Kaira Amanda
Selesai saja kelas tambahan petang itu , mama menyuruh aku langsung pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana. Katanya ada hal penting yang mahu dibincangkan.
Aku harap apa yang mama cuba beritahu kali ini adalah benda yang penting. Perkara yang betul-betul serius . Dua bulan yang lepas, mama suruh aku cepat-cepat pulang dan memperkenalkan aku dengan kekasihnya yang baru saja dia kenal selama sebulan . I'm like~ what ?? Semudah tu mama kenal sama lelaki ? I'm tired everytime she promise that guy is a good guy but end up mess up with that 'good' guy.
Mama ni memang tiada luck dengan lelaki . Ada-ada saja perangai lelaki yang dia jumpa . Nasib juga mama ni dia pandai pikir mahu kasih kenal dulu dengan anak dia ini . Kalau tidak , kena tipu hidup-hidup .
Aku turun dari bas sekolah dan melihat ada sebuah kereta mewah parking di depan pagar rumah . Boleh tahan . Siapa pula mangsa mama kali ni . Or terbalik , mama yang jadi mangsa . Aku mengeluh , bukan sebab letih , tapi kesal mengenangkan sikap mama yang kadang-kadang tidak masuk akal .
Pintu pagar rumah aku tolak dan tutup kembali . Aku bergegas masuk ke dalam rumah dan di sebelah mama ada seorang lelaki setengah abad tersenyum melihatku . Orangnya tinggi , tampan , pakaian berkarisma . Tentu saja bukan calang-calang orang . Macam ahli perniagaan saja . Dengan suit hitam . Mama yang melihat aku masuk ke rumah terus memeluk dan mencium pipiku mesra . Memang itu rutin harian mama tiap kali aku pulang sekolah .
"Mari mama kenalkan kamu dengan seseorang yang istimewa buat mama." Mama memeluk lengan ku dan membawa aku dekat dengan lelaki berkumis itu . Aku hanya memandang . Menunggu kata-kata mama yang seterusnya .
"Ini Uncle Jordan. Kawan mama. Salam uncle sayang." Aku memandang mama sekilas . Meminta kepastian . Dia hanya mengangguk . Tangan lelaki itu yang mungkin sebaya dengan mendiang papa aku raih perlahan . Dan aku salam seperti seorang anak kepada ayahnya . Aku bahkan tidak ingat wajah papa . Lucukan ?
" Cantik anak kamu Maria . Sama macam kamu." Puji Uncle Jordan. Aku berundur ke belakang sedikit . Bukan tidak selesa , tetapi dia adalah orang yang tidak aku kenal . Uncle Jordan ketawa kecil . Mungkin dia perasaan akan tingkah laku ku .
"Kaira , bersiaplah ya . Nanti uncle akan jemput Kaira dan mama Kaira makan malam bersama family uncle . Kita kenal-kenal. Sebab tak lama lagi kita akan jadi satu family."
Aku kurang faham . Jadi satu family ? Ingin bersuara namun tersekat di kerongkong .
"Maria , nanti aku datang lagi . Jumpa nanti jam 7 malam." Aku ditinggalkan seorang di ruang tamu . Mama pula mengekori langkah Uncle Jordan sampai ke kereta . Melihat lelaki itu memandu pergi . Senyuman mama hingga ke telinga .
"Berapa lama mama kenal dengan Uncle Jordan?" Aku bahasakan lelaki tadi dengan panggilan uncle . Tidak mahu terlihat biadap . Senyuman mama mengendur seketika .
"Sayang , mari duduk dengan mama." Arahan mama aku turutkan. Punggung dilabuhkan di sebelah mama. Menunggu apa yang mama cuba sampaikan . Menunggu penjelasan mama.
"Mama kenal Jordan dah lama. Dia kawan mama dari sekolah menengah lagi . Sebelum papa kamu." Perlahan saja suara mama . Bait-bait kata-kata mama cuba aku hadam satu-persatu. Dan ??? Apa kaitan dengan mama sekarang??
"Mama tahu apa yang mahu Kaira tanya. Kenapa Jordan dan mama boleh rapat. Mama jumpa Jordan dua minggu lepas di Sabah. Dia rupa-rupanya satu klien mama yang selalu berurusan dengan mama selama ini. Kecil ja duniakan. Dia sudah mati bini lima tahun lepas. Dan sekarang kita sudah jumpa , dia tidak mahu melepaskan mama lagi seperti waktu dulu."
Jadi itulah kesimpulannya , mama dan Uncle Jordan adalah pasangan kekasih dari zaman sekolah menengah tetapi mama kena reject terang-terangan sama ibu uncle Jordan. Alasannya , mama tidak setanding dengan uncle Jordan yang memang kaya raya . Panjang lebar penjelasan mama . Aku pula hanya mendengar . Tidak mahu mencelah , sedangkan dalam kepala , ribut taufan melanda , melanda dengan pelbagai persoalan.
Uncle Jordan ada dua orang anak laki-laki hasil dari isteri pertama . Isteri uncle Jordan meninggal lima tahun lepas sebab sakit. Sakit apa tidak pula mama tahu. Anak sulung uncle Jordan sudah habis belajar dan bekerja dengan uncle Jordan . Anak kedua uncle Jordan pula tua tiga tahun dari Kaira dan sekarang masih lagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan . Biasalah anak usahawan , lebih-lebih lagi anak lelaki , sudah pasti akan ikut jejak ayah mereka .
Daripada cerita uncle Jordan , anak yang sulung sudah bertunang . Dan tunggu masa mahu atur tarikh pernikahan yang sesuai . Sama padan sama cantik , tunang si anak sulung juga dari keluarga yang berada .
Dari cerita mama , timbul perasaan takut jika kehadiran aku sama mama disalah ertikan . Silap-silap boleh dikatakan mama gila harta nanti kalau kahwin sama uncle Jordan . Walaupun mama bekerjaya , tetapi latar belakang mama tidak seberapa . Asal dari keluarga susah-susah . Atuk sama nenek lama sudah meninggal . Sebelum papa tiada .
Aku lihat , mama teruja bercerita tentang keluarga uncle Jordan . Kata mama , dia tidak kisah jadi isteri kedua uncle Jordan kerana lelaki itu sememangnya cinta pertama mama . Bukan mama kahwin sama papa , kahwin paksa aaa . Ada juga tu cinta , tapi tidak sehebat cinta pertama . Lagipula papa tahu kisah cinta pertama mama . Jadi papa dulu memang terima mama seadanya . Mungkin sebab cinta papa untuk mama adalah tulus ikhlas .
"Mama yakin ke yang keluarga uncle Jordan boleh terima kita nanti ma ? " Soalan itu terus mematikan senyuman mama . Pahit , tapi persoalan itu harus diketengahkan .
"Kalau dulu ibu uncle Jordan terang-terangan reject mama sebagai menantu , mama yakin ke sekarang dia tak macam tu lagi?" Riak wajah mama tampak berubah . Kesian mama , maafkan Kaira ma .
"Sayang , mama yakin dengan uncle Jordan boleh jaga kita dengan baik . Mama kenal Jordan , dia tak akan sia-siakan mama . Dan akan jadi ayah yang baik untuk Kaira." Mama cuba nak alihkan perhatian Kaira .
"Percayakan mama ya sayang?" Mama puai-puai Kaira punya kepala dengan lembut . Pandangan mata mama bersinar-sinar berharap mendapat restu dari anaknya. Tidak tega melihat mama begitu , merayu . Kaira anggukan kepala tanda bersetuju dengan keputusan mama . Lagipun , mama lebih tahu asam garam kehidupan . Siapa aku untuk membantah mama , kasih sayang untuk mama melebihi segalanya .
Tepat jam 7 , kereta mewah milik uncle Jordan sudah tersadai di hadapan rumah . Mata uncle Jordan tidak berkelip melihat mama yang terlihat anggun dengan dress berwarna biru. Walaupun usia mama lewat 30-an , mama masih lagi anggun jelita . Body yang langsing , pinggang yang ramping pasti mengiurkan mana-mana mata lelaki yang memandang . Tidak hairan uncle Jordan boleh jatuh cinta kali kedua buat mama .
Kedatangan kami disambut oleh pekerja restaurant tersebut dengan penuh tata tertib . Boleh dilihat dengan jelas bahawa restaurant itu disewa penuh oleh Jordan .
Aku hanya mengekori langkah mama dengan uncle Jordan dari belakang . Telapak tangan terasa seram sejuk . Terasa bakal terjadi sesuatu . Namun cuba untuk bertenang . Tidak mahu makan malam bersama keluarga uncle Jordan rosak .
Dari jauh , terlihat dua sosok badan tegap yang membelakangkan pintu masuk ke ruangan khas restaurant itu .
"Jayden , Jaymes . Good evening handsome boys ." Masuk saja mama tidak kekok bermesra dengan dua jejaka itu . Seperti sudah kenal lama . Sedangkan aku pula hanya terpacak bagai tunggul kayu disitu . Mama memeluk kedua-dua lelaki itu . Tampaknya , mereka senang dengan mama . Mesti mereka ialah anak uncle Jordan . Tapi , mana pula ibu uncle Jordan ? Kelibat tua tiada di situ .
"Good evening aunt , wowww . You look so gorgeous tonight . Tak hairanlah kalau papa terpikat dengan aunt . Kalau Jayden pun , jayden memang pikat aunt terus. Kan Jamess ?" Bergema ruangan itu dengan gelak ketawa mereka . Mama pula malu-malu bila dipuji cantik . Jordan yang mula sedar kehadiran Kaira disitu mula berdehem dan mendekati Kaira .
"Boys , papa nak kenalkan this is your soon to-be your little sister , Kaira Amanda."
Mereka berdua saling berpaling dan memandang ku . Jantung berhenti berdetik seketika . Salah seorang dari mereka adalah orang yang sangat aku kenali . Dan rindui~~ Dan juga benci .
Jamess? Jaymes Jordan?
Dunia seakan berhenti berputar seketika . Katakan ini semua tidak benar .
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
YOU ARE READING
Fate to lost-love you
Roman d'amourHidup Kaira Amanda tidak lagi setenang dulu bila mama Maria berkahwin dengan cinta pertamanya . Dari luaran Kaira dilihat senyum , namun seorang pun tidak dapat menebak isi hati gadis itu . Orang yang selama ini ditunggu , alih-alih menjadi ahli ke...