#GRAB
PART 2
LORRAINE’S P.O.V
3 hari saya demam. Tapi 2 hari saja saya kena bagi MC.
Hari ketiga saya balik kerja, saya berpapasan sama si Khai dan Devon.
Si Khai tersengih-sengih memandang saya. Devon memandang ke arah lain, tidak sudah dia mau malu-malu pandang saya macam dulu.
Saya ambil tu fail atas meja saya dengan kasar.
“Oi, office boy!” Tinggu suara saya memanggil tu dua ekor.
“Oi, nagapang.” Setannya si Khai ni! “Apa kau mau?”
“Kasi ni sama Finance.” Paaap! Saya hampas tu fail di dada si Khai.
Paaap!
Aduh, banjingan!
Dia hampas balik tu fail sama saya sampai saya terundur dan pantat saya terkena bucu meja.
“OWWW!” Saya menjerit.
“Kau bagilah sendiri.” Khai bilang. Terus dia sama Devon meninggalkan saya yang berhabis menggosok pantat saya yang kesakitan.
Saya benci oh tu dua orang! Eh, bukan orang. Tu dua ekor!
Argh! Biru lah bah pantat saya ni.
“Kenapa kau?” Si Janet tanya saya.
“Kasi kawan saya jumpa Madam Penny.” Saya bilang.“Kenapa juga?” Janet tanya lagi sambil mengerutkan dahi.
Masih lagi saya menggosok-gosok pantat saya untuk mengurangkan kesakitan.
“Saya mau complain pasal si Khai sama Devon.”Janet buat muka terkejut + hairan.
“Kenapa juga kau mau complain pasal dorang?” Janet tanya saya.
“Kau tidak nampak kah perangai dorang macamana?” Geramnya saya.
Janet menggelengkan kepala.
“Kalau setakat mengurat tu, tidak juga dorang lebih-lebih. Setakat kirim salam saja pun kau mau emosi.”Sampai hati bah si Janet ni.
“Bukan itu saja.” Saya mau menangis sudah. “Hari tu dia kasi malu saya, 3 hari lalu dia kasi laju motor dia sampai saya kena air hujan. Kau tengok hari ni…! Dia tolak saya.”
Janet hanya mengedikkan bahu.
Sebelum dia berlalu pergi, sempat lagi dia bikin saya tambah sakit hati.
“Kau juga bah yang menghina duluan. Tadi tu pun saya dengar sama nampak bah macamana kau layan dorang. Lagipun Devon tidak terlibat, kenapa kau mau complain pasal dia?” Janet jeling saya. “Kau ni yang bermasalah, Rin.”
Saya? Saya yang bermasalah dia bilang? Salahkah saya tidak suka kena mengurat begitu? Oleh orang yang macam tu? Saya pun berhak ada pilihan saya sendiri bah.
Dengan hati yang tersakiti dan dendam dalam jiwa, saya berjalan sambil hantak-hantak kaki keluar dari department saya.
Saya mengambil lift ke tingkat 6.
Tok, tok, tok. Saya mengetuk lembut pintu pejabat Madam Penny.
“Come in.” Madam Penny menyahut dari dalam pejabat dia.
“Hi, madam.” Saya masuk sambil mengesat air mata saya. Berdrama dulu sikit. Tsk tsk.
“What’s the matter, Lorraine?” Madam Penny mendongak dari dokumen-dokumen yang dia sedang meneliti dan menatap saya lekat.