Ali berjalan sambil pandangannya meliar ke sekeliling kawasan yang baginya amatlah asing dan aneh. Kawasan itu dipenuhi pokok-pokok besar seperti di dalam hutan dan terdapat banyak senjata dari pelbagai jenis bersepah di atas tanah. Sekali tengok dah macam kat medan peperangan.
Ali menjadi semakin keliru.
"Haish, macam mana pula aku boleh sampai sini?? Seingat aku, tadi aku tengah buat homework, kenapa tiba-tiba ada kat tempat pelik ni??"soal Ali perlahan tanpa menghentikan langkahnya.
Tiba-tiba telinga Ali menangkap bunyi bising tidak jauh dari tempatnya berada. Akibat rasa ingin tahu, Ali terus melangkah ke arah sumber bunyi sehingga dia keluar dari kawasan hutan itu.
Alangkah terkejutnya Ali apabila melihat ramai orang sedang bertarung seperti dia dalam movie-movie peperangan yang pernah di tontonnya sebelum ini. Lagi mengejutkan apabila Ali terlihat beberapa orang yang dikenalinya sedang bertarung.
"Khai?? Iman?? A-apa diorang buat kat sini?!!"soal Ali, terkejut apabila melihat Khai sedang memanah orang-orang yang diyakini ialah musuh sehingga mereka mati akibat terkena panah itu. Ali terfikir, sejak bila pula si Khai nerd tu pandai memanah?!!
Manakala Iman pula dengan tangkas membunuh setiap musuh yang menyerang dengan pedangnya. Makin bertambah-tambah terkejut si Ali. Mana taknya, Iman yang pendiam dan lemah lembut tu tiba-tiba bunuh orang, memang terkejutlah.
"Aku rasa aku kena tipu dengan mata aku doo ಥ‿ಥ"monolog Ali. Takut pula rasanya melihat situasi yang tak berapa nak indah di hadapan matanya.
Tiba-tiba Ali terdengar bunyi seperti seseorang sedang menangis. Ali pun tanpa membuang masa berjalan ke arah sumber bunyi. Di sana Ali dapat melihat seseorang melutut di atas tanah menghadap sebatang pokok besar dengan badannya yang agak bergetar.
Ali berjalan mendekati orang itu untuk melihat wajahnya. Sekali lagi Ali terkejut setelah melihat wajah orang itu.
"Rudy?? Apa dia buat kat sini??"soal Ali pada dirinya sendiri. Ali berniat ingin menegur Rudy tetapi niatnya langsung terbatal apabila samar-samar mendengar Rudy mengatakan sesuatu.
"A-Ali... Jangan tinggalkan aku... Aku merayu... Hiks... Janganlah pergi..."rintih Rudy sambil menggenggam kedua-dua tangannya. Suaranya terdengar amat pilu di telinga Ali. Ali jadi hairan.
"Apa maksud kau dengan 'Ali'?? Kan aku--"
Kata-kata Ali langsung terhenti sebalik saja dia melihat seseorang bersandar pada pokok besar itu. Orang itu memakai pakaian yang agak mewah seperti orang-orang atasan. Matanya tertutup dan terdapat juga darah yang mengalir dari mulut dan beberapa bahagian badan yang lain. Apabila diteliti, Ali mendapati orang itu ialah... Dirinya sendiri.
Ali menggigil ketakutan, kedua-dua tangannya digenggam dan giginya diketap. Beberapa saat kemudian, barulah dia membuka mulutnya.
"Woi Rudy!! Apa kau merepek ni ha?!! Aku kat sini!! Orang tu bukan aku!! Kau tak nampak ke?!! Aku masih hidup!!"marah Ali dengan suara yang kuat tetapi tidak mendapat sebarang respon dari Rudy.
"Rudy!!!"
Ali membuka matanya dan mendapati dirinya sedang berbaring di atas katil. Ali menukar posisinya kepada duduk dan mula memeriksa tubuh badannya. Ali menghembuskan nafas lega apabila mendapati tiada sebarang luka padanya.
"Huhh... Mimpi je..."gumam Ali, lega. Tiba-tiba peristiwa yang dilihatnya tadi muncul kembali di dalam fikirannya. Ali dapat rasakan badannya menggeletar.
"Hish... Gila betul mimpi macam tu..."gumam Ali lagi. Kemudian, pandangannya teralih pada jam dinding yang menunjukkan 6:30. Ali mengeluh.
"Laaa... Dah pagi rupanya..."
YOU ARE READING
ʙᴏʙᴏɪʙᴏʏ ᴀɴᴅ ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏ
FanfictionWarning⚠⚠⚠ Kemungkinan ada (memang ada) unsur-unsur boy x boy ( ͡° ͜ʖ ͡°)⚠ Sinopsis⤵⤵⤵ Hanya kompilasi cerita² pendek (yang pelik) tentang Boboiboy dan Ejen Ali. Berkemungkinan setiap cerita pendek akan mengandungi 3-4 chapter, boleh juga jadi lagi...