kau main piano hari-hari dekat sini?" soal Raihan. Berjaya mengalihkan pandangan aku kepadanya.

"Yap." Aku jatuhkan kepala sekali.

"Kecuali hari Ahad. Aku balik rumah family aku. Spend time dengan dia orang," sambungku lagi.

"Ohh... kau nak kena mainlah ni, kan? Dahlah, aku tak nak kacau. Pergilah buat persediaan kau. Aku pun nak kena balik ni. Mummy aku dah bising sebab patut aku kena attend dinner company family aku. Saja aku lengah-lengah." Raihan gelak tersengih kepadaku selepas menceritakan perihal dirinya.

Aku memang tahu dia anak orang berada. Dia sambung belajar ke London bukan atas tajaan biasiswa, tetapi tajaan keluarganya sendiri. Keluarga aku pun bukan calang-calang. Cuma aku menurun sikap ayah kandung dan abang aku yang tidak suka mengharapkan harta keluarga. Aku ke London atas tajaan kerajaan. Biasiswa yang tidak perlu aku bayar semula kerana prestasi cemerlang aku di sana.

"Okeylah gitu. Hati-hati balik. Eh, Han... jap! Sini, bagi nombor handphone kau. Senang nak contact. Nak ajak lepak ke apa. Kau kalau free datanglah lagi sini, aku belanja." Aku keluarkan telefon bimbit dan menyalin nombor telefon Raihan.

Selepas kelibat lelaki itu menghilang, aku kembali menumpukan perhatian terhadap piano di hadapanku. Aku melabuhkan duduk di atas bangku piano yang berwarna hitam itu.

Tiba-tiba, aku terdengar satu jeritan daripada satu suara halus.

"Hey, abang pianis! You are so handsome! I think I'm falling for you. Can I get your number?"

Aku mencari arah suara itu sebelum anak mataku tertumpu pada seraut wajah seorang gadis yang memberikan aku kenyitan mata disertai ketawa nakal. Rakan-rakan di sekeliling gadis itu juga ikut ketawa.

Mengabaikan usikan kumpulan gadis itu, aku mula menekan papan kekunci piano dan aku hanyut dalam lautan rindu tidak bertepi.

Andaikan sahaja masa itu mampu diputar kembali...

Mel, maafkan I.

I'm still loving you and it hurts me so much. I feel like dying for this love.

Cinta Pianis TerindahWhere stories live. Discover now