part 30

130 8 0
                                    

Kini hana berada dalam keretanya, fikiran tengah bercelaru nak pergi ke mana, dia tak mahu keluar dari kereta jadi dia mencari parking dan parking di mana dia mahu, sambil dengar lagu sambil tu dia bersandar dan termenung.

telefonnya mula berdering dan menunjukkan nama haruto. Dia berfikir juga sama nak angkat atau tak tapi taknak buat haruto risau dia pun angkat callnya itu.

"hello sayang, awak kat mana!?" tanya haruto
"dah kenapa kan saya cakap tu bukan hal awak" balas hana
"sayang dah lah tu jangan la cemburu saya tak suka pun rose tu laa, number dia pun saya tak save"
"saya tak tanya pun awak save ke tak number perempuan tu" balas hana
"ye saya tak kesah awak tanya ke tak, sekarang balik lah hana awak tak suka saya pun janganlah keluar mcmtu je kalau mama balik nanti tanya macam mana?" soal haruto

"cakap je hana ada kerja" balas hana
"kerja apa hana nak dekat dua jam awak kat luar tu, awak buat apa?" tanya lagi haruto

"awak takyah kesah pasal saya la, saya tahu jaga diri saya nak tenangkan aje diri saya kalau sambung tengok muka awak makin panas hati saya"

"sayang, jangan mcmtu lah sayang, saya tak suka langsung rose tu, awak nak cakap saya curang pun cakap lah hana saya sayang awak sorang je" balas haruto dan terselit suara kesedihan dia, hana tahu dia tengah menangis sebab hana kenal sangat dah suara dia mcm mana

"saya langsung tak kesah awak nak suka dia ke suka saya, itu perasaan awak kalau awak dah suka dia buat apa saya nak paksa awak suka saya?" soal hana

"suka lah dia banyak mana pun Kim Hana tetap no1 yang dapat tarik hati saya, dengar ni sayang, saya sayang awak sorang je, jangan macamni takkan sebab perempuan tu punya suara awak nak keluar mcmtu"

"dah lebih dari 3 kali saya dengar suara tu, mana tak sakit hatinya cuba kalau awak call saya then setiap kali tu dengar suara lelaki, awak suka?"

"tak" jawab haruto

"mcm tulah saya"

"ye sayang saya tahu, balik lah cepat saya rindu awak, tahu ni salah saya" balas haruto

"nanti lah kalau saya dah reda saya balik" balas hana dan terus end callnya itu.

Dia sempat tidur di dalam keretanya, bijaknya hana ni dia parking tempat dekat dengan tempat isi minyak jadi kalau habis takyah susah dia nak tolak kereta.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 5petang, dari pukul 2-5 hana di luar. Sekali lagi telefonnya berbunyi, haih siapa lagi tak bukan tak lain haruto.

"sayang, awak dah makan?" soal haruto
"belum" balas hana
"balik lah makan"
"takpe saya tak lapar"
"tak lapar nnti awak pengsan mcm mana, balik lah dulu makan"
"ye nanti saya nak makan saya balik" ucap hana dan terus end callnya itu.

Hana pun taktahu apa yang dia nak terasa sangat dengan lelaki itu, memang lah dia cemburu tapi kalini rasa sakit hati tu mcm patah betul hatinya.

Sesampai sahaja di rumah hana meletakkan kunci dan baring di atas sofa, eh tiba-tiba ada yang muncul

"best keluar ngn kawan tadi?" soal bapanya

"best la tu kalau dah sampai penat tu" sampuk mamanya

"lama betul hana keluar, dari pukul berapa sampai berapa?" soal bapanya

"dari kul 2 pa, lama tak jumpa jadi sembang lah lama sikit hehe" balas hana

"sembang sembang jugak, suami tu ingat tanya dah makan ke belum apa semua lain kali ye"

"baik mama, hana naik dulu ye nak mandi" izin hana dan naik ke atas untuk mandi. Masuk sahaja kebiliknya dia nampak haruto sedang duduk di sofanya sambil peluk bantal peluk. Hana endahkan sahaja lelaki itu dan terus masuk kedalam bilik airnya.

"hana dah ok?" tanya haruto dan baring sebelahnya

"sikit" balas hana

"hana, awak jangan overthinking sekali pun tau, phone saya ni phone awak jugak, ambik baca chat bukak galeri semua, itu bukti saya tak pernah curang, faham?" tanya haruto dan hana hanya mengangguk

"lepasni kalau cemburu jangan keluar mcmtu je, saya risau, cemburu je dalam rumah ni nnti saya pujuk" lepas haruto yang sedang peluk hana. Hana membalas pelukan dan mengukir senyuman di belakang haruto.

"baik sayang, maaf lah tadi saya overthinking sangat sebab tu dah kali keberapa asyik ada suara rose" balas hana

"jihoon dengan rose suka dating dalam bilik saya, lepasni kalau nak tengok awak datang je office saya, saya tunjuk, biar satu office kenal isteri saya ye?" soal haruto

"takpe, cukup sekadar awak jujur, tu je saya nak, saya nak awak jujur setiap hari, cerita pasal hari awak tu je, yang tambah saya overthinking tu bila awak balik kerja dah takde kiss saya, hug saya cerita pasal hari awak" balas hana

"saya taknak cerita sbb taknak awak penat dengar cerita pasal saya aje" balas haruto

"kalau awal tak cerita maksudnya awak tak sayang saya lah kan?" soal hana

"yelah nnti saya cerita setiap hari kat awak " balas haruto

"dah lah saya nak tidur ngantuk" jawab hana dan lepaskan pelukan untuk tidur
haruto pun lepaskan pelukannya dan sambung tidur. - it's a tiring day -.

H&W || Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now