His Wife | 3

41 2 2
                                        

" What are you looking at, kid? " muka beku ditayangkan.

Qistina tersentak. Haihh tengok pun tak boleh ke. Simpan jelah muka tu dekat peti ais. Qistina menahan geram. Pernafasannya naik turun menahan geram. Tapak tangannya dikepal erat. Menggigil. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menghadiahkan penumbuk turbo pada muka lelaki itu. Muka je handsome, perangai hish.

" Ehem.. Naufal. " tegur Imran. Matanya tajam memandang Eden. Eden pula tiada reaksi. Sungguh dingin ya.

" Maaf ye, Qistina. Kamu tak balik lagi? " tanya Imran.

Qistina menggelengkan kepalanya. " Belum lagi sir. Tengah tunggu Joe. "

Imran mengangguk faham. Sememangnya exam pelajar sains masih belum tamat. Qistina melihat Eden dengan pandangan menyampah. Tak kuasa mahu dilayannya. Buat sakit hati je.

" Ahh.. I bet you still do not know the person beside me right? " tanya Imran. Dari reaksi wajah Qistina dia dapat mengagak perkara itu. Aliran mereka tidak sama, jadi peluang untuk bertemu agak tipis.

Qistina menganggukkan kepalanya.

" Ini, Sir Naufal. Pensyarah baru universiti ni. " kata Imran.

Qistina menunduk hormat. Manakala, Eden pula hanya memandang tak berperasaan. Cis.

Selepas beberapa minit, Joelene pun sampai lalu menyapa Imran dan Eden yang berada di situ. Joelene berbual mesra dengan Imran Hakimi, manakala Qistina dan Eden pula hanya memilih untuk mendengar sahaja.

...

" Perghhh.. Handsome betulkan sir Naufal tu. Cuma a bit cold. " kata Joelene sambil menarik tali pinggangnya.

Klak!

" Kalau handsome tapi perangai tak semenggah, tak guna juga. Ye dok? " selamba aje Qistina menjawab. Joelene pula sudah mengangguk mengiyakan.

" Nie kau jadi ke nak cari kerja sementara tunggu cuti sem nie? " Joelene  menanyakan soalan tanpa melihat Zya Qistina memandangkan tangannya ligat menukar signal keretanya ke sisi kanan.

Qistina mengangguk sebelam menjawab.

" Haah. Cadangnya begitulah. Tapi, aku rasa macam Zyad tak bagi. Kau tahulah abang aku tu overprotective dia kadang-kadang tak boleh nak buat bincang. " balas Qistina. Sememangnya dia juga terkesan dengan cara abangnya yang ' melindungi ' dirinya akibat kejadian dulu. Tapi, dia juga terasa seperti dirinya terlampau lemah.

" Aku sokong apa yang abang kau buat tu, Qis. Sungguhnya kejadian yang berlaku kat kau dulu memang bagi kesan yang dalam untuk sesiapa yang pernah mendengarnya. Apatah lagi keluarga mangsa sendiri. " Joelene memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar warna kuning.

Qistina hanya diam. Dalam hatinya sungguh dia bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh kawan baiknya itu. Kejadian tu sememangnya meninggalkan kesan dan trauma yang amat dalam.

Lampu isyarat telah bertukar hijau, Joelene pun menarik gear dan menekan minyak kereta BMW miliknya menuju ke arah destinasi mereka.

...

" Assalamualaikum umi, abah, Qis dah balik. "

" Ya Allah, anak umi dah balik. " Puan Zaharah memeluk erat tubuh badan anak daranya dengan erat. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa sejak-sejak anak daranya ini masuk ke universiti. Tak sempat- sempat nak balik ke rumah walaupun dekat.

" Rindunya Qis dekat umi dengan abah. Umi dengan abah sihat? " tanya Qistina selepas menyalam kedua-dua belah tangan umi dan abahnya.

" Alhamdulillah, umi dengan abah sihat je. " jawab Tuan Qhalif senyum. Gembira hatinya melihat anak daranya yang sorang nie pulang dengan selamat.

" Ni kamu balik dengan Joe, kan? Mana Joenya? " tanya Puan Zaharah hairan. Yang hanya dilihat olehnya sekarang ni cuma Qistina, anak daranya seorang.

" ohh.. Joe dah balik dah umi. Katanya penat seharian memandu. Diajak bershift enggak mahu. Sombong kali dia umi. " Qistina mencebik. Cadangannya untuk membawa kereta secara bergilir-gilir ditolak keras oleh Joelene. Katanya belum sempat kahwin lagi, risau dah arwah disebabkan oleh Qistina.

Puan Zaharah dan Tuan Qhalif hanya menahan ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. Mereka tahu atas sebab apa Joelene tak membenarkan anak mereka memandu. Terimbas kembali detik dimana Zyad menyuruh Qistina menekan brek kereta tapi disebabkan panik, yang ditekannya bukan brek tetapi minyak. Mahu seriau orang yang naik kereta dengan Qistina dulu.

Qistina mencebik tanda merajuk sebelum kepalanya mengintai-intai ke dalam rumah. Mencari kelibat abangnya yang satu itu.

Tuan Qhalif yang perasan akan tingkah laku Qistina pantas menjawab.

" Kalau kamu cari abang kamu, dia tiada. "

" Ke mana pula perginya, abah? "

" Outstation. Katanya ada urusan dengan klien. " Tuan Qhalif mengangkat luggage milik Qistina ke dalam rumah dengan diikuti oleh Puan Zaharah.

' Ehh abang ni.. orang balik dia outstation pulak. ' bisik hati Qistina. Sememangnya dia rindu dengan abangnya yang satu itu. Walaupun abangnya selalu paranoid bila berkaitan dengan Qistina.

...

" Ada apa-apa berita daripada Zyad? "

" Belum lagi. "

" Dah lama sangat kita cari, still tak jumpa. " lelaki itu meramas rambutnya.

" Takpe, tak perlu terburu-buru. We still have a lot of time. " lelaki itu tersenyum sinis.

Tiga lagi dihadapannya juga turut tersenyum.

Bunyi nada dering menghentikan senyuman lelaki itu apabila pemanggil yang tertera ialah Zyad.

" Wei Zyad, asal kau lambat sangat? " tanya Eden sambil menyilangkan kakinya.

" Sorry bro. Beberapa hari ni line tak okay. Nak buat kerja pun susah. Konco-konco tigre masih berkeliaran. "

Eden mengeluh perlahan. " Habis macam mana? Kau dapat matlumat or tidak? "

Zyad melepaskan ketawa yang dibuat-buat sebelum menayangkan senyuman sinis. " Of course. "

Eden tersenyum puas. Inilah yang membuatkan dia suka dengan kawan baiknya yang sorang ni. Zyad, tiada apa yang boleh terlepas daripada dia.

" Ni matlumat yang kau minta. " Zyad menyerahkan pen drive berlambang tigre kepada Eden. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Eden.

" Ambil pen drive pun makan masa 3 hari. " Perli Imran sambil matanya menjuling ke atas.

" Ehhh kau. Aku nak buat kerja yang asalnya diarahkan kepada kau tu pun dikira baik tau. Kalau ikutkan hati memang tak lah aku nak cover kerja kau. " bidas Zyad.

" Ehh. bukan aku tak nak buat. Aku kan ada urusan dengan pihak universiti Eden pun ada sekali. Karang timbul syak wasangka pulak. " jawab Imran. Sememangnya urusan dia dan Eden adalah sama iaitu untuk mengaburi mata pihak musuh dengan menyamar menjadi salah seorang pensyarah di situ. Tetapi, semestinya atas bantuan pihak universiti dan pihak polis juga.

" Dah. Tak payah nak gaduh. Malam kita balik KL balik. Aku nak uruskan hal ni cepat-cepat. " arah Eden sebelum bangkit daripada tempat duduknya menuju ke arah pintu utama. Imran dan Zyad juga mengekori daripada belakang.

Agak-agak pen drive tu ade apa? Jeng jeng jeng...

His Wife [In Editing]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang