His Wife | 2

46 4 0
                                        

" Aduhhh.. Pavilion ni memang tak pernah lengang ehh? " Qistina mengeluh. Mana tidaknya hari bekerja pun penuh. Air cond pun tak rasa.

" Biasalah weyhh.. Dah nama pun Pavilion. Kau tak boleh expect macam tu. " kata Joelene. Sekarang ni, orang mana kira hari bekerja ke atau tidak.

" Weyhh.. Kita gi makan jom. Lapar sangat dah ni. " cadang Qistina. Perutnya dah mula mengeluarkan pelbagai bunyi tanda protes. Perut perlu diisi. Tiba-tiba dia terbayang nasi ayam. Sedapnya!

Joelene mengangguk setuju. Perutnya pun daripada tadi asyik mengeluarkan bunyi. Mereka pun bergerak menuju ke restauran yang berdekatan.

Sampai sahaja di restoran, macam yang diinginkan Qistina memesan nasi ayam untuk sajian tengah harinya. Joelene datang menghampiri lalu duduk dihadapan Qistina.

" Qis, tadi kau nampak tak siapa yang sebelah sir Imran tu? " tanya Joelene. Mukanya seperti berharap.

Qistina pelik. " Tak nampak. Kenapa? "

Joelene mengeluh. " Kenapa kau tak nampak? "

Qistina mengangkat kedua-dua keningnya. Meminta Joelene penjelasan.

" Tulah lecterur baru tu. Nama dia sir Naufal. " sambung Joelene.

" Ahh.. Tu ke? Aku tak nampaklah. Dah dia lindung matahari. Nampak gelap jelah. " hurai Qistina panjang. Mulutnya disuap sesudu nasi.

Joelene mengeluh kasar. " Sayangnya tak nampak. "

Qistina menggelengkan kepalanya lalu tersenyum. Handsome sangat agaknya sehinggakan kawan baiknya itu tak putus-putus ingin menunjukkan gerangan lecterur baru itu.

..

Jam di dinding ruang tamu rumahnya dikerling. 10.30 malam. Qistina mendengus kasar. Jari jemarinya ligat menaip pada komputer ribanya. Lincah jari jemarinya bergerak. Kakinya yang mula berasa lenguh diangkat ke atas sofa. Dia bersila. Sudah hampir 3 jam dia berada di situ, Di posisi yang sama tanpa ada pergerakan. Pinggangnya mula terasa sakit. Matanya pula sudah berapa kali terlelap. Keletihan. Dia mahu berehat, malangnya masih tersisa assignment yang harus dihantar pada keesokan harinya sebelum menjelang lusa. Lusa? sudah tentu hari itu merupakan peperiksaan akhir semester bermula. Dia pun tak faham kenapa sistem universitinya pelik. Qistina mengeluh panjang. Tapi dia sabarkan diri juga sebab cuti sem tiga dah nak mula. Boleh tahan lama cuti semester kali ni. Sebulan lamanya. Dapatlah dia guling-guling lama di atas katil empuk di rumah keluarganya.

" Lama lagi ke wei? "

" Allah! " jerit Qistina.

Jantungnya berdegup laju selaju perlari antarabangsa yang sedang bertanding. Tangan kanannya di angkat ke dada dan mengusap lembut. Kepalanya digerakkan menoleh ke arah empunya suara. Siapa lagi kalau bukan suara kawan baiknya itu. Mata Qistina dikecilkan, bawah bibirnya digigit dan mukanya merah padam menahan geram.

Joelene pula? apa lagi mengekek-ngekek ketawa selepas tewas menahannya hampir 1 minit selepas berjaya menerjah kawan baiknya itu. Dia tahu yang kawan baiknya itu penakut walaupun bertali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri, Taekwondo. Dia menghampiri Qistina yang sedang memandangnya dengan pandangan seakan-akan mahu menerkamnya. Setibanya dia disitu, Qistina dengan pantasnya memukul lengan Joelene dengan kuat. Geram sungguh dia dengan Joelene. Nak gurau pun agak-agaklah.

" Kau nieeeeee.. memang cari nahas tau! agak-agaklah kalau nak bergurau pun. Tak tengok jam ehh sekarang pukul berapa? " marah Qistina. Geram dengan kawan baiknya itu. Mahu sahaja dia cubit-cubit lengan kawan baiknya itu sehingga merah.

" Hahaha.. ampun beribu-ribu ampun. Sesungguhnya patik hanya datang menjenguk Tuan Hamba yang masih belum beradu memandangkan waktu beradu Tuan Hamba sudah tiba. Patik takde niat lain. " jawab Joelene dengan kedua-dua tapak tangannya digosok meminta ampun. Memang niatnya hanya untuk melihat kawan baiknya itu. Iyalah selalunya limit masa Qistina bersengkang mata hanya sampai pukul 10 malam. Selepas sahaja pukul 10 malam, Qistina pasti sudah lena dibuai mimpi.

Joelene ingat lagi pada waktu peperiksaan akhir semester pertama. Semua rakan sebiliknya termasuk dirinya sanggup bersengkang mata sehingga pukul 2 ke 3 pagi hanya untuk mengulangkaji pelajaran buat kali terakhir sebelum tiba waktu untuk menjawab periksa. Tetapi Qistina pula? lena dibuai mimpi. Sememangnya Qistina memang tidak boleh berjaga selepas pukul 10 malam. Matanya pasti akan terlelap.

Keluarga Qistina sendiri pelik dengan tabiat anak perempuan mereka itu. Bukan itu sahaja, Qistina memang mudah tertidur walau di mana sahaja dia berada. Dalam kereta, ruang tamu jikalau badannya sudah penat sekejap aje boleh terlena. Tetapi, tabiat tidurnya itu tidak pernah menjejaskan keputusan peperiksaannya. Itu yang membuatkan Joelene kagum. Entah bila masa kawannya itu mengulang kaji.

" Ikutkan aku memang nak tidur. Tengok mata aku ni dah mula kabur walaupun aku still pakai spec. Tapi nak buat macam mana. Madam Ria suruh hantar assignment esok sebelum 12 tengah hari. " ngeluh Qistina.

Joelene menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba matanya membulat. Dia baru teringat yang petang tadi dia mengajak Qistina ke Pavillion. Rasa bersalah mula menyelubungi diri Joelene. Jika dia tidak mengajak Qistina ke Pavillion, sudah tentu kawan baiknya itu tidak perlu bersengkang mata.

" Sorry Qis. Kalau aku tak ajak kau petang tadi mesti kau dah tidur sekarang ni. " Joelene menundukkan sedikit kepalanya.

Qistina dapat mengagak yang kawan baiknya itu akan bersikap begitu. " Lah kau ni. Aku tak salahkan kau pun. Lagipun, memang aku setuju nak ikut kau petang tadi. "

" Pasal assignment ni patutnya kena hantar lusa. Cuma disebabkan Madam takut pelajar-pelajar dia lupa, tu yang dia suruh hantar esok. Masalahnya lepas maghrib tadi baru madam inform pasal benda ni. " sambung Qistina.

Joelene menarik nafas lega. Muka kembali menunjukkan senyuman sehingga lesung pipitnya kelihatan.

" Hā.. Qǐng bùyào ràng wǒ zhème hàipà (Ha.. please don't make me so scared). " Joe menepuk lembut lengan Qistina. Tidak perlu pelik jika Joelene berbahasa cina kerana dia merupakan anak kacukan cina dan melayu. Ayahnya melayu manakala ibunya pula cina.

Qistina tersenyum Dia pun sambung menyiapkan tugasannya dengan bertemankan Joelene yang sedang asyik menonton drama chinese kegemarannya.

..

Kringgg!!

Akhirnya cuti semester 3 pun bermula. Berpusu-pusu pelajar keluar dari blok masing-masing. Kantin pun tidak kurangnya. Penuh dengan pelajar dan juga keluarga yang sedang menikmati hidangan yang dijual. Kedengaran bunyi gelak ketawa, dan juga perbualan mesra. Sudah lama tidak berjumpa banyak perkara yang mahu dibualkan.

Qistina melihat pelajar-pelajar sibuk membawa turun luggage mereka yang pelbagai corak dan warna perlahan-lahan. Risau tergelincir. Mana tidaknya, luggage punya besar dah macam nak travel luar negara berminggu-minggu. Belum lagi cite tang berapa banyak luggage yang bersaiz kecil dibawa. Dengan kotaknya, bakul pakaian kotor dan alatan mandian. Bantal juga termasuk sekali. Qistina hanya menggelengkan kepalanya. Nasib baik dia bercadang untuk tinggal di rumah sewa bersama Joelene . Kalau tidak, mungkin mereka terima nasib yang sama.

Qistina sedang menunggu Joe yang agak kelewatan kerana peperiksaannya mula setengah jam lambat daripada Qistina. Aliran mereka berdua tidak sama. Joe merupakan budak aliran sains tulen. Manakala, Qistina pula aliran sains komputer.

Ketika Qistina sedang leka memandang awan, dia didatangi oleh dua susuk tubuh tegap di bahagian sisi kanannya.

" Qistina? "

Qistina menoleh. " sir Imran. " sapanya lembut. Senyum terukir dibibir.

Qistina memandang gerangan lelaki yang berdiri tegak di sebelah sir Imran. Tiada senyuman langsung di bibirnya. Matanya tepat memandang wajah Qistina. Mata kuning keemasannya jelas terpancar apabila terkena matahari. Bersinar. Cuma mukanya dingin. Sedingin freezer. Susuk tubuh badannya yang tegap terlihat jelas apabila dia mengenakan kemeja berwarna putih bertali leher hitam berbelang kelabu. Bahagian lengan baju kemejanya disingsing sehingga ke siku. Menampakkan urat tangannya yang menggiurkan. Qistina menelan air liurnya. Sexy.

" What are you looking at, kid? " senyuman sinis ditayangkan.

His Wife [In Editing]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang