A U R O R A
************
Aku memicit-micit kepala yang pening sambil sebelah tangan memegang stereng kereta."Kita nak pergi mana ni bos?"
Kaer berkata sambil menguap seluas luasnya.
"Something came up. Chief suruh kita jenguk. Dia kata kes ni... different."
"Different?"
Aku mendiamkan diri.
Kereta Honda Civic berwarna hitam metallic yang dipandu masuk ke satu lorong kecil di bahagian belakang perumahan.
Jalan lorong tersebut tidak bertar dan tidak mempunyai lampu di sepanjang laluan yang menyebabkan aku terpaksa membawa sedikit perlahan.
Pokok yang menebal di kiri dan kanan jalan melambai lambai seperti menunggu kedatangan kami.
"Gelap betul." Kaer mengeluh.
Hampir sahaja aku meragui jalan yang aku lalui sebelum ternampak ada silau lampu biru berkelip dari arah jauh.
2 biji kereta polis diparkir di bahu jalan dan ada beberapa lampu spotlight sementara di pasang untuk menerangi kawasan.
Aku mematikan enjin kereta dan segera menuju ke tempat tersebut.
Seorang anggota polis yang berkawal mengangkat tabik hormat selepas aku dan Kaer menunjukkan ID dan lencana yang dipakai.
Di hadapan kami, sebuah lombong selebar kira kira 150 meter terhampar luas memenuhi kawasan hutan di belakang perumahan itu.
Kaer mengangkat tali pita kuning ke atas untuk memberi laluan kepadaku.
Aku menunduk dan melihat beberapa orang pegawai polis sedang sibuk mundar mandir menjalankan tugas masing masing.
"Inspektor."
Kedengaran satu suara lelaki menyapa aku dari arah belakang.
"Raiz."
Aku dan dia menapak ke arah beberapa anggota forensik yang sedang sibuk menangkap gambar tempat kejadian berdekatan tepi lombong tersebut.
"Mangsa seorang wanita Melayu berumur 32 tahun, bekerja sebagai seorang akauntan, disyaki mati dibunuh kira kira 8 jam yang lalu."
"Ada suspek?"
"Ada seorang saksi yang menjumpai mayat wanita tersebut. Keluarga yang terdekat cuma adik lelakinya yang tinggal di luar negeri. Mak ayahnya telah meninggal dunia."
"Dia tinggal seorang diri?"
"Ya. Di area Sungai Besi."
"Punca kematian?"
"Yang tu... Puan kena tengok sendiri."
Aku menggangguk.
********
"Allahuakbar..."
Perkara pertama yang aku nampak ialah mulut mangsa dijahit dari hujung ke hujung dengan benang pancing. Kedua dua matanya telah hangus terbakar, disyaki telah dicucuh dengan sesuatu yang panas.
Kedua dua pasang kaki dan tangannya putus ditetak, dan seperti sengaja diletakkan pada badan mangsa secara terbalik. Kedua dua kaki diletakkan pada bahunya, dan tangan diletakkan di tempat kaki berada.
Satu lakaran bulatan lengkap dapat dilihat mengelilingi badan mangsa dengan menggunakan darah.
"Binatang." Kaer berkata.
Raiz menyampuk,
"Ini bukan binatang. Lebih teruk dari binatang."
"Apa motif dia buat macamni?"
"Motif awal mungkin disebabkan rasa dendam."
Kaer menggelengkan kepalanya dan berlalu pergi. Kedengaran dia muntah muntah tidak jauh dari kami selepas itu.
Aku melutut untuk melihat badan mangsa dengan lebih dekat. Bau busuk dan hangit terbakar yang menusuk hidung membuatkan aku semakin mual.
"Bukan." aku berkata perlahan.
Kening Raiz terangkat sambil memandang aku.
Menilai dari tempat kejadian dan cara mangsa dibunuh, aku pasti ini bukan dendam.
I can't feel the emotion. Where is it?
I can't feel anything.
What is this feeling? It's familiar somehow?
"Bukan apa?"
Raiz masih menunggu jawapan aku dengan tanda tanya.
Aku mengeluarkan sepasang sarung tangan dari poket baju dan kemudian memakainya.
Terdapat beberapa kesan lebam dan luka pada leher mangsa yang berkemungkinan dari kesan cekik sewaktu mereka bergelut.
Ada satu objek putih yang terselit di bawah badan mangsa yang menangkap perhatian aku.
A note?
Aku mengambil nota tersebut dan membacanya.
Serta merta aku tersentak dan memandang Raiz.
"Bukan dendam. Far worse."
"What? What do you mean?"
Raiz yang masih tertanya tanya mengambil nota yang ada pada tangan aku.
I shouldn't eaten something I should.
- N I L.
"This is - "
"The same alias used by a serial killer 10 years ago, Nil."
Raiz mula menggosok gosok dahinya dan berjalan setempat.
"Tapi kita tak pasti lagi sama ada ini adalah orang yang sama or just a copycat."
Aku mengganguk setuju.
"Jap. Serial killer?" terdengar suara Kaer dari arah belakang.
"Yes, Kaer. Inform chief pasal ni. We may have a serial killer making a comeback."
Aku berjalan meninggalkan Raiz dan segera mengeluarkan telefon bimbit.
Cuma ada seorang sahaja yang lebih mengetahui kes 10 tahun lalu selain aku.
Panggilan telefon berkali kali akhirnya diangkat.
Aku menarik nafas lega.
"Haq, ada kes."
**********
Akan bersambung Bab 3 next week!

ANDA SEDANG MEMBACA
Nihilisme
Mystery / ThrillerDituduh sebagai pembunuh bersiri, seorang bekas detektif homosid perlu memburu lelaki misteri yang menyamar sebagai dirinya dan mendakwa boleh melihat dosa lalu. "Macam mana kalau aku bagitahu kau, yang aku boleh lenyapkan semua maksiat dan dosa yan...