Prolog Part 2.

24 2 2
                                    

"MAK!!!!!"

Aku menjerit sekuat hati.

Kepala mak yang digenggam masih lagi dihempas ke meja berkali kali.

Setiap bunyi hentakan pada meja itu membuatkan jantung aku luluh dan hancur.

Darah mengalir pada hidung mak.

"Berhenti!! Setan!!"

Aku yang masih tertiarap bergerak dan merangkul kaki lelaki itu.

Tangannya aku cuba capai untuk memaksa dia berhenti.

Dia bertindak balas dengan menendang tepat pada muka aku.

Tendangannya yang kuat membuatkan aku tercampak ke tepi dan terbaring kesakitan.

Aku melihat mak sudah tidak sedarkan diri dan hidungnya kelihatan senget kerana telah patah.

Darah keluar berlumuran pada mukanya yang membuatkan kemarahan aku membuak buak.

"Celaka!"

Dengan menggunakan dinding sebagai sokongan, aku berdiri perlahan lahan dan cuba menyondol lelaki itu dengan sekuat hati.

Namun begitu, dia tidak berganjak walaupun sedikit kerana serangan aku yang terlalu lemah.

Dia mencampak mak ke arah lantai lalu membuat sepakan lutut ke arah mukaku.

Aku terdongak kebelakang dan jatuh terduduk.

Pandangan aku berpinar dan menjadi gelap seketika.

Dia kemudiannya menggenggam kolar bajuku dan mengangkat aku separas dengannya.

"I thought you will be the one who understand it. The pain. The corruption. The sin. I was wrong."

Satu penumbuk hinggap pada mukaku dari arah kiri. Aku tidak sempat untuk bertahan dan terhuyung-hayang kebelakang.

Belum sempat aku membuat pukulan balas, satu lagi penumbuk dilepaskan dan mengenai kanan mukaku.

Aku terbaring kesakitan dan kesedaran aku semakin hilang.

Dunia seperti berpusing pusing seperti roda dan aku mula terasa mual.

"You should be grateful, that I am the one who will be your saviour."

Pipi aku ditampar tampar olehnya untuk memastikan aku masih sedar.

"Do you know why?"

Aku dapat merasakan darah mengalir ke mataku. Perlahan lahan sebelah pandanganku bertukar menjadi merah.

Pisau yang tercacak di atas meja diambil olehnya dan dia melabuhkan punggung di atas badan aku sambil melemparkan riak muka yang kosong.

Kosong, seperti emosi tidak pernah menyentuh dirinya selama ini.

Aku ingin bersuara tetapi nafasku tersekat di kerongkong. Ada darah yang mengalir ke dalam tekak dan bernafas menjadi satu perkara yang sukar.

"Because you are nothing."

"Meaningless."

"Just like the whole world."

Aku tidak berdaya untuk membalas kenyataannya dan hanya mampu menggeleng.

Tidak.

Dia merenung aku dengan dekat. Terlalu dekat seperti bulu mata kami ingin bertemu.

"This life, is nothing."

"Your life, is nothing."

Tidak.

Pisau diangkat tinggi di atas kepala aku.

Aku meronta untuk bangun namun badan dan tanganku seperti sudah terpaku pada lantai.

Aku memandang ke sisi.

Mak tertiarap tidak sedarkan diri dengan darah berlumuran keluar pada bahagian kepalanya.

Tidak.

"And now, it's your turn to die."

Pisau dihayun laju.

*********

Tamat prolog. Nihilisme akan bersambung di Bab 1!

Sebarang komen amat dialu-alukan. :)

NihilismeWhere stories live. Discover now