Chap 4

35 3 0
                                    

BAB
4

SUASANA riuh rendah di kediaman Alwayn. Calvin mengangkat tangan bersulang gelas kaca meraihkan kejayaannya hari itu. Dia memandang wajah semua orang-orang kuatnya yang masih setia pada dia.

"Wow.. Aramaiti betul kamu semua ah.." Seorang gadis muncul di tengah menjadi perhatian mereka .

Calvin meneguk wain dalam gelas kaca di tangannya. Dia tidak pedulikan gadis cantik itu. Rasa muak dan benci bila melihat wajah gadis itu.
Gadis itu melangkah perlahan sambil melenggokkan punggungnya mendekati Calvin yang duduk di kerusinya. Jemarinya menyentuh pipi hingga ke bahu Calvin.

"Apa lagi kau mau Diandara?" Vine bertanya sinis. Jika Calvin bencikan Diandara, Vine lebih bencikan gadis itu sehingga terfikir mahu membunuh Diandara.

Namun dia harus beri muka pada Calvin sebelum berbuat apa-apa pada bekas cinta hati Calvin itu. Dia tahu Calvin masih mempunyai perasaan untuk Diandara kerana itu Calvin tidak pernah menyakiti Diandara walaupun gadis itu sudah hampir memusnahkan legasi mereka suatu ketika dahulu.

"Shut up Vine. Im coming for my love.." Diandara menjeling Vine. Bencinya juga tidak kurang hebat pada Vine yang selalu melekat dengan Calvin dan selalu menghancurkan rancangannya.

Diandara duduk dengan aksi manja di hadapan Calvin. Buah dadanya yang terdedah sengaja dia tonjokkan ke muka Calvin. Namun di sambut dingin oleh jejaka itu.

Diandara menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembus kuat. Sudah beberapa bulan dia cuba dapatkan semula hati Calvin tetapi masih tetap gagal. Hatinya terasa begitu sakit sekali. Dia yakin Calvin masih mencintai dia dan dia juga yakin yang dia lihat sekarang hanya ego Calvin.

"Cal.. I know you want me.. With me tonight.. Please..." Goda Diandara dengan nada yang begitu manja sekali.
Calvin mengangkat kepalanya. Matanya menatap mata Diandara yang begitu menawan sekali. Dia tidak tahu apakah perasaan sebenar dia pada Diandara setelah dia di khianati dahulu. Dia tidak tahu adakah dia masih mencintai Diandara atau hanya sekadar rindu pada belaian manja Diandara.

Diandara mengusik telinganya. Cuba bermain dengan emosi kejantanan Calvin. Mata Calvin tertutup menikmati saat itu. Dia tahu bagaimana mahu menundukkan keegoan Calvin.

"Master!" Jeritan salah seorang pengikut mengejutkan mereka semua yang asyik melihat aksi goda Diandara.

Semua mata memandang kearah Dimo. Diandara berpaling dengan mata yang tajam. Mahu sahaja dia tembak Dimo saat itu.
"Kenapa?" Tanya Vine.

"Ada orang pecah masuk gudang kita!" Kata Dimo.

"Arg! Kenapa mesti sekarang?!" Diandara menjerit marah. Tubuhnya di tolak perlahan oleh Calvin.

Calvin bangun dan melangkah perlahan meninggalkan Diandara. Vine dan semua pengikutnya terus membuntuti Calvin.
"Arg!" Diandara menghentak kakinya dan terus melangkah pergi tinggalkan kediaman Alwyn. Calvin melangkah keluar dari kediamannya lalu menuju ke gudang yang terletak tidak jauh dari kediaman Alwyn.

Di sana beberapa orangnya sudah pun berkumpul. Orang yang menceroboh itu sudah di tangkap dan di ikat. Wajahnya masih di tutup dengan topeng muka.

"Buka topeng dia.." Arah Vine. Dimo menarik topeng yang menutupi wajah penceroboh itu.

Calvin berkerut dahi tetapi wajahnya sangat tenang. Vine pula tidak sangka dengan apa yang dia lihat.

"Kau mau cari apa di gudang tu?" Tanya Vine dengan sinis.

"Saya mau cari Master Calvin. Nama saya Aurora.. Puan Cyndia suruh saya datang sini..." Kata Aurora dengan nada terketar-ketar.

Kata-katanya di sambut dengan tawa mereka semua. Calvin berpeluk lengan sambil menahan amarah dan tawanya di saat yang sama.
"Kau tidak boleh bezakan kediaman dengan gudang?" Tanya Vine lagi dengan tawa yang masih ada.

"Saya..." Aurora tunduk.

Calvin melangkah mendekati Aurora. Dia berpusing mengeliling tubuh gadis itu. Lagaknya begitu tenang dan wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Kenapa kau mau cari Master Calvin?" Tanya Calvin.

"Saya mau minta bantuan dia.." Kata Aurora.

"Bantuan? Bantuan apa?" Tanya Calvin lagi.

"Hr..." Aurora memandang mereka semua. Dia tidak kenal siapa Calvin. Tetapi Cyndia ada berpesan untuk tidak percayakan sesiapa dan dia mesti berjumpa dengan Calvin sahaja.

"Mana Master Calvin? Saya mau jumpa dia saja. Saya mau bercakap dengan dia saja.." Kata Aurora.

"Master Calvin tiada sekarang ni. Tapi kau boleh cakap dengan aku..." Kata Calvin. Sengaja dia mahu menipu Aurora.
Aurora memandang Calvin. Matanya tidak berkelip. Dia sepertinya pernah berjumpa dengan Calvin sebelum ini tetapi dia tidak ingat bila dan di mana.

"Kita pernah jumpa?" Tany Aurora. Calvin gelengkan kepalanya.

"Hrm.. Saya salah orang mungkin. Tapi saya mau berjumpa dengan Master Calvin. Tolonglah..." Rayu Aurora.

Vine datang menghampiri Calvin. Tangannya menyentuh bahu sahabatnya. Calvin masih berdiri tenang. Anak matanya masih tidak melepaskan wajah Aurora.

"I think she's better than Diandara. Just 'save' her tonight.." Bisik Vine nakal dengan perlahan di telinga Calvin.

"Hrm.." Calvin angkat kening tajam. Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Aurora bersama Vine dan yang lainnya.

"Tunggu! Mana Master Calvin? Tolonglah.. Saya terdesak.." Aurora menjerit merayu. Calvin tidak hiraukan dia dan terus melangkah masuk semula ke dalam kediamannya.

Vine melangkah beberapa tapak mendekati Aurora. Jarinya menarik dagu Aurora. Mata mereka saling berpandangan.

"Kenapa kau mau jumpa Calvin?" Tanya Vine.

"Saya perlukan pertolongan dia. Saya..." Aurora tunduk. Dia tidak boleh dedahkan siapa dirinya. Mereka mungkin sahaja mahu membunuh dia kerana Tuan Won.

"Hrmm.. Okay. Kalau tengok kau punya situasi ni memang kau perlukan pertolongan. Okay.. Boleh.. Tapi ada satu syarat.." Vine tersenyum sinis.

"Apa?" Aurora memandang tepat ke mata Vine. Calvin menggelengkan kepalanya. Dia tahu apa yang ada di dalam otak kotor Vine tu. Sudah tentu sahaja Vine merancang untuk kenakan Aurora.

"Kenapa? Apa syaratnya?" Tanya Aurora semakin cemas.

"Relax. Jangan takut. Kalau kau mau cari Calvin Alwyn, kau mesti berani hadap apa saja di depan kau.." Kata Vine dengan lebih nakal.
"Okay. Tapi apa? Tolonglah cakap supaya saya faham dan tahu apa yang patut saya buat. Apa syarat tu?" Tanya Aurora mendesak.

Calvin malas mahu melayani kerenah Vine. Dia terus berlalu tinggalkan Aurora bersama Vine yang gila. Dia serahkan sahaja Aurora pada Vine ketika itu!

Ms S AURORAWhere stories live. Discover now