Bab 1 - Haq.

21 1 0
                                    

H  A  Q

********


Aku tersentak daripada tidur.

Kelopak mataku dibuka luas.

Dadaku berombak kencang.

Peluh dingin membasahi tubuh dan bajuku.

Aku yakin aku baru sahaja bermimpi buruk sebentar tadi.

Tetapi apa?

Memori mimpi tadi seolah olah mengalir keluar dari kepala seperti air.

Aku meludah ke kiri beberapa kali sambil melafazkan isti'azah.

Tanganku terus meraba raba katil dan melihat skrin telefon bimbit yang dicapai.

3.45 am
5 new message
10 missed calls

Aku melempar telefon bimbit ke tepi bantal.

Masih terlalu awal untuk aku bangun.

Kenapa mesti hari ini juga orang sibuk ganggu tidur aku? Pantang nenek moyang aku orang ganggu masa tidur, atau cuti.

Kali ini, kedua duanya sekali.

Aku memejamkan mata kembali dan cuba berimaginasi untuk membantu aku tidur.

Tak sampai 5 minit aku terlelap, bunyi suara teriakan Awie menerjah telingaku di bawah bantal.

"Kau masih kucintai, sungguh~
dari awal dulu, hingga hari ini..."


Aku mendengus kemarahan.

Aku cuba menutup sebelah telinga dengan bantal tetapi getaran telefon bimbit itu seolah takkan tamat.

"What?"

Aku menjawab panggilan sambil mata masih terpejam.

"Haq, ada kes."

"Siapa ni?"

"Aurora. Datang area lombong belakang Serdang lama, nanti aku cerita detail."

"Aku cuti harini setan - "

Panggilan diputuskan.

Kurang ajar minah ni dia pergi letak pulak.

Aku menarik selimut untuk tidur semula.

Orang kata "cuti is cuti, kerja is kerja."

Bila cuti, kita buat cara cuti.

Telefon berbunyi kembali.

Aku memejam mata rapat rapat dan cuba memekakkan telinga.

Jangan angkat Haq, jangan angkat...

Tetapi tanganku yang degil automatik bergerak meraba katil dan menjawab panggilan tersebut.

"Dia dah muncul balik, Haq."

Aku terdiam.

Darah aku berderau.

Serta merta tapak tangan aku yang memegang telefon bimbit terasa licin kerana peluh dingin.

Posisi aku yang berbaring bertukar duduk tegak.

"Jangan bazir masa aku, Aurora."

"You know that I never jokes around."

Nadanya serius.

Aku tahu, Aurora jarang bergurau lagi lagi mengenai kerja. Orang selalu melabelnya seorang yang 'skema', tetapi aku tak rasa begitu.

Dia cuma lebih pentingkan kerja dari segala galanya.

"After 10 years, kenapa sekarang?"

"I don't know, but I'm sure something bad is coming."

"Chief tahu pasal ni?"

"Tahu."

"How bad is it?"

"Bad, really bad."

Aku berfikir sejenak cuba memproses kata katanya.

Jauh di sudut hati, aku tahu keputusan yang aku bakal buat sudah pasti tidak akan berakhir dengan baik.

Curiosity killed the cat.

"Haq?"

I'm the cat.

"I'm coming."

*********

Any comments pls leave down below. Bersambung di Bab 2 - Aurora!

Have a good day! :)

NihilismeWhere stories live. Discover now