chap 2

39 4 0
                                    

TAJUK : MS S AURORA
EBOOK! EBOOK! EBOOK!

HARGA ASAL RM50.00 (5 SEASON COMPLETE)

HARGA PROMO RM18.00 (25 JUNE – 15 JULY)

Hello gais! Ini salah satu koleksi ebook Mafia Siries. Berminat boleh ws saya untuk langgan dengan harga promo ya.

NAZIRA RAFFIE : 0111 208 6528

BAB
2

TINKER memandang Aurora. Matanya yang tajam tidak melepaskan sosok tubuh Aurora. Sesekali nafasnya di hembus kuat.
“Kenapa? Kenapa kau mesti mau kurang ajar? Kau tau berapa sudah kita rugi?” Tanya Tinker dengan nada kecewa.

“Maaf. Saya..” Aurora cuba berikan penjelasan. Tinker angkat tangan meminta Aurora untuk tidak berikan alasan lagi.

“Sudahlah Aurora. Penat sudah saya dengar alasan kau ni. What's wrong with you? Kau tau kah kau ni Ratu? Kau sepatutnya boleh buat duit. Tapi kau sudah rugikan kumpulan ni sejak beberapa bulan ni!” Bentak Tinker.

“Tinker, boleh bagi saya rehat?” Tanya Aurora.

“Apa maksud kau rehat? Kau baru saja kasih rugi ni kumpulan! Kau tau kah? Kau mau rehat lagi? No!” Marah Tinker.

“Tinker.. please.. Im tired with this shit!” Aurora menjerit kuat melepaskan apa yang dia rasa.

Tinker berdiri. Dia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Jemarinya di bunyikan sambil dia melangkah mendekati Aurora.

“No.. Jangan Tinker. Tolonglah...” Aurora terus duduk melutut. Tubuhnya masih terasa begitu sakit kerana melayani lelaki gemuk malah tadi pagi dia di belasah. Dia tidak sanggup di pukul oleh Tinker lagi.

Tingker menarik nafas dalam-dalam. Dia pantang jika kata-katanya di lawan. Dia hanya mahu mereka yang ada dalam genggamannya mengikut semua apa yang dia arahkan. Di dalam ramai butterfly yang dia ada, Aurora adalah yang paling banyak mendatangkan masalah.
Telefon pintarnya berbunyi. Langkahnya terhenti dan dia menjeling Aurora. Dia segera melangkah ke mejanya semula.

Aurora menarik nafas lega. Dia selamat dari menjadi mangsa dera Tinker. Dia berharap panggilan itu akan terus selamatkan dia. Tubuhnya benar-benar perlukan rehat.

“Hello?” Tinker menjawab panggilan tersebut. Wajahnya kelihatan terkejut. Dia menoleh memandang Aurora. Matanya yang begitu tajam menakutkan gadis itu. Apa lagi kali ini? Apa lagi masalah yang dia buat sehingga wajah Tinker berubah seperti itu.

Tinker meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Dia menoleh tajam ke arah Aurora. Dia sepertinya tidak percaya dengan berita yang baru sahaja dia terima tadi.

“Tinker? Kenapa? Apa lagi salah saya?” Tanya Aurora.

“Auroooraaaaa!!!” Tinker menjerit kuat menggegarkan bilik itu.

TINKER melepaskan pukulan tali cemeti ke tubuh Aurora yang dia ikat tergantung. Baginya itu hukuman itu masih belum cukup lagi.
“Arg! Tinker.. Bukan saya.. Bukan saya..” Aurora merayu. Air matanya sudah bercampur dengan darah dari luka di kepalanya.

Belakang tubuhnya menjadi begitu pedih kerana terluka dengan libasan tali cemeti amarah Tinker.

“Aurora, kau satu-satunya permata yang saya ada. Kau satu-satunya yang jadikan saya kaya raya. Kau sangat hebat Aurora.. Berapa ribu pun harga yang saya letakkan tetap kau kena angkat! Selama ni saya jaga kau bagus-bagus tapi kenapa kau pilih jalan ni? Kenapa kau begitu bodoh bunuh Tuan Won?! Kenapa?! Auroooraaaa!” Tinker melepaskan libasannya lagi.

“Arg! Sum...sumpah! bu...bukan saya Tinker... Bukan saya...” Aurora semakin lemah. Dia tidak tahu apa lagi nasibya selepas ini.

Dia tidak boleh mati di tangan Tinker. Dia sudah bersumpah akan lepaskan dirinya dari tempat jahanam itu. Dia tidak boleh menyerah dan mati di sana hanya kerana kesalahan yang bukan dia lakukan.

AURORA di tinggalkan sendirian. Tidak ada sesiapa di sana yang boleh membantu dia lagi. Dia di biarkan begitu menunggu mati. Tubuhnya di ikat tergantung. Kepalanya ke bawah. Dia sudah hampir kehilangan nafasnya.

'Dear god.. Please.. Please save me..' Aurora berdoa di dalam hatinya. Dia amat berharap ada sesiapa yang datang membantu dia ketika itu.

“Psstt.. Aurora..”  Aurora melihat Gury berdiri di tepinya. Gury sedang memotong tali yang mengikat dia. Gury adalah lelaki yang juga merupakan pembantu Tinker.

Gury tidak seperti Tinker. Gury jauh lebih baik dan selalu ada untuk membantu dia. Tuhan telah mendengar doa dia dan mengirim Gury untuk selamatkan dia.

Gury letakkan tubuh Aurora perlahan ke lantai. Sedih dia melihat Aurora dalam keadaan itu. Dia yakin bukan Aurora yang membunuh Tuan Won.

“Tinker sudah keluar. Kau ambil ni dan lari dari sini. Kali ni kau mesti betul-betul selamatkan diri kau. Kau tidak boleh tunggu disini lagi Aurora! Kali ni lebih teruk..” Kata Gury.

“Teruk? Maksud kau?” Tanya Aurora lemah. Gury memandang Aurora.

“Satu juta untuk dapatkan nyawa kau sebagai ganti nyawa Tuan Won!” Kata Gury.

“Hah?! Gury...” Air mata Aurora mengalir deras. Gury memeluk Aurora. Sejak lahir lagi dia yang menjaga Aurora.

Dia sudah pertahankan maruah Aurora sebelum ini sehingga dia kehilangan kaki kanannya sendiri tetapi malangnya Tinker tetap jadikan Aurora pelacur.

“Aurora, saya sudah gagal pertahankan maruah kau sebelum ni. Tapi saya tidak mahu gagal lagi pertahankan nyawa kau. Tolonglah.. Kau mesti pergi. Kau bukan lagi jadi buruan untuk layanan kau. Tapi kau jadi buruan semua gang untuk nyawa di ganti nyawa.. Jadi tolonglah..” Gury serahkan bungkusan hitam ke tangan Aurora.

“No! Ini duit kau! Kau simpan ni untuk hidup kau nanti..” Aurora menolak duit dari Gury.

“Aurora, kau lah kehidupan saya. Kau lah anak yang saya ada. Ini memang untuk kau. Saya sudah simpan lama untuk kau bebas dari sini. Tolonglah Aurora.. Just leave..” Gury menggenggam jemari Aurora.

“Kau? Macam mana dengan kau? Saya tidak mau tinggalkan kau! Tinker akan bunuh kau!” Kata Aurora. Gury geleng kepala.

“Dia tidak akan bunuh saya. Percayalah. Selamatkan diri kau dulu..” Kata Gury. Matanya berkaca menahan tangis.

“Gury.. Im not leaving you..” Kata Aurora.

“Please... Do it for me...” Rayu Gury. Aurora tidak ada pilihan lain selain pergi meninggalkan tempat itu. Dia harus meninggalkan Gury kerana permintaan Gury.

“Gury, saya ada datang balik suatu hari nanti untuk ambil kau. Sebelum saya datang, tolong jaga diri. Stay alive..for me..” Aurora terus memeluk Gury.  Dia menahan esakkan yang begitu memedihkan hatinya. Dia bangun perlahan. Bungkusan hitam tadi di peluk erat.

“Go..” Gury menolak tubuhnya. Aurora memandang Gury.

“Gury.. tunggu saya datang..” Air mata Aurora mengalir deras. Dia perlahan melepaskan genggaman tangannya.
Bersama hati yang luka dia melangkah meninggalkan Gury. Dia tinggalkan tempat dia di besarkan demi mendapat kehidupan baru dan demi nyawanya sendiri.

'Gury.. tunggu saya...'

To be continue...

Ms S AURORAWhere stories live. Discover now