CPT | 02

47 2 8
                                    

AKU mencapai beg peribadi yang aku simpan di stor sebelum memulakan persembahan piano tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU mencapai beg peribadi yang aku simpan di stor sebelum memulakan persembahan piano tadi. Beg yang kini sudah di genggamanku, aku sauk masuk talinya merentang pada tubuh.

Kemudian, aku melangkah keluar dari stor setelah berpamitan dengan beberapa pekerja restoran yang merupakan teman-temanku.

Pada masa aku sedang berjalan menuju ke pintu masuk restoran, aku dihampiri satu susuk tubuh ramping seorang gadis. Gadis itu tersenyum manis kepadaku. Namun, aku hanya memandangnya tanpa sebarang riak yang terlukis pada wajah.

"Hai..."

Jemari runcing si gadis bermain-main di tali beg sendiri semasa mengucapkan kata sapaan. Wajah itu sekejap tunduk, sekejap lagi terpaku pada wajah aku.

Konon tersipu-sipu malu, tapi tersenyum gedik! Please la...

Hampir sahaja kesinisan bicara dalam hati aku terpampang pada wajah aku, namun cepat-cepat aku larikan pandangan dan wajah daripada melekat serta dapat dilihat oleh gadis itu.

Risau ada yang sentap pula!

"Nak apa?" soalku. Suara dingin, riak wajah beku. Jiwa? Kosong tanpa rasa.

"Awak... lelaki handsome yang main piano tadi, kan?"

Terangkat kening aku mendengar soalan itu.

Dah tu? Bukan ke tadi kau dengan member kau menjerit nak mengurat aku? Siap kenyit mata bagai! Takkan tiba-tiba dah tak kenal orang kut?

Lain yang aku luah dalam hati, lain yang aku ungkap di bibir.

"Kalau ya, kenapa?" Aku menjawab tanpa memandang ke arahnya. Sengaja aku liar pandangan. Ego tidak mahu memandang wajah yang boleh dikatakan manis itu.

"Err... sorry for disturbing you, but... ermm... can I get your number?"

Kali ini, langsung terpaku anak mata aku pada seraut wajahnya. Aku ingat yang minta nombor tadi tu, dia sengaja main-main. Eh, takkan serius kut?

"Kenapa saya mesti bagi nombor telefon saya dekat cik? Tak ada kepentingan kut..." Aku menjawab juga dengan jawapan yang mungkin dia tak harapkan.

Betullah... tak penting kut!

"Penting! Kenal dengan lelaki sehandsome awak, mestilah penting. Saya nak berkawan dengan awak... boleh tak?" Dia yang tersipu-sipu malu tadi mengangkat wajah. Dia menatap aku. Anak matanya memanah tepat ke dalam anak mata aku. Dia kerdip-kerdipkan kelopak matanya. Bagai sengaja ingin aku tergoda dan terumpan dengan aksi comel yang dia pamer.

"Seriously? Memang dengan semua lelaki handsome, cik cakap dan kelip-kelip mata macam ni ya?" Aku menduga.

"Nope! Awak yang pertama! Awak patut bersyukur sebab ada gadis secantik saya nak berkenalan dengan awak. Awak tahu, ramai lelaki cuba dekat dengan saya... tapi saya tak layan! Bila saya terpandang awak, saya rasa saya dah jatuh cinta. Boleh awak jadi cinta saya?"

Hampir sahaja aku ternganga mendengar kata-katanya. Lamarankah ini? Gila apa dia ni! Kenal tak sampai 24 jam kut!

"Sorry, I'm not interested."

Aku sudah bersedia hendak meninggalkan dia dan restoran ini. Anggap sahaja gadis itu budak-budak tak cukup umur yang baru nak belajar kenal orang!

"Eh, awak! Tunggulah! Saya tak habis lagi ni!" Dia pegang lengan aku kemas.

Aku tarik lembut lengan aku daripada terus disentuh. Biarpun berlapik kerana aku berkemeja lengan panjang, namun tetap sahaja aku tidak selesa.

"Apa lagi, cik?"

"Jangan panggil cik! Saya ada nama. Nama saya, Cinta." Dia hulur tangannya dengan anak mata bersinar. Seakan mengharap aku menyambut huluran tangan itu.

"Cinta? Another trick, girl? Awak memang spesies buaya betina ya?" Penuh selamba aku memberi dia gelaran. Dapat aku lihat bibirnya terketap dan wajahnya memerah. Antara marah dan malu, biarlah... aku tidak mahu ambil peduli.

"My name is Cinta... Cinta Aara. Double a depan Aara tu." Sempat dia terangkan ejaan namanya.

Kemudian, dia hela nafas dalam sebelum kembali bersuara kepadaku.

"Saya ikhlas nak kenal awak. Saya nak berkawan dengan awak. Please..."

Aku hela nafas berat. Aku tatap wajahnya sedikit lama. Manis. Comel. Memang nampak kebudakan lagi.

Bagi aku, dia masih ada masa depan yang panjang. Dia akan mengenali ramai lagi lelaki tampan seperti yang dia mahukan. Lelaki itu akan lebih bertanggungjawab, kaya-raya... dan mungkin berminat dengan wajah manisnya.

Rugi, dik... kejarkan saya yang dah tak ada hati ni. Baiklah awak cari lelaki lain selain saya.

"Macam saya cakap tadi, saya tak berminat. Lagi-lagi, budak-budak macam awak." Sengaja aku tunjuk sinis dengan memandangnya atas bawah.

Ternganga dia mendengar betapa selambanya aku menggelar dia budak-budak. Betul, kan?

Malas mahu menunggu lebih lama dan mendengar ungkapan seterusnya daripada si Cinta, aku segera mengatur langkah pergi. Aku tinggalkan dia yang masih tidak lepas memandangku.

Kepala aku tergeleng perlahan dengan sendiri. Nak kenallah, nak kawanlah, nak cintalah... Advance sangat, dik! Terkejut otak abang nak hadam!

Aku panjat badan motorku lalu aku pakai helmet ke kepala. Enjin aku hidupkan, namun baru sahaja aku hendak beredar dari situ, badan motorku ditahan seseorang.

Wajah Cinta Aara bermain di pandanganku.

Dia lagi...

"Kenapa lagi ni?" soal aku dengan nada suara menahan sabar. Rimas sebenarnya.

"Err... tak minta nombor dah. Cuma... err... nak tanya, esok awak main piano lagi tak?" Dia kelihatan teragak-agak dan serba-salah.

"Rasa-rasa?" Sengaja aku tidak mahu menjawab secara tepat.

Esok, aku akan pulang ke rumah keluargaku. Aku bermalam di sana 3 hari kerana keluargaku membuat hari keluarga. Rancangannya nak bercuti ke Sabah satu keluarga.

"Tak dapat rasalah. Cuba awak cakap?" Dia tunjukkan barisan giginya yang teratur dan bersinar kepadaku.

Aku tersenyum sinis di hujung bibir. Jawapan dia... ada can nak kenakan dia ni!

"Tak dapat rasa, maksudnya telepati kita tak kuat. Tak ada chemistry. Jodoh tak panjang kut. Jadi, tak payahlah kenal. Nanti bazir masa."

Dia terkulat-kulat sendiri mendengar balasanku. Wajahnya yang merah dan seakan patah hati membuatkan aku terasa hendak ketawa.

"Eh, dahlah. Saya tak nak bazirkan masa awak atau saya dekat sini. Tepi sikit tangan..." Aku tolak halus jari-jemarinya di badan motor aku. Tangan aku sudah tersarung sarung tangan hitam yang ranggi dan sesuai untuk bermotor.

"Awak..." Dia menyeru lagi. Seakan tidak puas memujuk aku berkenalan dengannya.

Namun, aku buat tidak peduli dengan seruan separa rengekan itu.

"Harap tak jumpa lagi! Daa..." Aku lambai-lambai tangan kanan di hadapannya dengan gaya diva sebelum aku benar-benar memecut kenderaan kesayanganku meninggalkannya sendiri.

Cinta Aara...

Not my type of girl!

Ermm... dan dia bukan Mel.

Cinta Pianis TerindahWhere stories live. Discover now