part 49

110 5 5
                                    

"saya balik naik grab" tipu haruto

"sayang,saya main-main je, awak buat betul betulke?" soal hana

"tadi awak suruh saya balik naik grab" balas haruto

"yelah tapi awak buat betul betul? awak jangan lah main main dah lah saya sorang kat sini" balas hana

"jaga lah diri tu, nanti telefon aje la mama" balas haruto dan terus end callnya. Dia duduk bersendirian di tempat duduk di dalam mall, dia bukannya balik pun tapi dia ada je di mall tu, dia duduk di kerusi dekat dengan hana, dia tahu hana kat mana sebab hana pasang locationnya.

Sedang haruto duduk tiba-tiba ada perempuan yang datang sebelah haruto, haruto pun toleh kepadanya dia ingat hana namun bukan hana.

"hi haruto" sapa perempuan itu sambil sentuh muka haruto.

"kau nak apa ni?" soal haruto sambil tepis tangannya.

"saya nak awak" balas perempuan itu

"jea, stop lah kau dah ada laki ramai kan" balas haruto

"memang ramai tapi aku nak kau je" jawab perempuan itu.

"hormat sikit, kita kat public kau tak malu ke?" soal haruto sambil jauhkan dirinya.

"buat apa aku nak malu? kau yang akan malu sebab kau yang kene tanggung baby dalam perut aku ni" balas jea

"aku takkan sebab aku tahu ni bukan anak aku, aku tak pernah buat bende bodoh dengan kau sebab kau ni perempuan murah" balas haruto dan ambil barangnya.

"kau nak pergi mana!?" soal perempuan itu

"aku nak jumpa isteri aku, kenapa? kau ingat aku masih tak move on dari kau? aku dah ada isteri dan anak kau tak payah nak buat muka beruk kau tu, dah lah buruk kau boleh pergi dari hidup aku dan cari laki yang kau sanjung dulu" balas haruto dan mahu pergi dari situ namun cepat sahaja perempuan itu capai lengan haruto.

"haruto,tolong lah kalini je" kata perempuan itu

"kau nak aku tolong apa?" soal haruto

"kau tanggung" kata perempuan itu selamba

"kau gila ke jea? aku takkan" balas haruto

"lepastu? kau sanggup nak tengok aku bunuh diri?" kata perempuan itu

"jea" panggil haruto dan letak perlahan tangannya di bahu kiri perempuan itu
"dekat luar tu ramai lelaki yang mungkin boleh terima kau ni tapi bukan aku, kau kene hormat dengan keputusan aku aku taknak sakitkan hati isteri aku, kau cuba yang terbaik untuk anak dalam perut kau ni" balas haruto lembut

"tapi aku taknak besarkan anak ni tanpa bapak" jawab jea

"jadi kau nak besarkan dia dengan bapak ? tapi bukannya macam ni cara dia, banyak lagi jalan boleh cari kau cari la lelaki yang boleh terima kau, aku tahu ramai je lelaki yang boleh terima kau, goodluck untuk future kau,aku kena pergi" balas haruto dan pergi dari situ.

"sialla!" kata perempuan itu sambil serabutkan rambutnya





"sayang" panggil lelaki itu sambil pegang lengan hana.

"apa?" soal hana

"tolonglah, awak salah paham tahu tak, awak tak tahu apa yang jadi dekat tempat tadi" kata haruto

"apa lagi salah paham? saya dah nampak dia sentuh lengan awak, awak pegang bahu dia salah paham lagi?" soal hana

"yelah tuduh saya, saya dah cakap tadi dia yang datang dekat saya, dia nak saya jadi ayah kepada anak dia, awak nak ke?" soal haruto dan hana geleng

"saya pun taknak, saya dah tepis tapi dia berdegil jadi saya pegang bahu dia untuk tenang kan dia awak sanggup ke tengok dia stress mcm tu? dia dah lah ibu mengandung" balas haruto dengan riak wajahnya yang bertukar merah.

"time awak mengandung dulu pun saya taknak awak stress kan? jadi saya taknak tambahkan beban dia, awak nampak apa yang awak nampak je tapi awak tak tahu bende betul kan" soal lagi haruto dan hana angguk

"jadi awak tetap nak berdegil dan marah macam ni?" soal haruto namun hana hanya berdiam diri.

"sayang" panggil haruto dan tarik kedua tangan hana ke pinggannya.

"saya mintak maaf? ye saya tahu salah saya tapi saya cakap elok-elok dengan dia, saya tak boleh berkasar dia tengah bawak anak dia dalam perut, awak nak saya lempang dia ke?" tanya haruto dan hana geleng

"jadi?"

"yelah saya maafkan awak kalini, kalini sahaja" jawab hana dan pekatakan perkataan kalini.

"tapi macam mana dia tahu awak dekat mall tu?" soal hana

"tak tahu,tapi yang saya tahu dia memang suka mall tu" balas haruto

"oh sampai tahu eh dia suka mall tu" usik hana

"yelah dulu kan saya dating dengan dia jadi hari-hari lah saya pergi mall tu teman dia shopping" balas haruto dan kemudian dia nampak hana bagi jelingan tajam kepadanya.

"saya salah cakap lagi, saya mintak maaf ye sayang lepasni kita pergi mall jauh-jauh, takyah pergi mall situ" balas haruto

"sembang lah awak" jawab hana dan lepaskan dirinya dari pelukan haruto.

"saya cakap saya buat eh, saya tak pernah mungkir janji" balas haruto

"pernah, dekat sekolah dulu" jawab hana

"itu dah lama la, jangan la ingat bende lama!" jerit haruto dan baring di atas katil selepas tengok hana keluar dari bilik.

short story hehe, thanks korang sebab nak baca cerita yang mengarut ni, tinggal lagi satu part cukup 50 so korang nak i sambung lagi cerita ni or habiskan cerita ni and post new story about how Asahi jadi husband hana🤔🤔??

korang mesti cam boring kan nama asyik hana je HAHAH act nama tu memang basically i buat untuk semua story because i don't think i can tukar nama untuk watak tu because hana ni watak dia literally masuk kepala i and i think dia kene dengan semua watak i buat 😭😭😭 sorry korunk but jangan risau, hana is y/n like i said before i suka letak nama then y/n sebab y/n pendek sangat :( enjoy ksksks!! comment jugak nak sambung atau end story ni? atau i still sambung story haruto and up new story pasal Asahi!???

H&W || Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now