Jamess JordanSejak papa keluar dengan aunt Maria , papa jauh berubah . Dia lebih ceria , bersemangat dan mula menyibukkan diri dengan dunia luar . Baguslah . Sebelum ni aku dan Jayden bimbang dengan keadaan papa yang saban hari kian merosot .
Lima tahun sudah berlalu , bukan tempoh yang pendek . Tetapi papa tetap tidak boleh menerima kenyataan yang mama sudah pun tiada di dunia ini . Kata papa , itu semua salah papa . Mama meninggal kerana papa mengabaikan mama .
Tapi dari apa yang aku dan Jayden lihat , papa ialah seorang suami yang penyayang . Tidak pernah sekali pun mama terabai . Entah mengapa papa terus-terusan menyatakan dia mengabaikan mama . Dia sudah cuba terhabis baik untuk menyembuhkan mama . Namun semua itu sudah tertulis , akhirnya mama pergi jua setelah hampir dua tahun berjuang melawan penyakit depress yang dialaminya . Tampak remeh , tapi mood mama bila- bila masa saja boleh berubah .
Satu jam dia tidak melihat kelibat papa , satu rumah itu boleh hancur dia kerjakan . Bermacam cara kami sekeluarga mahu merawat penyakit mama . Perubatan moden , tradisional , semuanya tidak menjadi . Last-last papa stop semua pekerjaan papa di office dan fokus kepada mama seorang . Mujur juga ada uncle Glatia yang menolong papa uruskan syarikat . Papa hanya kerja dari rumah saja .
Lepas pemergian mama , papa pula kemurungan . Dia lebih suka menyendiri . Nenek pula yang ikut sama risau dengan keadaan papa . Untung saja Jayden sudah lepas habis belajar . Dia jugalah yang terus handle kerja-kerja papa sebagai CEO di syarikat papa . Kalau tidak , tidak terbayang akibatnya . Sekarang papa sudah kembali pulih dan menerajui semula syarikat , Jayden menjadi orang kanan papa .
Aku pula ? Masih lagi dalam proses belajar di luar negara . Aku pulang ke Malaysia selepas mendengar berita dari Jayden . Ingin melihat dengan mata kepala sendiri .
Menurut Jayden , beberapa minggu lepas papa ke Sabah untuk mesyuarat di sana dengan satu syarikat yang selalu bekerjasama dengan syarikat papa . Dari situ papa mula berubah . Dia sentiasa ceria . Sering dilihat begayut di telefon sampai berjam-jam . Kalah anak muda bercinta .
Sampai satu tahap , papa bilang sama nenek dan Jayden dia sedia mahu berkahwin lagi . Semua menerima khabar itu dengan gembira .
Dan malam ini , makan malam bersama dengan keluarga aunt Maria . Aku cuma tahu aunt Maria ada seorang anak perempuan yang masih bersekolah di tingkatan 6 bawah . Sama seperti papa , status aunt Maria ialah janda kematian suami . Suami aunt Maria dikatakan terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian . Dan aunt Maria juga merupakan cinta pertama papa zaman sekolah . Patutlah papa tidak teragak-agak untuk menikahi aunt Maria .
Saat papa memperkenalkan anak aunt Maria , aku terpana seketika . Raut wajah yang amat aku kenali . Yang pernah aku sayangi . Ya , yang pernah aku sayangi dan juga sakiti . Mata ku melirik ke arah genggaman tangannya . Mungkin menahan rasa terkejut . Aku juga sama terkejut .
Kaira Amanda
Kaira pandai mengawal riak wajahnya . Aku juga perlu bertenang . Tidak mungkin aku berolah ketika ini .
"Boys , papa nak kenalkan this is your soon to-be your little sister , Kaira Amanda."
Senyumannya sama seperti dulu . Mencairkan hati sesiapa yang memandang. Kaira hanya menuduk tanda menyapa aku dan Jayden . Kuatkan lah hati ini agar tidak berlari memeluk tubuh genit itu .
Makan malam diteruskan tanpa sebarang masalah . Papa dan aunt Maria rancak berborak sedangkan aku, Jayden dan Kaira hanya diam mendengar celoteh mereka berdua .
Kaira tampak tidak selesa , makanan yang terhidang hanya dikacau-kacau sedikit sahaja . Jayden pula sibuk dengan telefon pintarnya . Sudah tentu bermesej dengan si jantung hati .
Kaira meminta diri ke tandas sebentar . Aku hanya menghantar pandangan mata melihat Kaira semakin menjauh . Dia tampak sangat cantik dengan dress putih yang sememangnya padan dengan Kaira .
Tidak lama selepas itu aku pula berpura-pura hendak ke tandas . Keluar saja dari ruangan khas itu , aku terus mencari kelibat Kaira .Seorang gadis berbaju warna putih duduk menghadapan pancuran air terjun di depan lobby restaurant itu . Sesekali dia bermain air disitu . Polos sekali . Aku pantas mendekatinya .
"Kaira~" dia terkejut dan terus berdiri . Kaira tampak cuak .
"Kai_ Kaira duduk kejap kat sini . Nanti Kaira masuklah ke dalam , tak payah cari Kaira." Dia menjarakkan diri ke belakang .
No Kaira , aku rindukan kau .
Kata-kata hanya ku lepaskan dalam hati . Kami berdua diam seketika . Mencari idea membuka bicara .
"Kaira masuk dulu , nanti mama cari pula tengok Kaira lama-lama kat sini."
Tanpa sedar , lengan Kaira sudah ada dalam genggaman tangan ku . Dia tersentak menoleh ke belakang .
"Aku tahu kau masih marahkan aku kan ?" Soalan apa kau tanya bodoh . Aku tidak henti-henti menyumpah diri sendiri . Lain yang mahu disoal , lain pula yang ditanya .
Kaira ketawa kecil . Segera dia melepaskan diri dari pautan itu .
"Kaira baru hari ni jumpa dengan Jamess . Jamess right ?"
Selepas tersenyum lirik , dia terus beredar dari situ meninggalkan aku seorang . Tingkah Kaira berubah dingin . Aku juga turut menyertai langkah Kaira pulang semula ke tempat kami makan tadi .
"Mama , Kaira balik dulu . Kalau mama masih nak lama kat sini , Kaira tak kisah . Kaira boleh balik naik teksi ."
Mendatar saja nada Kaira . Maria jelas terkejut . Dia menarik anak gadisnya ke belakang ruangan itu .
"Kenapa tiba-tiba saja ni ? Kaira pucat ni , Kaira sakit ke sayang?" Tanya Maria risau. Kaira pantas menggelengkan kepala . Dia mula menguntum senyuman. Kelihatan papa juga terpinga-pinga dengan tingkah Kaira.
Aku sedar , bahawa semua itu berpunca dari aku . Dia mahu menggelak dari aku .
"Uncle , maafkan Kaira sebab Kaira rasa tak sedap badan . Uncle Jordan tolong jaga mama ya ." Usai berkata , Kaira terus keluar dari ruangan itu meninggalkan Maria dan yang lain tertanya-tanya. Belum sempat papa menghalang , kelibat Kaira suda menghilang . Wajah Maria tampak serba-salah.
"Maafkan tingkah Kaira ya, Jor. Kadang-kadang dia boleh jadi keras kepala." Aunt Maria tersenyum kelat dan cuba menjelaskan keadaan kepada papa. Papa pula tidak kisah sebenarnya. Papa mendekati Aunt Maria dan memeluk bahu wanita itu mesra.
"Tak apa, biasalah budak-budak." Pujuk papa sambil mengusap lembut bahu Aunt Maria. Aku dan Jayden pula yang terkulat-kulat dengan tingkah mesra papa. Sebelum ni, belum juga pernah nampak papa semesra itu dengan mendiang mama di depan umum.
"James, kau tolong hantarkan Kaira ya. Hantar dia pulang ke rumah."
Aku kaget bila papa memberi arahan sebegitu. Tidak membuang masa, aku terus keluar mencari Kaira. Namun kelibat gadis itu sudah tidak kelihatan lagi.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
YOU ARE READING
Fate to lost-love you
عاطفيةHidup Kaira Amanda tidak lagi setenang dulu bila mama Maria berkahwin dengan cinta pertamanya . Dari luaran Kaira dilihat senyum , namun seorang pun tidak dapat menebak isi hati gadis itu . Orang yang selama ini ditunggu , alih-alih menjadi ahli ke...