CPT| 03

27 2 0
                                    

BAM!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAM!

Motorbike milikku mencium jalan tar. Begitu juga aku. Pelanggaran tidaklah begitu kuat, namun tercampak juga aku ke hadapan sehingga berguling di jalan.

Tidak ku duga, malam ini nasibku begitu malang. Sudahlah tadi bertemu gadis tak tahu malu itu, sekarang aku ditimpa kemalangan pula.

Aku bangkit dari terus meniarap di atas jalan. Boleh tahan sengal kaki dan pinggang aku akibat pelanggaran itu, namun itu bukanlah keutamaanku. Aku menuju ke arah motorbikeku. Aku belek-belek baby aku itu dengan wajah yang berkerut kerisauan.

Serta-merta, decitan halus terkeluar dari ulas bibirku tatkala melihat calar dan retakan pada bahagian badan baby aku. Hati tiba-tiba meluap dengan amarah. Berang dengan si pelanggar!

"Bro! Alamak! Sorry, sorry! Aku tak sengaja. Aku tak nampak kau nak masuk!"

Mendengar suara garau seseorang, aku berpaling ke arah empunya suara. Langsung hilang segala ketidakpuasan hati aku tatkala melihat seraut wajah yang cukup aku kenali. Bibir terkoyak senyum teruja tanpa tertahan.

"Bro, kau rupanya..."

Damien tidak ketinggalan beriak teruja menatap wajah aku. Bibirnya juga merekah dengan kemesraan yang begitu ketara.

"Aku ingat siapa tadi aku langgar, rupanya kau! Sorry, Lif. Aku tak perasan kau nak masuk juga. Salah aku, sebab aku tak pandang jalan. Aku cari kad akses tadi." Damien ucap lagi kata maaf buatku.

Aku mengangguk sahaja. Tidak mahu memanjangkan cerita. Damien itu sahabat aku semasa belajar di London. Tidak mungkin aku bertikam lidah dengannya kerana perkara yang remeh begini.

Dalam pada itu, sempat juga aku mengerling ke arah keretanya. Sport car yang cantik, gah dan mahal. Sayangnya ada cela kerana pelanggaran kami tadi. Kemek bahagian sisi hadapan keretanya. Aku pasti, kos baiki kerosakan itu lagi mahal daripada keperluan bulananku.

"Eh, jom bincang tepi. Kesian kereta yang lalu-lalang ni..." Damien mengajak seraya menarik aku bersamanya.

"So? Macam mana nak settle ni? Aku nak kena ganti rugi motorbike kau?" Damien bersuara lagi setelah kami sudah beralih kedudukan. Tubuh kami saling setentang.

"Tak payah bayarlah. Kos kereta kau tu nampak lagi mahal kut. Kau baikilah kereta kau. Aku settle motorbike aku." Aku bertoleransi. Aku bukannya kejam mana, lagi dengan member. Aku tahu juga nak kesiankan orang.

"Okeylah gitu... Thanks, bro!" Damien menepuk bahu aku.

Aku angguk dan tersenyum.

"Eh, kau buat apa dekat sini? Aku ingat kau dekat sana? Macam mana tiba-tiba boleh sampai sini?" Minda aku mengasak persoalan. Setahu aku, dia memang tinggal di London. Dia sudah tidak pulang menetap di Malaysia sejak kematian abangnya di sana.

"Berhijrah. Aku ingat nak mulakan hidup baru. Aku nak lupakan kisah lama. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Dekat sana, hati aku tak tenteram. Terkenangkan dosa-dosa aku... kesilapan aku dekat kau, dekat orang sekeliling aku..."

Aku carik hujung bibir aku tanpa kemanisan. Aku tenung dalam wajah Damien yang terselit kesal. Aku nampak keikhlasan di sebalik tatapannya. Dan jika benar dia sudah insaf, aku akan menyokong dan memberinya peluang. Aku tidak lagi akan menghukum kesilapannya.

Semua orang layak diberi peluang kedua. Begitu juga Damien yang telah memberi sejarah kelam dalam kehidupanku yang lalu.

"Dah tu, kau tinggal mana dekat sini? Ada rumah dah?" Prihatin soalan aku utarakan kepadanya.

"Aku baru sampai pagi tadi. Aku ada rumah lama arwah abang aku je dekat sini. Ni pun, kereta ni aku ambil dekat rumah tu... Alhamdulillah, rumah dan kereta masih terjaga elok. Keluarga isteri arwah abang aku yang tengok-tengokkan. Dia orang tinggal dekat situ. Kereta ni dia orang bagi aku pakai sebab katanya dekat rumah tu jarang dipakai. Nasib baik jugalah. Dapat kereta ni, senang aku nak gerak sana-sini."

"Habis, kalau kau nak tidur dekat rumah tu... keluarga isteri arwah abang kau macam mana? Dia orang ada tempat tinggal tak?"

"Tu yang aku fikir juga tu. Serba-salah juga aku. Sebab dekat rumah tu semua perempuan. Yang lelaki pun anak buah aku jelah. Kecil lagi. Aku ni, dah besar panjang. Nampak tak manis pula nak duduk dengan dia orang tanpa ikatan yang halal. Aku bukannya menantu,  suami atau adik-beradik dia orang."

Aku tersenyum mendengar bicara Damien. Perubahannya memberi ketenangan dalam hati aku. Bersyukur aku rasakan kerana sikap playboy dan 'main langgar'nya dahulu sudah tiada. Dia lebih menjaga dan beradab kini.

"Tidur rumah akulah macam tu..." pelawa aku tanpa berfikir panjang. Dia sahabat aku dan aku senang membantunya keluar daripada kemelut masalahnya.

"Eh, takpe ke? Kau bukan tidur rumah family kau ke? Ada parents dengan adik-beradik kau, kan?"

"Taklah. Aku tak tidur rumah family aku. Aku tidur dekat rumah abang aku. Lepas dia kahwin hari tu, dia pindah keluar tinggal dekat rumah yang parents kita orang hadiahkan untuk dia dengan bini dia. Sekarang, aku tinggal seorang. Ada kau, seronok juga. Jomlah!" ajakku. Bahunya aku paut mesra.

"Bayar sewa tak?"

Aku ketawa mendengar soalan yang diajukan Damien.

"Mestilah! Tak ada diskaun tau!" Sengaja aku mengusiknya.

"Err... takpelah macam tu. Aku tak ikut kaulah. Aku boleh tidur dekat dalam kereta. Atau dekat masjid ke?"

Semakin galak ketawa yang aku hamburkan. Kepala tergeleng perlahan dengan sendiri.

"Alala... dia buat cerita sedih pula! Taklah, weh! Aku gurau je. Kau tak bayar sewa pun tak apa. Aku mengalu-alukan kedatangan kau dan aku ikhlas tolong kau." Aku tarik senyum lebar untuk menunjukkan keikhlasan pertuturanku kepada Damien. Aku tahu dia ada masalah wang. Takkan aku nak bebankan dia. Sebagai kawan, mestilah aku kena tolong.

Damien garu kepalanya yang tak gatal. "Macam tu... terima kasih, bro! Terima kasih sebab faham aku dan sudi tolong aku. Kalau tak ada rezeki jumpa kau malam ni, memang aku tidur dekat masjid je tadi. Terima kasih! I owe you! Thanks, buddy!" Berulang kali Damien mengucap kata penghargaan dengan riak wajah yang penuh terharu.

"Ish, kau ni... banyaknya terima kasih. Tak ada apalah, der. Kau kan member aku. Chill, key?"

Damien tersengih-sengih sendiri.

Beberapa saat selepas itu, muncul seseorang dengan keretanya yang telah diberhentikan tidak jauh dari tempat kami berdiri.

"Bro, apa jadi dekat sini? Ada masalah ke? Kau orang accident?"

Aku dan Damien berbalas pandangan sebelum kami ketawa bersama. Boleh pula sembang sampaikan lupa yang kami baru sahaja kemalangan.

Cinta Pianis TerindahWhere stories live. Discover now