chap 3

33 3 0
                                    

TAJUK : MS S AURORA
EBOOK! EBOOK! EBOOK!

HARGA ASAL RM50.00 (5 SEASON COMPLETE)

HARGA PROMO RM18.00 (25 JUNE – 15 JULY)

Hello gais! Ini salah satu koleksi ebook Mafia Siries. Berminat boleh ws saya untuk langgan dengan harga promo ya.

NAZIRA RAFFIE : 0111 208 6528

BAB
3

AURORA berdiri di hadapan bangunan di tengah bandar itu. Dia tidak tahu mana arah harus dia tuju. Duit yang Gury berikan tadi sudah dia belanjakan sedikit untuk membeli pakaian. Dia perlukan pakaian baru untuk mengelak dari di kenali orang.

Matanya memandang orang yang lalu lalang di depan. Bermacam jenis ragam manusia yang dia lihat. Sebelum ini dia hanya melihat orang yang datang ke tempat mereka untuk berhibur. Dia tidak melihat kelompok manusia selain yang selalu berkunjung ke tempat mereka demi memuaskan nafsu iblis.

'Mana saya mau pigi ni? Saya tidak kenal sesiapa pun...' Aurora duduk mencangkung di tengah lalu lalang itu. Duit yang dia ada dia tidak tahu harus bawa ke mana. Fikirannya kusut memikirkan keadaan Gury.

'Mesti Tinker akan pukul Gury! Mesti dia akan bunuh Gury! Patutkah saya balik sana? Arg.. Gury..'  Aurora hampir sahaja menangis lagi.

“Hei.. Kenapa kau duduk di sini?” Seorang wanita tua yang berpakaian seperti wanita kelas atasan menyapa dia.

“Ah..” Aurora mengesat air matanya yang bergenang. Dia berdiri tegak. Wajahnya sangat pucat lesu.

“Kau okay? Kenapa duduk di depan pintu ni? Mari masuk...” Wanita tua itu mengajak Aurora masuk ke dalam bangunan tersebut.

“Ah.. Sa... Saya...”  Aurora cuba mengelak tetapi wanita itu terus mendesak dan dia akhirnya ikut melangkah masuk.  Dia terus di bawa masuk ke dalam lift. Wanita tua itu hanya senyum dan tidak berkata apa-apa. Senyumannya tidak pernah hilang.

“Jom..” Wanita tua itu menarik tangan Aurora keluar dari dalam lift bila pintu lift terbuka.

Aurora terus membuntuti langkah wanita tua itu hingga ke hujung. Pintu di buka dan dia tetap mengikut langkah wanita tua itu masuk ke dalam.

“Duduklah.” Wanita tua itu mempelawa dia duduk.
“Tea?” Wanita tua itu menyuakan pula secawan tea pada Aurora. Dia duduk di tepi Aurora dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

“Ah.. Terima kasih. Nama saya Aurora..” Aurora perkenalkan dirinya.

“Saya Cyndia..” Wanita tua itu kenalkan dirinya pula.

“Urm...” Aurora jadi serbasalah. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi.

“Kenapa kau duduk di luar bangunan saya?” Tanya Cyndia.

“Saya.. Urm..” Aurora jadi bingung sama ada mahu ceritakan atau tidak. Kalau dia berbohong mungkin dia tidak ada jalan keluar. Tapi kalau dia berterus terang adakah wanita itu akan membantu dia?

“Aurora? Kau ada masalah? Just tell me...” Kata Cyndia lagi. Aurora memandang mata Cyndia. Dia tidak tahu harus percayakan Cyndia atau tidak.

“Saya akan bantu apa saja masalah kau. Jadi bagi tahu saja.. Saya tau mesti ada sesuatu yang terjadikan? Kau dari mana? Siapa keluarga kau?” Tanya Cyndia lagi.

“Saya.. Saya dari ...dari tempat Tinker..” Kata Aurora perlahan. Wanita tua itu kelihatan terkejut. Lama dia tenung wajah Aurora.

“Aurora? Butterfly? Kau yang bunuh Won?” Cyndia jadi begitu sangat terkejut. Dia terus berdiri.

“Tidak. Tidak! Saya tidak bunuh dia! Saya cuma layan dia semalam dan dia halau saya awal pagi sebab dia cakap bini dia akan balik! Saya tinggalkan rumah dia dan dia masih hidup lagi..” Aurora jelaskan keadaan sebenar.

“Sama ada kau bunuh atau tidak, kau sudah jadi buruan gang! Estianti, wife Won sudah arahkan untuk cari kau. Nyawa kau bernilai sejuta!” Cyndia seakan tidak percaya melihat Aurora yang menjadi buruan itu berada di depan matanya.

“Tolonglah.. Saya tidak bunuh dia. Tolonglah kesiankan saya...” Aurora terus melutup di kaki Cyndia.

Esakkan tangisan Aurora semakin kuat. Cyndia menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kalau kau masih mau hidup, kau cuma ada satu tempat saja yang boleh kau pergi dan kau akan selamat di sana..” Kata Cyndia.

“Di mana?” Tanya Aurora.

To be continue...

Ms S AURORAWhere stories live. Discover now