𝐆 𝐔 𝐓 𝐙 | 28

3.3K 89 0
                                    

Kesibukkan antara dua sahabat yang kini sedang duduk di meja cafe memang tidak sama namun berbeza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kesibukkan antara dua sahabat yang kini sedang duduk di meja cafe memang tidak sama namun berbeza. Zeyn dan Zariel. Kedua-dua mereka punya kerja masing-masing cuma Zeyn tidak sesibuk Zariel yang kadang-kadang berperang selama 24 jam di dalam pejabat sendiri.

Semakin meningkat hasil perniagaan Zariel semakin sibuklah juga dia mengurus itu dan ini lebih-lebih lagi ibunya yang begitu menekannya untuk menjayakan perniagaan mereka.

Zeyn pula dia hanya fokus pada building yang akan dia bangunan dan dirikan untuk tujuan pemasaran selain berkerjasama antara perniagaan Asia serta international iaitu negara China dan negara Amerika Syarikat.

Pasaran yang akan mereka jalankan adalah perniagaan yang dinamakan sport technology dan juga 3D Technology. Kadang Zeyn akan bekerja hanya di dalam rumah melalui komunikasi internet bersama empat orang rakan dagangnya dalam perniagaan.

Membangunkan peralatan serba teknologi yang mungkin juga berkonsepkan 3D bukanlah sesuatu yang mudah. Dengar sahaja perkataan teknologi yang digabungkan dengan perkataan 3D pun sudah mampu menganggu otak apatah lagi membuatnya.

Namun atas kerjasama dari rakan luar negara, semuanya berjalan dengan lancar.
Mereka saling bertukar informasi dan bertukar pandangan pada setiap masa. Tidak ada yang ketinggalan kerana mereka mengamalkan konsep 'building a stronger team to win together'.

"Aria sambung study. Dia dah pergi kat Australia. Kau rasa aku buat kesilapan tak?" Tanya Zeyn sambil merenung jauh ke arah gelas berisi orange juice yang dipegangnya. Zariel di hadapannya hanya memandang sahabatnya itu dengan pertanyaan di benak otak yang sukar untuk dia tafsirkan.

"Tak. Tapi kalau Aria jenis yang tak suka membuang waktu, dia mesti akan kecewa. Sekarang dia dah pergi kat Australia dan kau perlu tunggu dia hingga dia habis study. Kau sanggup?" Kali ini Zariel lagi yang bertanya. Sudah dia katakan bahawa dia sendiri tidak fasih dalam bab cinta tapi syukurlah ada encik google.

Zeyn memikirkan kata-kata Zariel itu. Masa tetap masa. Tidak boleh ditunggu hanya boleh dikejar. Adakah itu kesilapannya kerana terlambat untuk memberitahu Aria soal perasaannya.

"Aku bukan nak buat dia tertunggu. Aku cuma nak masa untuk kenal dia lebih tapi aku tak sangka yang dia akan sambung belajar di luar negara. That's why aku terus terang apa yang aku rasakan pada Aria hari itu juga." Jawab Zeyn penuh jujur.

"Aku rasa bukan dia tak nak terima kau tapi mungkin dia ada alasan lain kenapa dia tak boleh nak cakap perkara sebenar. Aria tu gadis yang simple, sopan dan paling penting hati dia tu murni. Aku rasa mesti dia ada sebab kenapa dia suruh kau tunggu 3 tahun." Ujar Zariel. Zeyn geleng kepala perlahan.

"Alasan dan sebab? Bukankah dalam tempoh 3 tahun tu kami boleh bercinta? At least orang lain tahu yang Aria dah berpunya. Kalau dia tak nak kahwin dengan aku dulu pun, aku setuju kalau kami bertunang dahulu. Aku tak faham tapi sekarang inilah aku cuba dan cuba untuk faham keadaan Aria."

Godaan Untuk Tuan Zeyn [C]Where stories live. Discover now