Kringggg!!
Kringggg!!
Satu tangan mencapai jam meja itu lalu menutup alarm yang menjadi penyebab dia terbangun dari tidurnya. Jam itu dikerling. 5.30 pagi. Dia bingkas bangun lalu mencapai tualanya dan bergerak menuju ke bilik mandi.
Usai mengerjakan solat subuh, dia berjalan menuruni tangga dan menuju ke dapur. Sedap sungguh bau. Mesti kawan baiknya, Joelene yang sedang memasak. Dia tersenyum.
" Awal kau bangun, Joe. " sergah Qistina.
" Ya Allah, kau nie Qis terperanjat aku. Cuba bagi salam dulu. Ini tak, main terjah je. " bebel Joelene. Dah macam mak Qistina je bila bab-bab membebel.
Qistina tergelak kecil. " Haha.. Sorrylah.. Aku bukan sengaja. " pujuk Qistina lembut. Memang bukan niatnya untuk menterjah kawan baiknya tu.
Joelene mengusap lembut dadanya yang berombak kencang selepas kena terjah dengan Qistina. Pelik pelik sahaja perangai kawannya itu.
" Awal kau bangun? Bukan kelas kau start pukul 9.30 pagi ke? " tanya Qistina. Pelik juga bila kawannya tiba-tiba sahaja bangun awal. Selalunya, bukan main liat nak bangun. Lagi-lagi kalau kelas mula lambat.
" Suddenly lecturer aku tukar masa. Nasib baik lepas subuh aku tergerak hati nak bukak Telegram. Kalau tidak, mahu terlepas satu kelas. Dahlah lecturer baru. " jawab Joelene tak puas hati. Iyelah jam tu nak tukar masa, jam tu juga baru nak bagitahu.
Qistina menggelengkan kepalanya. Baru dia perasan sesuatu.
" Eh kejap. Lecturer baru? Siapa? Course kau? " tanya Qistina pelik. Nie dah nak masuk sem baru. Dah nak cuti sem dah pun. Mana datangnya lecturer baru.
Joelene mengeluh kecil. " Iya. Lecturer baru. Apa yang aku tahu dia ajar course science. Tapi, tak sure major subject dia ajar apa. Ni first time dia ngajar kelas aku. Tu pun sebab ganti Madam Husnaizah. Bersalin. " Joelene menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya selepas perbuatannya tergendala sebentar tadi.
" Ouh.. science. " Qistina juga menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Sedap. Boleh nampak mata Qistina bersinar-sinar. Memang tak syak lagi yang kawan baiknya memang seorang tukang masak yang berjaya.
" Kelas kau habis pukul berapa? " tanya Joelene.
" Last class pukul 2 petang. " jawab Qistina. " Kenapa? " sambungnya.
" Aku ingat nak ajak lunch sesama, then aku nak ajak kau gi pavilion jap. " jawab Joelene. Air milo o panas dihirup perlahan.
" Pavilion? Why? " tanya Qistina musykil.
" Aku nak beli barang sikit. Kau teman eh? Kau kan reti drive. Lagipun, kereta aku kat bengkel. Rosak. " jawab Joelene panjang lebar. Nak membodek lah tu.
Qistina mengangguk faham. Lagipun, dia banyak terhutang budi dengan Joelene. Bila keretanya rosak, Joelene yang akan selalu tolong dia. Dari segi mencarikan pembaiki kereta, sehinggalah keretanya siap dibaiki. Semuanya Joelene yang tolong. Beruntung betul Qistina.
...
" Perghhh.. Panas betul hari ni. Habis lencun baju aku. " rengek Joelene. Dia melihat suhu cuaca yang tertera pada homescreen telefon miliknya. 34°C. No wonderlah.
Qistina hanya mengangguk setuju. Panasnya sampai dahi Qistina juga berpeluh. Biasalah, lapisan ozone semakin menipis. Bumi dah semakin tua. Pokok-pokok pun dah mula digantikan dengan bangunan. Kalau takde pokok, mana nak dapat kertas? Well, sekarang dah canggih. Dah tak guna kertas, sebaliknya Semua ada dia hujung jari. Gadgets.
Mereka melihat keadaan sekeliling. Penuh dengan pelajar-pelajar yang beratur untuk membeli makanan. Kafe mereka memang sentiasa dipenuhi dengan pelajar. Daripada pelajar junior hinggalah senior. Semua rehat serentak. Sebab itu, Qistina paling tidak suka waktu rehat. Bukan disebabkan makanan, tapi sebab terlampau ramai sangat. Dah macam sardin.
Selepas beberapa minit, Qistina lepas membeli makanan. Dia hanya membeli dada ayam masak sambal dan sayur kangkung. Hanya tunggu Joelene sahaja yang sedang menunggu giliran untuk membayar makanan. Dia sempat menjeling. Dia melihat beberapa orang pelajar perempuan sedang berkumpul di meja bahagian tengah tempat laluan masuk.
Qistina mengerutkan dahinya.
' Dah kenapa masing-masing leher macam ular tengah mengawan nie? Tengah musim ke? ' bisik hati Qistina. Iyalah, tinggi semacam kepala mereka menjenguk.
Tengah Qistina sibuk meneliti, Joelene muncul di hadapannya dan duduk. Joelene mengerutkan dahi dan mengecilkan matanya. Mungkin pelik kenapa leher kawannya tiba-tiba berubah menjadi burung unta.
" Kau dah kenapa, Qis? Tengok apa? Panjang naw lehernya. " tanya Joelene. Keningnya diangkat sebelah.
" Takde pape. Aku pelik tengok budak-budak ni punya leher dah macam ular tengah mengawan. Dah musim agaknya. " jawab Qistina selamba. Muka langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi.
Joelene dengan tidak semena-menanya ketawa terbahak-bahak. Dah macam kena sampuk dek hantu. Pelajar-pelajar yang berdekatan dengan meja mereka hanya melihat Joelene yang hampir tinggal nyawa-nyawa ikan je akibat pernafasannya yang tidak teratur kerana ketawa.
" kau ni ada-ada je. Aku rasa mungkin sebab lecturer baru tu kot. Aku nampak dia tengah borak kat situ tadi dengan sir Imran. " Joelene menyedut air sirap bandungnya. Sejuk. Sangat sesuai diminum ketika cuaca tengah panas ya anak-anak.
" Lah. Sebab tu je. Aku pikir ada mamat handsome mana kat situ. " Qistina sambung menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya yang tergendala sebenarnya tadi.
" Weyhh.. Lecturer baru tu sumpah handsome! . Kalau kau tengok, kau pun cakap dia handsome. " teruja betul si Joelene ni. Qistina nampak yang mata Joelene mula bersinar-sinar. Dah macam tengah cakap pasal idol korea pulak.
" Apa-apa jelah. " kata Qistina. Malas dia mahu layan. kali ni, dia pula yang menyedut air yang dipesannya tadi. Air teh ais. Sejuk dan sangat sedap.
Usai makan, Qistina dan Joelene keluar daripada kafe. Dalam perjalanan mereka ke kereta, kelihatan Sir Imran sedang melambai-lambai tangannya kearah mereka. Qistina ternampak dengan cepat menarik lengan baju Joelene.
" Weyhh, Sir Imran panggil kita ke? " tanya Qistina sambil memandang ke arah dua susuk tubuh yang berada dia sebelah kereta BMW.
Joelene turut memandang arah yang sama.
" Ahhh.. Sir Imran panggil aku jap. " Joelene menundukkan sedikit kepalanya menandakan rasa hormat.
" Kalau macam tu kau pergilah. Aku tunggu kau dekat kereta. " kata Qistina. Malas dia mahu ikut sekali. Dengan cuaca panasnya.
" Haaa yelah. " Joelene pun bergerak menuju ke arah Sir Imran. Qistina melihat Joe lalu dia pun bergerak menuju ke keretanya. Sebelum itu, dia sempat melihat susuk seorang lelaki di sebelah sir Imran.
Qistina masuk ke dalam perut keretanya dan memasukkan kunci. Dia teringat balik susuk lelaki tadi.
' Kenapa figure lelaki tadi macam familiar. Do I know him? Haihh. ' bisik hati Qistina. Dia mengeluh. Lalu dia terus membuka air cond keretanya. Malas mahu memerah otaknya.
Macam mana dengan first chapter? Okay tak? Maaf kalau agak bosannn.. but teruskan baca tau! Thank youuu!

ANDA SEDANG MEMBACA
His Wife [In Editing]
RomanceSelepas ayahnya meninggal, Eden Naufal tidak lagi merasakan suasana sebuah keluarga. Hidupnya ada ayahnya sahaja. Ibunya? Dia tidak pernah langsung mengenali perempuan yang telah melahirkannya itu. Ayahnya juga tidak pernah cerita secara terperinci...