»» We Meet Again (Ejen Ali) [7]

185 8 0
                                    

Dalam perjalanan balik ke rumah Ali, Rudy dan Ali masing-masing mendiamkan diri kerana tiada sesiapa yang ingin membuka mulut untuk berbual.

Nasib baik Rudy dah tanya alamat rumah Ali awal-awal tadi.

Ali yang masih didukung oleh Rudy mula berasa bosan, dia ingin berbual dengan Rudy tetapi tidak tahu topik apa yang patut di bualkan.

Tiba-tiba Ali merasakan sesuatu yang aneh dengan situasi sekarang ini.

"Kenapa... Tiba-tiba aku macam dapat Deja Vu??"soal Ali pada dirinya sendiri, hairan dengan perasaan yang dia rasakan.

Mana taknya, dia dan Rudy baru saja menjadi kawan sejak Ali memasuki kelas Rudy. Mereka berdua juga tidak pernah terlibat dalam situasi seperti ini sebelum ini.

"Rudy"panggil Ali tiba-tiba.

"Hm?? Kenapa??"tanya Rudy.

Ali diam seketika, cuba mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan supaya Rudy tak rasa yang dia ni pelik.

"Aku peliklah... Kitakan tak pernah lalui situasi macam ni. Tapi kenapa aku rasa macam... Kita berdua pernah lalui benda ni sebelum ni??"tanya Ali akhirnya menjadikan langkah Rudy terhenti serta-merta.

Ali jadi hairan.

"Kenapa kau berhenti??"tanya Ali lagi.

"Takda apalah... Aku cuma... Teringat 'kawan lama' aku, tu je."jawab Rudy pada akhirnya seraya kembali meneruskan langkahnya.

Ali hanya meng'ohh'kan saja sebagai balasan.

Kemudian, suasana kembali menjadi hening antara mereka berdua.

Rudy pula, fikirannya mula mengingat suatu memori.

Flashback On••

Sedang Rudy duduk di bawah sebatang pokok yang rendang sambil membersihkan pedangnya, dia terperasan ada seseorang berlari ke arahnya sambil memanggil-manggil namanya.

"Rudy!! Rudy!!"panggil orang itu, lariannya tidak dihentikan.

Rudy yang dapat mengecam suara yang memanggilnya bingkas bangun dari posisi duduknya. Rudy menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat kepada orang itu.

"Tuanku, putera mahkota, Ali..."ujar Rudy, menunjukkan rasa hormat pada orang itu, Ali.

Ali yang melihat Rudy berbuat demikian tergelak kecil.

"Ish kau ni Rudy, tak perlulah nak formal sangat dengan aku. Kitakan kawan..."balas Ali sambil mengukir sebuah senyuman manis.

Rudy yang melihat senyuman itu berdehem.

"Ehem!! Walaupun kita kawan, Tuanku tetap merupakan keluarga diraja. Jadi saya mesti tunjukkan rasa horma--"

"Ish, banyak cakaplah kau ni!! Jom ikut aku!!"sampuk Ali seraya menarik tangan Rudy ke arah suatu tempat.

Usai di sana, Rudy mengangkat sebelah keningnya, hairan.

"Tuanku, apa kita buat kat kandang kuda istana ni??"tanya Rudy hairan manakala Ali hanya tersenyum.

"Aku nak ajak kau lumba kuda dengan aku!!"jawab Ali teruja. Kali ini giliran Rudy pula yang tersenyum. Tetapi sebenarnya senyumannya itu untuk menahan tawa.

Ali pout.

"Apa yang lawak huh?!!"soal Ali geram seraya menumbuk bahu Rudy perlahan.

Rudy yang merasakan tumbukan itu cuba menenangkan dirinya dan berdehem.

"Ehem!! Maaf Tuanku, takda apa yang lawak. Cuma... Tuanku betul-betul ke nak lumba kuda dengan saya?? Yelah, Tuanku kan tak pernah naik kud--"

"Hei Hei, jangan pandang rendah kat aku okay?? Naik kuda tu senang. Naik sama tutup mata pun aku bolehlah!!"sampuk Ali dengan uhh... Riaknya sambil bercekak pinggang.

ʙᴏʙᴏɪʙᴏʏ ᴀɴᴅ ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏWhere stories live. Discover now