Sampel darah yang disuntik dari lengan kanan Nehza tempoh hari diperhatinya. Report pertama dan juga report terakhir dia bandingkan dan ada perubahan di situ. Cuma satu benda yang dia amat risaukan di saat ini. Jikalau Nehza tidak berhati-hati di masa akan datang itu akan memungkinkan dia akan mendapat kesan yang lebih teruk.
Doktor Kim meletakkan semua peralatan merawatnya di tempat adal. Kot putih ditanggalkan dan diletakkan pada bahu kerusi. Tidak tahu kenapa tapi fikirannya ligat sahaja memikirkan gadis itu dalam masa beberapa hari ini.
Senyuman itu. Seperti dialah gadis yang sering muncul di dalam mimpinya. Pertama kali memandang Nehza pun dia dapat merasakan detak jantungnya berdegup laju.
Dan untuk kali yang kedua dia berharap agar dapat bersua dengan gadis bernama Nehza Haura biarpun dalam keadaan yang berbeza.Doktor Kim tersenyum kecil memikirkan soalan-soalan yang Nehza ajukan kepadanya tempoh hari semasa dia merawat gadis itu. Sungguh lucu dan comel sahaja dia memandang Nehza dalam keadaan begitu.
"Doktor I nak tanya. Pengsan tu tak akan mempengaruhi kulit di wajah I kan? Masa I sakit dan pengsan tadi, bakteria tak akan hinggap dekat kulit muka I kan? Kulit muka I tak akan berubah kan? Everything is fine right?"
Tergeleng-geleng kepala doktor Kim mengingat semula soalan Nehza. Nampak sangat gadis itu mengambil berat soal kebersihan di wajahnya dan patut lah kulit muka gadis itu pun sungguh bersih.
"Doktor Kim."
Terus mati lamunan doktor Kim apabila namanya dipanggil oleh Zeyn. Seperti biasa dia menyapa anak sulung kepada encik Noszka itu dengan penuh sopan dan hormat.
"Senyum-senyum tadi, doktor teringatkan siapa tu?" Usik Zeyn sambil mencuit lengan doktor Kim perlahan.
"Saya cuma teringatkan Nehza tu. Tak ada apalah sangat cuma bayangan wajah tu sering bermain di dalam otak ni." Balas doktor Kim diiringi dengan tawa halus. Antara dia dengan Zeyn tiada apapun yang dikatakan rahsia. Mereka dah kenal pun lebih 10 tahun jadi Zeyn menganggap doktor Kim seperti saudaranya sendiri dan begitu juga dengan doktor Kim.
"Nehza mana ni? Woo...akhirnya jatuh cinta juga doktor ni ya. Siapalah gadis istimewa tu." Tanya Zeyn lagi yang masih sempat ingin mengenakan doktor Kim yang tak pernah-pernah lagi jatuh cinta. Memang kuat betul aura perempuan tu sampaikan doktor Kim boleh jatuh cinta.
"Tuan Zeyn tak ingat ke? Ala...gadis yang-"
When we turn off the lights, the two of us alone together. Something just alright but girl you know that I would never ever let...
Nyanyian dari Joe No one else come close sebagai nada dering telefon Zeyn memecahkan perbualan antara dia dengan doktor Kim. Segera dia meminta diri untuk keluar dari bilik kesihatan untuk menyambut panggilan tersebut.
"Hello embok,"
"Tuan...Hana...Hana..."
"Embok kenapa dengan Hana? Kenapa dengan dia? Tenang dan bagitahu Zeyn." Mendengar sahaja nama adiknya itu disebut sudah berjaya mengugurkan degupan jantungnya yang tiba-tiba tidak menentu.
YOU ARE READING
Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]
Romance⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in brutal #Rank No.2 in bestfriend #Rank No.1 in khianat #Rank No.2 in wedding #Rank No.1 in cerai #Rank No 1 in khianat #Rank No.1 in keluarga...