part 43

96 8 1
                                    

Haruto terbangun dari tidurnya, tengok hana sudah pun hilang di sebelahnya. Dia check sekarang sudah pukul 9malam, dia pun bangun dan tengok hana dan aeri tiada.

"mama, aeri dengan hana mana?" soal haruto ke mama yang tengah duduk di sofa itu.

"oh, hana keluar dengan aeri dengan abang dengan doyoung sekali" balas mama

"dorang pergi mana?" tanya lagi haruto

"taktahu la, tadi hana kata dia taknak kejut haruto sebab takut haruto penat" balas mamanya dan haruto hanya angguk kemudian masuk kedalam bilik balik.

Tepat pukul 10 malam barulah haruto nampak batang hidung hana, namun hanya dia sorang, si kecik tu mungkin dekat depan dengan paksunya.

"bangun dah" kata hana ke haruto yang baru sahaja masuk kebilik itu dan haruto hanya diamkan diri.

"awak demam ke?" soal hana ke haruto yang dari tadi selimutkan dirinya paras hidung

"kenapa ni? kenapa awak diam je" tanya hana

"oh, mesti marah sebab saya keluarkan?" soal hana dan haruto hanya angguk.

"saya tak kejut awak sebab takut awak penat, lagi pun keluar tu teman junkyu shopping, awak tahu lah kan kalau keluar dengan dorang lama dia macam mana lepastu doyoung dengan aeri pun ada kat rumah junkyu, dorang tidur sana" balas hana panjang lebar

"saya keluar dengan doyoung duduk kat mall tu pukul 8:50 tau, junkyu pukul 9:00 baru dia sampai, lepastu balik tadi saya drive sorang sorang je sebab takde orang teman" balas hana dan buat muka sedihnya namun haruto hanya mendengar.

"lepastu tadi saya makan dulu dengan doyoung dengan aeri, ada la sorang makcik ni datang kata saya dengan doyoung pasangan yang sesuai patutla aeri comel, katanya dia suka dengan aeri, dia perhati saya dengan doyoung dari masuk mall sampai tempat makan, dia tak perasan ke muka aeri lain? tu paksu dia kut bukannya suami saya" cakap lagi hana seorang diri.

"lepastu tengah beli baju untuk aeri adalah dua orang perempuan datang kat doyoung tanya, single ke nak mak tak, saya datang lah kat aeri sebab dah jumpa baju untuk aeri tiba-tiba aeri panggil mama, dorang toleh kat saya lepastu mintak maaf, saya tak faham la saya ngn doyoung adik beradik je" cerita hana

"dah nama pun muka sama, berdua duaan, takkan lah orang nak expect awak kuli pulak" balas haruto selamba.

"awak pun sama, punya panjang saya cerita awak balas pasal bende tu je, sampai hilang oxygen saya tahu tak" kata hana ke haruto.

"lepastu nak suruh saya buat apa? bagi oxygen dekat awak? ataupun hilangkan lagi oxygen awak" tanya haruto dan hana terus baling bantalnya ke haruto.

"haruto!" marah hana dan haruto hanya pandang kepadanya, kemudian terus masuk ke dalam bilik air.

Hana macam biasa, setiap malam Skincare dahulu dan haruto hanya baring di atas katilnya. selesai skincare hana terus baring disebelahnya.

"awak tak ngantuk ke?" tanya hana ke haruto dan haruto hanya geleng kepala. hana pun bangun dari katil dan pergi ke sofanya, macam biasa baca novel dulu.

sedang sedap dia baring sambil baca buku tiba-tiba ada yang sentuh kakinya, hana terus alihkan buku tengok sah sah lah haruto yang sentuh.

"apa sentuh sentuh ni" marah hana

"isteri saya kan ,bukannya isteri orang" balas haruto

"jangan kacau la, saya nak baca buku" balas hana dan tarik selimutnya untuk tutup separuh badannya.

"awak ni baca buku pulak, bukannya nak spend time dengan saya, dah lah tinggalkan saya sesorang" kata haruto dengan nada suaranya yang cukup buat hana berhenti baca novel.

"kan mama papa ada, awak bukan sorang pun" balas hana

"awak ni faham sebenarnya maksud saya, tapi saja taknak fahamkan apa yang saya maksud" keluh haruto

"apa maksud awak" tanya balik hana

"takde maksud, bende tu untuk cakap je" balas haruto dan baring semula di atas katil.

"awak merajuk ke?" tanya hana

"mana ada saya merajuk, buang masa je merajuk dengan awak, baik merajuk dengan isteri orang" sindir haruto membuatkan hana terkejut dengan percakapannya.

"maksud awak?" tanya balik hana

"dah lah hana, takyah tanya maksud maksud, dah faham lagi tanya maksud saya cakap tu sebab mulut saya nak bercakap, takde maksud pun" balas haruto, sungguh dah berputus asa haruto dengan hana ni.

"cuba explain, kalau macam ni je susah saya nak faham" balas hana

"perlu ke saya explain? bende tu untuk isteri, awak tinggalkan saya, lepastu balik balik baca novel, bukannya nak tanya dah makan ke belum apa semua, itu pun nak kene ajar?" soal haruto dengan nada lembutnya.

"awak duduk kat rumah kan, saya expect awak dah makan lah, saya takut awak penat sebab tu lah saya taknak kacau awak tanya macam macam, sama je time saya bercerita tadi, ada awak kesah?" soal hana

"saya dah dengar dah apa awak cerita tadi, cuma saya tak bercakap je, selama ni awak bercerita pun memang saya diam je kan? dengar awak bercerita" balas haruto

"yelah, saya mintak maaf la, saya taknak kacau awak takut awak penat " balas hana

"awak tahu kan saya kalau dengan awak penat saya hilang? tapi awak masih buat tak endah pasal bende tu, takde masa saya nak penat kalau dah nampak muka awak depan mata saya" balas balik haruto dan kini dia terus amik bantalnya dan bangun dari katil.

"awak nak pergi mana?" soal hana

"tidur bilik doyoung, awak tidur lah sini tenang kan fikiran, saya pun nak tenang kan fikiran, taknak bergaduh, tak elok" jawab haruto

"tapi tidur asing bila dah bergelar suami isteri pun tak elok kan?" soal balik hana

"kalau tak amik kesah pasal suami bila dah bergelar suami isteri tu dikira dosa kan?" balas balik haruto cukup buat hana terdiam, dia terus tutup pintu dan pergi dari biliknya itu.

H&W || Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now