" First ball ! "
Dengar sahaja laungan tersebut dari pihak lawan, aku mengambil tempat dalam keadaan yang bersedia. Kaki dalam posisi membengkok dan kedua belah tangan lurus ke hadapan, menunggu bola yang akan datang bila-bila masa.
Petang-petang ni pulak member ajak main, layan ajelah
Beberapa rakan aku melambai-lambai tangan dari jauh, tidak putus memberi kata semangat. Aku yang melihat dari dalam 'court' bola tampar hanya membalas lambaian mereka dengan senyuman yang diukirkan seikhlas mungkin.
Detakan jantung makin lama makin tidak terkawal, bimbang jikalau tersasar, bimbang jikalau akan mengecewakan rakan sepasukan. Namun, aku cuba untuk berlagak tenang.
Peluh menitis dari kepala turun ke pipi, memerhatikan bola yang naik turun kemari. Sesekali bergerak ke kanan, sesekali di 'pass' kan ke tengah. Hanya menunggu sahaja bola dipukul ke arah kiri hadapan, tempat aku. Mata semakin ligat, memberi tumpuan sepenuhnya kepada objek bulat tersebut,
Bola! Peluang aku !
" Akak! "
Fokus aku terganggu, aku kemudian menoleh ke belakang, mencari suara gerangan yang mencuri tumpuan seketul Alya.
Lah budak F1 kenapa pulak ni, baru nak feeling.
" Kak Alya, cikgu cari. "
.
waktu kematian ;
16 Jun 2022, Khamis .
Belasungkawa terhadap beliau.
'Tenang' , satu perkataan yang boleh aku gambarkan. Wajah dia yang paling tenang, Bagaikan sudah berbahagia 'di sana' bersamaNYA. Senyuman yang menghiasi wajah mulusnya, menambahkan lagi seri mukanya.
semua yang hidup,
pasti akan merasakan mati,
yang hanya akan dirasakan sekali,
namun sesalnya takkan berakhir di sini.Jasadnya yang tidak lagi berjiwa aku dakap,
ciuman terakhir yang selalu menjadi impiannya aku hadiahkan.Kasih seorang puteri, yang tidak terbanding dengan harta, dan yang takkan pernah ternilai harganya.
Kasih yang ditaruhkan,
Yang tetap akan aku pertahankan,
Yang dulu menjadi sebuah cerita,
Yang kini menjadi kenangan buat selamanya.Kasih,
yang takkan pernah sirna dalam diri.
Kasih yang hakiki.