"It's impossible" ujar Aiyanna. Mustahil. Mustahil. Ini semua tak logik.Aiyanna mengelengkan kepalanya. Entah dari mana kekuatannya, tanpa menghiraukan Rina dan Rita, dia terus membuka langkah dan berlari keluar dari bilik.
"Cik Muda" jerit mereka serentak. Mereka berlari untuk menangkap Aiyanna, namun aiyanna ternyata lebih pantas. Dia menutup pintu dari dalam dan menguncinya.
"Cik muda!! Buka pintu" mereka mengetuk pintu. Aiyanna tidak menghiraukan kedua-dua gadis yang digelar pembantunya.
"Stay here. I'm going to find the truth" gumamnya. Dia memalingkan wajahnya.
"Wahh, " Perkataan yang pertama keluar dari mulutnya. Massive, rumah itu sangat besar.Oh adakah patut dia katakan Istana? Dia berjalan di sekeliling bilik-bilik di sebelah biliknya sehingga dia menemui tangga, Tangga yang sangat aestetik berukiran era pre- revolunism Celadon-ukiran bunga-bungaan bertemakan warna merah. Dia menuruninya dengan berhati-hati. Tidak membenarkan sesiapa melihatnya. Sesampainya di bawah rumah itu lebih indah. Segala perabot yang mahal di buat daripada kayu jati bermutu tinggi, langsir dari kain baldu dari China dan lampu serta lilin yang menyinari ruang kediaman ini.
"Shit" Aiyanna terlihat bonda bersama wanita tak dikenali bergerak ke arahnya. Dia perlu memikirkan sesuatu.
" Scarf" Aiyanna melihat kain di atas meja, sedikit panjang, namun dia melilit di kepalanya dan menutupi muka.
"This will help." Setelah menutupi wajahnya dengan kain, dia bergerak ke arah pembantu yang membawa dulang berisi makanan. Aiyanna berbaris bersama mereka.
"Berhenti" Aiyanna tersentak. Dia membatu. Kenapa kakinya tidak mampu bergerak lagi. Dia menelan air liur. Tolonglahh
Seorang wanita berusia awal 50 an merenung dirinya. Meski pelik dengan penampilannya namun wanita itu tidak begitu peduli. Dia mengalihkan pandangan ke semua pembantu yang lain.Aiyanna cuba menyembunyikan dirinya dengan mengecilkan badannya di antara pembantu-pembantu tersebut.
"Hari ini, puan dan puan besar hendak makanan di halaman utama bukan ruang makan biasa. Jadi sediakan kesemua. Jangaan lakukan sebarang kesilapan. Faham " arahnya tegas
" Faham ketua" balas yang lain. Oh wanita ni headmaid. Aiyanna turut mengangguk. Dia bergerak bersama-sama yang lain ke halaman utama. Dia menghidangkan makanan, ketika yang lain sedang menyiapkan ruang makan, Aiyanna berlari kepintu pagar. Diam menangkap jeritan dari dalam kediaman. 'Aiyanna hilang. Aiyanna melarikan diri. '
Dia segera mempercepatkan langkah.Namun, pintu pagar di kawal ramai guard.
Aiyanna mengeluh. Dia memandang sekeliling. Idea mula muncul.Dia mengoyak sedikit kainnya untuk memudahkan pengerakan. Pagar kediaman itu dipanjatnya. Ni Aiyannalah, panjat pagar not a big deal. She did it multiple times when she wants to take a break from the toxic orphanage.
"Dia membersihkan baju yang sedikit kotor setelah turun dari pagar. Dia menanggalkan skarfnya. Tanpa membuang masa dia berlari ke arah yang tidak diketahuinya.
"Where am I?" matanya meliliau mencari arah yang tepat. Dia berlari sehingga tiba di sesuatu tempat. Aiyanna mereung sekelilingnya. Kesemua mereka memakai baju tradisional Celadon.
" Beri laluan" Aiyanna tersentak. Dia bergerak ke bahu jalan. Kenderaan berkuda baru sahaja melepasinya.
" Mustahil" Aiyanna terus berlari ke arah sebuah kedai.
" Maaf nak tanya" Ujar Aiyanna.
Mak Cik itu memandangnya lalu tersenyum" Ya"
" Sekarang tahun berapa, mak cik. 2022 kan mak cik" Senyuman pada mulut mak cik itu mati. Mungkin pelik dengan soalannya.
YOU ARE READING
Love Beyond Time
RomantikPengembaraan masa? Bagi gadis yang membosankan seperti Aiyanna Raegen perkara itu merupakan perkara terakhir di fikirannya, sekejap oh mungkin tidak! Mungkin perkara kedua terakhir di dalam fikiran selepas cinta. Namun, segalanya berubah apabila d...