HSO 12

897 56 1
                                    

YAZID sempat mengikuti Adwa dari belakang. Sesekali dia menyorok di sebalik dinding apabila Adwa menoleh ke belakang. Yazid berhenti apabila dia melihat Adwa berjumpa dengan seorang lelaki berusia 20-an.

"Apa motif Adwa jumpa dengan lelaki tu?"kata Yazid perlahan. Dia sempat mengambil beberapa gambar Adwa dengan lelaki tersebut. Yazid terus meninggalkan kawasan itu.

"Kau tahu kan apa kau nak buat? Ikut je mana Raiden pergi. Walaupun dia dengan bini aku,"kata Adwa dan lelaki tersebut mengangguk tanda faham.

Adwa memberikan sampul yang berisi duit RM2000 kepada lelaki yang bernama Amirul itu.

"Asalkan aku dapat duit aku buat. Kau nak aku buat apa-apa kat Raiden?"tanya Amirul.

"Tak perlu. Pastikan Raiden tak nampak kau,"jawab Adwa dan Amirul akur dengan arahan Adwa. Dia meminta diri untuk pulang. Adwa menyedut air yang dipesannya.

"Kau tahu apa yang aku akan buat Raiden untuk pastikan Rifqah tak pergi kat kau. Rifqah tetap hak aku,"kata Adwa perlahan. Gambar Rifqah ditenung tajam oleh Adwa.

"Ingat Rifqah...jangan harap kau akan dapat pergi kat Raiden,"ujar Adwa lagi.

Yazid terus masuk ke dalam kereta dan pintu kereta dikunci. Raiden yang duduk di belakang sedang menunggu Yazid memberitahu maklumat yang diperolehi.

"Macam ni aku ternampak Adwa jumpa dengan seorang lelaki muda tengok dalam umur 20-an. Lepas tu aku nampak Adwa bagi sampul duit. Aku rasa banyak duit tu,"kata Yazid dan Raiden membuka cermin mata hitamnya.

"Ada gambar?"soal Raiden dan Yazid pantas membuka telefon pintarnya lalu menunjukkan gambar Adwa kepada Raiden. Raiden memandang gambar itu dengan lama.

"Aku syak dia upah orang untuk ikut aku dan Rifqah ke mana saja. Lagi satu, aku nak kau cari lelaki yang dengan Adwa tu. Aku nak kau warning dia,"ujar Raiden lagi dan Yazid mengangguk perlahan.

"Semuanya akan dibuat secepat mungkin Raiden. Jangan risau kau percaya je cakap aku,"jawab Yazid dengan nada yakin. Yazid memulakan pemanduannya untuk menuju ke lokasi yang lain.

"Kau tunggu nasib kau Adwa. Kau ingat kau akan terlepas?"kata Raiden perlahan sambil matanya memandang ke arah luar tingkap. Dia akan memastikan Rifqah sentiasa selamat.

"KAU tak rasa ada orang ikut kita?"tanya Hanis kepada Rifqah. Sudah beberapa hari Hanis merasakan ada seseorang yang mengikuti mereka.

"Dah kenapa pula orang nak ikut kita?"soal Rifqah yang berjalan bersama dengan Hanis.

"Aku dapat rasa ada orang ikut kita. Kau ni kat dunia ni ramai orang jahat,"balas Hanis sambil memukul lengan sahabat baiknya. Mereka terus berhenti dan menoleh ke belakang.

Aik takde siapa pun? Habis siapa yang ikut aku dan Hanis?

Sebaik sahaja Rifqah dan Hanis menoleh ke hadapan alangkah terkejutnya orang upahan Adwa iaitu Amirul berada di hadapan mereka.

"Nak lari mana hm Nur Rifqah? Aku nak pastikan kau tak keluar dengan Raiden,"ujar Amirul dengan senyuman sinis. Hanis mulai ketakutan.

"Siapa kau?! Siapa upah kau? Mesti Adwa kan?"tanya Rifqah bertubi-tubi.

"Huh kau tak perlu tahu siapa yang upah aku. Aku cuma nak ingatkan kau aku akan perhatikan kau setiap masa,"kata Amirul.

"Berani kau nak sentuh dia?"Raiden menarik belakang baju Amirul lalu menolak kasar badan Amirul sampai terjatuh. Yazid turut bersama Raiden.

"Aku kata bangun! Siapa yang upah kau untuk ikut aku dan Rifqah? Cakap! Dah bisu ke apa?!"Raiden menengking Amirul.

Hanis tergamam melihat wajah gerun Raiden. Lain macam dia marah orang, bisik hati Hanis.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now