Pintu wad ditutup perlahan agar tidak menganggu pesakit lain yang berada di dalam wad. Sesekali Nehza menjenguk ke arah wad Hana dari luar bilik wad sebelum dia menghadap kembali ke arah jejaka yang berdiri beberapa inci dari kedudukannya.
Tangan memeluk tubuh sambil anak matanya cuba untuk mengelakkan dari memandang sepasang anak mata berwarna coklat milik Zeyn. Lelaki itu dari tadi tidak pernah kalau tidak fokus memandang ke arahnya. Mungkin sudah puaslah tu dia nak mengejek dekat I. Nak tenang sedikit pun tak boleh, setiap kali dia tertangkap lirikan mata I ni dekat dia, mesti I rasa macam nak pitam pun ada juga.
Bukan apa tapi mata dia tu seolah-olah ada satu aura yang kuat dan boleh buat I kecut perut.
"Encik Zeyn! Tadi kata ada sesuatu nak bagitahu dekat I kan? Diam seribu bahasa pula ni kenapa? Atau encik ni memang sengaja nak buang masa I nak buat kerja?" Soal Nehza dengan rasa geram yang membuak-buak seperti api yang membakar lalang. Tadi bukan kemain lagi lelaki ni suruh I keluar alih-alih dia pula yang seperti nak I bertanya soalan dekat dia.
Zeyn masih diam namun matanya tidak pernah duduk diam untuk meneliti setiap inci wajah Nehza. Kalau boleh Nehza mahu sangat korek biji mata Zeyn biar dia tahu macam mana nak duduk diam. Asyik-asyik mata tu yang main peranan bukannya mulut.
"Aku cuma ingin tahu macam mana kau dan adik aku boleh kenal antara satu sama lain? Dan lagi satu macam mana kau boleh bantu adik aku hantar pergi hospital tempoh hari?" Tanya Zeyn sambil menjongketkan keningnya meminta penjelasan dari Nehza.
"Itu je? Baik I jawab. I kenal adik you masa tu dekat funfair dan I...I rasa macam nak pitam sebab masa tu I datang funfair cuma nak hilangkan rasa tekanan. Tapi tak sangka pula tekanan yang I rasa tu...tak apa you tak perlu tahu apa sakit I."
Nehza terhenti sebentar sebelum dia kembali bersuara.
"Masa tu I dah tersungkur di atas tanah. I cuba bersuara untuk dapatkan bantuan orang lain but no one come. Then that's it, adik you datang. She come and help me. She is just a kid but I know what in her mind. She has a good heart and I love her."
"Dan I harap agar suatu hari tu kami dipertemukan kembali. Tapi tak sangka pertemuan kami tak seindah yang disangka. Masa tu I lalu depan sekolah sebab I ambil keputusan untuk naik bas tapi tak sangka I nampak adik you yang macam tengah tunggu seseorang but suddenly seorang lelaki ni datang menerpa ke arah adik you. I saw it, dia bagi sesuatu dekat adik you. I cuba tahan driver bus tu but he say dia tak boleh turunkan penumpang di jalan raya and dia kata dia akan turunkan I dekat perhentian bas kawasan sekolah tu."
"I know it's late. Waktu I turun dari bas tu adik you dah jatuh pengsan dan I tak tunggu lama. Dalam fikiran, I kena bawa dia ke hospital secepat mungkin. Tapi syukurlah doktor kata I hantar adik you pada waktu yang tepat." Terang Nehza. Ketika dia menjelaskan semuanya kepada Zeyn kadang senyum kecewa yang dia pamerkan kadang senyum penuh syukur dia pamerkan.
YOU ARE READING
Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]
Roman d'amour⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in brutal #Rank No.2 in bestfriend #Rank No.1 in khianat #Rank No.2 in wedding #Rank No.1 in cerai #Rank No 1 in khianat #Rank No.1 in keluarga...