»» We Meet Again (Ejen Ali) [2]

371 13 5
                                    

9:30 a.m.

Rudy menongkat kepalanya sambil memandang whiteboard di hadapan kelas. Tetapi entah kenapa, Rudy tidak dapat fokus dengan apa yang diajarkan gurunya sehingga pada akhirnya dia memandang Ali di sebelahnya.

"Perasaan aku je ke atau... Dia nampak lagi kiyuut dari dulu??"soal Rudy pada dirinya sendiri. Tanpa sedar, dia mengukir sebuah senyuman.

Tiba-tiba...

"Rudy!!"sergah guru yang sedang mengajar itu sambil menepuk mejanya apabila mendapati Rudy tidak memberikan perhatian dengan apa yang diajarnya menjadikan Rudy tersentak dan langsung mengalihkan semula pandangannya ke hadapan. Boleh dilihat nama "Leon" di 'nametage'nya.

"Bila saya tengah mengajar tu, fokus!! Jangan tengok tempat lain!! Nanti bila ditanya soalan, terkial-kial nak jawab!!"marah cikgu Leon manakala Rudy hanya buat tak tahu, macam orang takda perasaan.

Ali pula memandang Rudy menggunakan ekor matanya seketika.

"Apasal dia pandang aku macam tu tadi?? Ada apa-apa yang pelik kat aku ke??"soal Ali perlahan dan mengalihkan semula pandangannya ke hadapan, tidak mahu dimarahi cikgu lion itu.

Tiba-tiba peristiwa ketika dia baru masuk ke dalam kelas itu berputar kembali di dalam fikirannya.

Flashback On••

Ali berjalan ke arah tempat duduk kosong di sebelah Rudy dan langsung melabuhkan punggungnya. Ali memandang Rudy dan berniat ingin menegurnya.

"Hai, aku A--"

"Ali, kau... Ingat tak siapa aku??"tanya Rudy tiba-tiba, memotong kata-kata Ali menjadikan Ali yang mendengarnya hairan sehingga sebelah keningnya terangkat.

"Siapa kau??"tanya Ali balik. Rudy mengangguk. Ali berfikir seketika, cuba mengingat.

"Hmm... Entahlah... Aku tak kenal kau. Jap. Kita... Pernah jumpa ke sebelum ni??"tanya Ali akhirnya menjadikan Rudy terdiam. Beberapa saat kemudian, barulah Rudy membalas.

"Takda apa. Lupakan je..."balas Rudy sambil mengukir sebuah senyuman paksa. Entah kenapa, Ali rasa bersalah setelah melihat reaksi Rudy.

"K-kau okay tak ni??"tanya Ali ragu.

"Okay je..."

"Ehh?? T-tapi kau--"

"Betul ni, aku okay..."potong Rudy. Ali terdiam. Sambil itu, matanya sempat melirik ke arah nametag Rudy.

"Jadi... Nama dia Rudy"monolog Ali.

Flashback Off••

"Pelik betul Rudy tu. Padahal aku tak pernah jumpa dia sebelum ni... Kenapa dia tanya soalan macam tu kat aku??"monolog Ali, masih lagi hairan dengan perubahan riak wajah Rudy pagi tadi.

"Tapi..."

Ali menggantung ayatnya dan menarik keluar sedikit buku lukisannya yang diletakkan di dalam laci(?) mejanya.

"Kenapa muka dia sama macam orang yang selalu muncul dalam mimpi aku??"soal Ali pada dirinya sendiri.

SKIP

10:30 a.m.

(KRIIIING!!!)

Bunyi loceng yang menandakan waktu rehat bagi pelajar sesi pagi menghentikan sesi mengajar guru-guru yang sedang mengajar pada waktu itu.

"Untuk homework hari ni, siapkan semua latihan bab 8 kat dalam buku modul. Esok saya check"ujar guru itu seraya mengemas barang-barangnya dan terus melangkah keluar dari kelas.

Ali dengan senang hatinya mengemas barang-barangnya agar mejanya tidak bersepah. Ali bangun dan berniat ingin keluar dari kelasnya untuk pergi ke kantin. Tetapi belum sempat Ali membuka langkah, dia telah ditegur oleh Khai.

ʙᴏʙᴏɪʙᴏʏ ᴀɴᴅ ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏWhere stories live. Discover now