ZEA Rana. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Impian Shareen tercapai juga. Salah satunya adalah memberi nama kepada anak angkatnya. Itu pun kerana Yuhanis masih belum mempunyai nama untuk diberikan kepada anaknya. Akhirnya dia bersetuju sahaja dengan cadangan Shareen.
Sudah lima hari Zea tinggal di rumahnya. Shareen lah orang yang paling sibuk dalam menguruskan si kecil itu. Walaupun masih kekok tetapi dia tetap mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk Zea.
Sebelum kelahiran Zea dahulu, dia sempat masuk beberapa kelas untuk mempelajari selok-belok dalam mengendalikan bayi. Ada beberapa kaedah yang dipelajarinya menjadi dan ada juga yang tidak menjadi. Faliq juga turut sama membantu dia. Lelaki itulah tukang perbetulkan kesalahan Shareen, contohnya Shareen pernah terlupa memakaikan bendung seusai mandi dan Faliqlah yang tolong ingatkan.
Kehadiran Zea juga banyak mengubah rutin mereka dan yang paling ketara adalah tidur yang tidak cukup. Setiap malam Zea akan melalak minta susu ataupun lampin sudah penuh. Agak penat sebenarnya tetapi rasa penat itu segera hilang tatkala merenung wajah Zea. Shareen sanggup menempuh pengalaman itu asalkan dia dapat menyandang gelaran yang tiada nilai itu. Menjadi seorang ibu.
Akhirnya impian Shareen sedari dulu sudah tercapai.
"Princess papa dah bangun? Nak cucu ke? Mama belum bangun lagi lah sayang...."
Terpisat-pisat Shareen membuka mata tatkala telinganya menangkap suara orang sedang berbisik.
"Jom papa dukung, kita pergi kejut mama..." Zea dikeluarkan dari katil bayi.
"...eh, mama dah bangunlah." Ujarnya kepada Zea, masih dalam nada suara halus.
Dalam kantuk yang masih tersisa, Shareen tersenyum kecil melihat mereka. Dia paling suka melihat lelaki melayan anak-anak. Tersangatlah comel di matanya.
Dari baring dia duduk berlunjur.
"Say good morning mama...." Ujar Faliq masih lagi berbicara dengan anaknya.
"Good morning Zea... wah, pagi ni Zea jadi budak baiklah... bangun tidur terus senyum." Dia menyambut Zea dari dukungan Faliq. Pipi Zea digomol geram. Bayi itu masih belum pandai ketawa, hanya bibirnya sahaja tersenyum lebar apabila diagah.
"Tadi abang bangun nak ke tandas, tengok-tengok Zea dah bangun. Dia duk main tangan sendiri." Cerita Faliq sambil ketawa. Maklum saja sekecil-kecil tingkah laku bayi memang sangat mengujakan bagi orang dewasa yang melihatnya.
Faliq ralit bermain dengan Zea hingga tidak sedar waktu sudah pun menginjak ke pukul 6:49.
"Abang dah mandi ke belum? Dah nak pukul tujuh dah ni." Tegur Shareen apabila merasakan cahaya matahari menerobos masuk melalui celah-celah langsir.
"Ya Allah! Kenapa sayang tak beritahu? Ini semua salah Zea." Pipi Zea dicubit dan digomol berkali-kali sebelum dia berlari ke bilik mandi. Biasanya dia akan mandi jam 6 pagi jika pada hari bekerja.
"Abang dah! Menggeleber nanti pipi Zea."
Dari dalam bilik mandi Faliq melaung, "kalau pipi Zea menggeleber, abang tarik pipi sayang pula."
Shareen menggeleng sambil melarik senyum.
Kata orang, dia pun sama sedang demam baby. Dia bermonolog mengenangkan perangai suaminya sama sahaja dengan dia sejak akhir-akhir ini.
----------------------------------------------------------------------------------
"Macam mana pengalaman jadi ibu? Seronok?"
Shareen senyum meleret mendengarkan soalan itu.
Kerjanya terhenti seketika, wajah Puan Sa'adah dipandang, "alhamdulillah ma, seronok sangat."
YOU ARE READING
MASIH KAMU
Short StoryKehadiran Zea menyerikan hari-hari Shareen. Anak kecil itu umpama cahaya yang menerangi kelam. Mewarnai bahagia yang sekian lama memudar. Tidak ada lagi keluh dan rintih Shareen mengenai nasib malangnya. Shareen semakin ceria setelah Faliq membuat...