part 41

120 8 3
                                    

hana bangun dan dia lihat si dua orang itu tidur berpelukan, siapa lagi kalau bukan doyoung dengan aeri.

"syoknya tidur dengan paksu dia" kata hana seorang diri dan siapkan makan pagi. Sorang-sorang bangun dan keluar dari bilik, termasuk mama dan papa.

"amboi awal bangun, hana ke masak ni?" tanya mamanya

"heem, makan la dulu mama" pelawa hana

"hana tak makan?" soal mamanya dan hana geleng kepala

"mama makan dulu, haruto pun tak bangun lagi" jawab hana dan mamanya angguk kepala.


"oh dah bangun rupanya" baring hana disebelah haruto dan haruto angguk kepala.

"gosok lah gigi, makan dulu kat bawah" suruh hana

"awak tak makan ke?" tanya haruto

"saya nak mandi dulu, baru makan" balas hana dan bangun dari baringnya.




"sayang taknak beli apa-apa?" soal haruto ke hana yang dari tadi hanya teman haruto keluar beli barangnya.

"takde" balas hana

"sure? takkan lah awak keluar semata-mata nak teman saya aje" balas haruto

"mungkin lah, sebab saya boring duduk rumah" balas hana dan haruto hanya angguk.

"saya rasa nak beli kasut untuk aeri la" balas hana

"kasut? untuk aeri? buat apa?" tanya haruto

"yelah, kasut dia tu kan makin kecik jadi nanti kalau dia besar macam mana? mesti tak muat kan" jawab hana dan haruto angguk kepalanya

"ikut awak lah duit awak bukan saya" balas haruto

"kalau guna duit awak pun kenapa? tak boleh? oohh dah pandai kedekut sekarang" usik hana

"takdelah sayang, saya gurau je, duit saya duit keluarga saya jugak kan" balas haruto yang tadi tergelak kerana balasan hana.

"yelah tu, padahal kedekut"

"saya tak pernah kedekut, awak jangan sampai saya ungkit semua keluar kan buku bank saya ye, saya taknak ungkit nnti awak kata "ha ungkit-ungkit tak ikhlas lah tu"" balas haruto sambil mengikut cara hana berkata dengan reaksi mukanya.

"awak ni sekarang suka betul kene kan saya ye? apa yang awak suka" tanya hana

"yelah, awak isteri saya takkan saya nak pergi dekat isteri orang sakat isteri orang" balas haruto

"eeh! awak ni!" balas hana sambil mencubit pinggang haruto yang dari tadi dia peluknya

"sakit sayang" adu haruto sambil pegang tangan hana dari mencubitnya

"tulah, sakat saya lagi tu makannya" balas hana

"awak ingat saya tak boleh buat jugakke?" tanya haruto

"memang tak boleh pun" balas hana dengan bangga dirinya

"awak sure?" soal lagi haruto

"sure lah, awak mana pernah buat apa-apa" balas hana

"yelah sebab ada aeri, kalau aeri tidur luar malamni saya boleh lah buat jugak" balas haruto namun hana terus alih perbualan ke kedai kasut yang dia nampak di depan matanya.

"eh tengok tu! macam cantik je kasut dia" kata hana dan berjalan laju ke kedai itu.

"agak-agak lah sayang, kasut tu untuk orang berumur, aeri dah berumur ke" soal haruto ke hana yang tadi kejarnya

"ee'hh.. mana ada la, mama pun boleh jugak pakai kan" balas hana dan tetap berjalan

"mama awak tak pakai kasut macam ni, awak jangan ingat saya tak tahu ye, awak alih perbualan sebenarnya kan?" soal haruto ke hana, hana hanya tersengih.

"apa sengih-sengih? betul la kan?" tanya lagi haruto.

"haruto, dah lah, stop lah please, saya taknak layan awak kat tengah mall ni" balas hana

"oh so kiranya awak nak layan saya malamni la kan?" usik haruto

"awak jangan sampai saya drive, tinggalkan awak dalam mall ni sesorang" kata hana

"gi lah drive tu awak nak start kereta guna apa? niat ye" balas haruto dan baru hana sedar yang kunci keretanya ada di haruto, hana jeling kehadiran haruto.

"lagi, apa lagi alasan, macam ermm... nak beli kasut untuk papa? ataupun malamni nak tidur bilik doyoung?" tanya haruto ke hana, hana dah betul-betul malu kini dengan haruto, kini hana sorok mukannya di dada haruto dan tarik jaket yang dipakai haruto untuk tutup mukanya, nasib tengah turun escalator.

"kenapa menyorok? malu?" soal haruto dan tarik jaketnya namun hana masih nyorokkan mukanya di dada haruto.

"diam lah saya taknak cakap dengan awak" balas hana dan terus jalan laju dari haruto.

sesampai sahaja rumah hana terus masuk kedalam bilik, aeri dah selamat tidur di lengan doyoung, sempat juga hana belikan makanan untuk doyoung sebab tak dapat keluar jadi hana hanya bungkus untuknya.

"sayang, malu lagi ke" tanya haruto ke hana

"saya ngantuk la" balas hana dan baring di sebelah haruto.

"jalan sikit dah penat?" soal haruto

"bukan penat jalan, penat layan karenah awak, dah lah asyik kacau saya" balas hana

"yelah, lepasni saya tak kacau awak dah" balas haruto sambil buat muka sedihnya

"ha mula la tu, mintak simpati" balas hana

"awak kata penat sebab saya asyik kacau awak, jadi saya taknak awak penat saya taknak la kacau awak dah" balas haruto sambil main benang yang ada di baju hana

"comelnya awak ni haruto, takpelah kacau je saya tak kesah kalau awak yang kacau saya" balas hana sambil usap kepala haruto

"awak suka menipu, awak cakap saya comel sebab taknak saya merajuk aje kan" balas haruto

"saya ikhlas tahu tak, awak tengah comel malamni" balas hana

"malam ni jelah kan, esok hari comel ni diganti dengan aeri" balas haruto

"iyelah awak comel aeri cantik" balas hana

"dah jom lah tidur saya ngantuk" ajak hana dan buka luas pelukannya untuk haruto. haruto datang dan terus peluk hana sambil baring di sisi hana, mereka pun terlelap.

enjoy semua, vote for next part hegeheheh

H&W || Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now