Sejak pulang dari sekolah Tengku Azira hanya berkurung didalam bilik. Dipanggil untuk makan dia tidak mahu. Akhirnya Datin Maslina hanya menyuruh pembantu rumah mereka menghantar makanan kebiliknya. Direnung saja makanan itu.
Pop! Notification Whatsapp manandakan ada mesej masuk. Tengku Azira tidak mempedulikan telefonnya. Pop! Telefonnya berbunyi lagi. Dia mengambil telefonnya. 'Nazman? Apalah mamat gila ni nak?' Bisiknya dalam hati.
'Az.. tengah buat apa tu?' ~ (Nazman gila) 15.20
'Woi.. Az aku tau kau tak tidur.'~(Nazman gila) 15.24.
'Assalamualaikum..'~ sent 15.25. Perli Tengku Azira.
'Waalaikumsalam..perli nampak.'~(Nazman gila) 15.25.
"Amboi!! lajunya reply." Kata Tengku Azira.
'Eh manada perli.. hah kau nak apa ni?'~ sent 15.26.
'Ha'ah aku dah lupa.. tak ni.. aku nak bagitau kau esok aku jemput kau kat rumah. Tepat jam 6 pagi.. kalau kau lambat aku tinggal kau.'~ (Nazman gila) 15.27.
'Last-last kau yang lambat.. oklah. Bye'~ sent. 15.27.
'Okey.'~ (Nazman gila) 13.28.
Tengku Azira melihat meaej terakhir dari Tengku Nazman. Dia tersenyum. Semenjak kejadian tu dia rasa seperti semakin rapat dekat Tengku Nazman. 'Rupanya mamat tu baik juga eh.' Bisiknya dalam hati.
****
Pagi itu Tengku Azira siap memakai baju sekolahnya dan mengikat rambutnya tinggi. "Alamak! Aku dah lambat ni. Habislah aku kena bebel oleh Nazman." Dia melihat jam menunjukkan pukul 6.15 pagi.
Dia turun ke tingkat bawah. "Az.. marilah sarapan dulu." Panggil Tengku Hafiz. "Az dah lambat lah papa." Dia menuju ke meja makan dan menyalami Datin Maslina dan Tengku Hafiz. "Az jalan dulu ye.. Assalamualaikum mama, papa." Ucapnya. "Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak.
Dia menuju ke kereta Tengku Nazman dia membuka pintu di depan. Melihat Wajah Tengku Nazman yang marah. Dia masuk dan duduk. "Alah kau janganlah marah. Macam singa je aku tengok kau ni." Kata Tengku Azira.
"Kau lambat apasal? 15 minit tau aku tunggu kau kat sini. Nasib aku baik hati tak tinggalkan kau tau." Bebel Tengku Nazman. "Janganlah marah.. sorrylah ye Naz yang hensem." Pujuk Tengku Azira.
"Maaf diterima.. sebab kau kata aku hensem." Ucap Tengku Nazman sambil tersenyum. "Macam tu lah.. tunggu apa lagi jomlah gerak.. tadi kata lambat." Kata Tengku Azira. "Kejap kita tunggu As.." Kata Tengku Nazman. "Cehh.. kau ni kan.. tadi kata aku lambat." Bebel Tengku Azira.
"Kalau kau tak nak lambat.. kau pergilah sorang-sorang." Kata Tengku Nazman. Lantas Tengku Azira membuka pintu kereta belum sempat dia ingin turun dari kereta. Tengku Nazman memegang tangannya.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Tengku Nazman bila melihat Tengku Azira ingin turun dari kereta. "Tadi kau suruh aku pergi sorang-sorang." "Alah kau ni aku main-main je pun." Pujuk Tengku Nazman. "Tau takut." Kata Tengku Azira. "Sweetnya korang berdua ni. Siap pegang tangan lagi." Kata Tengku Ashari. Tersentak mereka berdua lalu melepaskan pegangan tangan mereka.
"Dahlah jomlah gerak. Kalau nak sweet nanti lepas kahwin." Usik Tengku Ashari. Tengku Nazman meliha rona muka Tengku Azira yang merah lalu senyum.

YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Keluarga(in progress)
Romance"What? Married? No!! Mama Az tak nak kahwin lagi-lagi dengan dia. Lagipun umur Az baru 16 tahun mama. Tak mungkin! ~Tengku Nur Azira. Tengku Nur Azira seorang anak ternama di Malaysia. Seorang gadis yang ceria, polos, manja, baik pada orang yang bai...