16:Flashback 6 years ago...

32 3 7
                                    


Flashback

6 years ago.....

Di kediaman Tuan Park...

"Noona! Uwon nak makan aiskrim lah.Jom pergi beli aiskrim." ajak Jungwon kepada Jung-Ri sambil membuat muka comel."okay,kejap lagi kita pergi eh.Noona nak siapkan kerja sekolah ni kejap."kata Jung-Ri.Mereka pun keluar dari rumah dan Yeonjun pun perasan kelibat Jung-Ri dan Jungwon.

"Eh,Cik muda Jung-Ri dengan Tuan muda Jungwon nak ke mana tu?Tuan muda Jay tak bagi kamu keluar tanpa kami yang teman." kata Yeonjun selaku bodyguard mereka.

"Err...kitaorang nak pergi beli aiskrim.Alaa Yeonjun oppa,kitaorang nak pergi sekejap je bukan lama pun." kata Jung-Ri sambil membuat muka comel.Jungwon pun sama.Akhirnya Yeonjun mengalah.

"Errr...yelah-yelah.Tapi balik sebelum Tuan Jay balik tau.Nanti oppa pulak kena marah sebab bagi korang keluar." kata Yeonjun.Mereka pun mengangguk.

"Thankss yeonjun oppa!" kata Jung-Ri.Mereka pun pergi beli aiskrim.

Skip

"Lepas ni uwon nak pergi mana?"soal Jung-Ri." Kita pergi taman permainan boleh?"soal Jungwon.Jung-Ri mengangguk.Mereka pun pergi ke taman permainan itu.Tanpa disedari oleh mereka,ada sebuah kereta yang laju ke arah mereka dan mereka pun dilanggar oleh kereta itu.Tubuh Jungwon tercampak sehingga ke seberang jalan yang jauh sikit daripada Jung-Ri manakala Jung-Ri pula dekat dengan kawasan taman permainan.Jungwon hanya mengalami cedera ringan manakala Jung-Ri mengalami cedera parah.

Ramai orang berkumpul ke arah mereka dan salah seorang daripada itu menelefon ambulans.Akhirnya mereka berdua di bawa ke Asan Medical Centre.

Di Asan Medical Centre.....

Jay pun bergegas ke wad kecemasan itu selepas dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang 2 orang adiknya mengalami kemalangan.Bodyguardnya,iaitu Yeonjun pun juga mengikutinya.Sampai di wad kecemasan itu,Jay melihat Jungwon yang masih tidak sedarkan diri itu tengah dirawat oleh doktor Choi.

"Maaf menganggu,Dr.Choi.Jung-Ri mana?" soal Jay kerisauan."Ouhh...Tuan muda Jay,Cik Muda Jung-Ri dalam bilik pembedahan kerana dia mengalami luka yang parah.Dr.Sunghoon yang sedang merawatnya."kata Dr.Choi.Jay terkejut lalu dia pun pergi ke bilik pembedahan itu.

Jay memundar-mandir kerana risau akan keadaan Jung-Ri.Yeonjun yang melihat Jay yang dari tadi memundar-mandir itu segera menegurnya.

"Tuan muda dari tadi lagi Tuan muda mundar-mandir.Pening saya tengok.Baik Tuan muda duduk dulu.Kita just sabar je dan tunggu Dr.Sunghoon selesai merawatnya." kata Yeonjun.

"Kau tahu tak risaunya aku sekarang dengan keadaan Jung-Ri???!!!Ni semua salah kau!!Sebab kau tak jaga diorang elok-elok lah diorang jadi macam ni!!!Kenapa kau benarkan diorang keluar??!!Kau tahukan keluarga aku ni banyak musuh??!!Kalau diorang nak keluar sekalipun kau pun mesti kena ada jugak!!!" marah Jay.Yeonjun hanya menunduk dan rasa sangat bersalah kerana tidak menjaga Jung-Ri dan Jungwon baik-baik.

Skip

Selepas 1 jam Dr.Sunghoon berada di bilik pembedahan itu akhirnya selesai juga.Dia pun keluar dari bilik pembedahan itu.Jay pun segera ke arah Dr.Sunghoon.

"Hoon!macam mana dengan keadaan Jung-Ri?" soal Jay cemas.Sunghoon mengeluh perlahan."Ada bad news pasal Jung-Ri.Keadaan jantung Jung-Ri teruk,tangan kiri dan kaki kanan dia patah serta dia mengalami amnesia dan koma akibat hentakkan yang kuat.So,keadaan Jung-Ri selepas ni dah lain sebab jantung dia lemah."kata Sunghoon sayu.Jay pula jatuh terduduk kerana terkejut mendengar berita itu.Dr.Sunghoon pun menepuk perlahan bahu Jay.

"Stay strong,bro." bisik Sunghoon.Yeonjun pula terdiam dan terkaku selepas mendengar penjelasan Dr.Sunghoon.Jay pun bangun lalu pergi meninggalkan Yeonjun.Sebelum dia pergi meninggalkan Yeonjun dia berkata."Yeonjun,kau telefon Tuan Park dan Puan Park sekarang.Kata kepada mereka yang Jung-Ri dengan Jungwon ada kat hospital sebab kemalangan."kata Jay sayu.

Yeonjun mengangguk.Dia pun menelefon Tuan Park dan Puan Park yang berada di Amerika itu.

Skip

Jay  melawat Jungwon yang berada di wad vvip itu.Jay pun duduk di atas kerusi yang disediakan.Jay mengusap lembut kepala Jungwon  itu.

"Uwon.Maafkan hyung sebab tak jaga uwon dengan Jung-Ri baik-baik.Hati hyung sakit sangat sebab tengok keadaan Uwon macam ni.Lagi-lagi keadaan Jung-Ri.Hyung rasa hyunglah abang yang tak guna  sebab tak jaga korang baik-baik.Semoga cepat sembuh my dear Uwon.Hyung sayang sangat Uwon lebih daripada nyawa hyung sendiri." kata Jay sambil mengalirkan air matanya.

Tuan Park dan Puan Park pun sampai ke Asan Medical Centre dan mencari kelibat Jay.Yeonjun pun membawa Tuan Park dan Puan Park kepada Jay.

"Jay,macam mana dengan keadaan Jungwon dengan Jung-Ri?" soal Puan Park dengan kerisauan."Jungwon okay je tapi Jung-Ri koma dan amnesia serta tangan dan kakinya patah.Keadaan jantung dia makin lemah akibat kemalangan itu tadi."kata Jay.Terdiam dan jatuh terduduk Puan Park apabila mendengar berita itu.























TBC








































Hi guys!! Sorry sbb dh lama tk update hehehehehe...btw Rina harap korang suka chapter ni hehehe🤭🤭




























𝒯𝒽𝒶𝓃𝓀𝓈 𝒻ℴ𝓇 𝓇ℯ𝒶𝒹𝒾𝓃𝓰🌹🌹🌹
Don't forget to vote and comment 😙🤭






❝𝗘𝗡𝗖𝗛𝗔𝗡𝗧𝗘𝗗❞⤳제이크 심⬿Where stories live. Discover now