Kecewa itu pasti.
Iya benar, kecewa itu lumrah kerana itu kita perlu belajar untuk mengikhlaskan walau hakikatnya menyakitkan. Maka, yang perlu tinggi itu adalah pengorbanannya dan bukan ekspetasinya.
Aku pernah ya ekspetasinya tinggi amat terhadap manusia.
Terlalu leka dengan manusia hinggakan tidak sedar cinta hakiki sudah lama di depan mata.
Terlalu sayang akan dunia hingga tidak sedar akhirat itu kebenaran yang nyata.
Terlalu penat dengan kehidupan hinggakan mahu berpaling daripada ketaatan.
Kita semua pasti pernah melaluinya. Kita itu manusia.
Tetapi jujur ya,
Allah itu sayang banget akan kita,
Walau berpaling masih dikasih nikmat yang tidak terkata,
Meski dosa hambanya seluas lautan, dia masih senang untuk mengampunkan.Cuma yang selebihnya atas kita bukan?
Kita yang harus milih apa mahu meneruskan, atau meninggalkan?
Kita masih punya pilihan;
Meninggalkan masa lalu atau meninggal dalam maksiat lalu?
Kita semua itu perlu Dia,
Sang pencipta yang kekal selama-lamanya,
Kerna pada akhirnya kita hanya akan sendiri." Whatever is with you will end, but whatever with Allah will remain." - 16:96
.
Kita semua punya cerita,
Kadang punya kebahagiaan yang berbeza
tetapi diakhiri kekecewaan yang sama.Seperti yang aku bilang;
Kecewa itu pasti.
Sepanjang manapun perjalanan kamu dengan mereka, sehebat mana jua kisah kamu berdua, semuanya bakalan merasakan 'kecewa'.
Kamu pernah dengar?
" Bukan dia yang memberi harapan, tetapi kamu yang terlalu berharap. "
Jadi, sini aku cerita bagaimana sakitnya perpisahan yang bukan sementara tetapi selamanya.