"Aiyanna, tolonglah bangun. Aiyanna" rayu satu suara. Aiyanna merasakan pipinya diusap lembut. Jantungnya mula berdetak lebih laju. Perasaan ini lagi. Kenapa sentuhan lelaki ini sentiasa mampu membuatkan jantungnya haru-biru. Siapa jejaka ini. Siapa?
"Aiyanna, tolong, tolong bangun" ulang jejaka itu lagi. Aiyanna merasakan sentuhan lembut seterusnya pada tangannya, satu persatu jari jemarinya ditaut. Jarinya digenggam erat. Terasa hangat, terasa selamat. Terasa dia berada di tempat yang miliknya.
"Aiyanna" tangannya dicium lembut.
Suara yang merdu dan menjadi irama di telinganya. Suara yang terlalu familliar dan merupakan musik di telinganya namun kini ianya ialah musik syahdu. Aiyanna cuba untuk bangun namun kudratnya hanya membolehkannya mendengar. Dia yakin suara garau itu milik seorang jejaka yang sering muncul di dalam mimpinya. Dia dapat merasakan tangan jejaka itu kembali mengusap pipinya dengan lembut.
"Aiyanna" Apabila tidak mendapat respons jejaka itu memeluk lehernya. Adakah jejaka itu menangis?
Aiyanna cuba untuk bangun, jiwanya meronta untuk melihat jejaka yang sering menghuni mimpi-mimpinya. Dia cuba membuka matanya. Matanya dibuka, namun hanya cahaya silau di depannya. Cahayanya menyilaukan sehinggalahh.....
"Puan besar, cik muda dah terjaga. Puan! Puan besar!" Aiyanna terkebil-kebil melihat sekeliling. Semuanya terasa asing. Dia terbaring di atas katil yang empuk dan ditutupi dengan tirai berwarna merah jambu, begitu juga tilamnya, sekeliling biliknya diperhatikan, ukiran pada almari, tingkap dan cermin sangat familiar. Sekejap kesemuanya ialah ukiran yang bertemakan era revolunisme Celadon. Di manakah dia sekarang, set zaman pra-sejarah? Dia memerhatikan sekelilingnya lagi.
"Cik muda"ujar kedua-dua gadis yang berdiri di sisi katilnya sebelum mereka memberikannya tunduk hormat.
"Who are you? Where am I" ujar Aiyanna . Kedua-dua gadis itu memandang sesama sendiri. Kedua dua mereka mengerutkan dahi. Namun apabila dia cuba untuk berdiri gadis-gadis itu segera menghalangnya.
"Cik muda, cik muda belum kuat lagi. Sila berehat dahulu" pujuk mereka. Aiyana kembali baring ke katil. Ya, badannya masih lemah. Apa yang terjadi di manakah dia.
Aiyanna memandang kedua-dua gadis itu. " Mana Prof. Aaron, Prof Pearly, Ariel dah sampai ke?" tanya Aiyanna.Matanya melilau mencari kelibat mereka. Gadis-gadis itu memandang sesama sendiri sebelum mengangkat kening.
" Sahabit Cik muda ke? tapi Cik Muda Florence tidak pernah ada sahabat nama sebegitu" jawab gadis yang bertocang rambutnya. Gadis yang rambutnya diikat secara hairbun mengangguk setuju.
" Mustahil tak ada, Ariel is one of my bestfriend.... sekejap cik muda Florence?" Aiyanna tersentak.
" Ya, Cik muda Florence. Oh tidak, Cik Muda hilang ingatan ke? Sebab itu, cik muda bercakap perkara sepelik ini. Ini salah saya, saya patutnya temankan Cik Muda bersiar-siarkan. Kalau bukan sebab saya Cik Muda takkan ditimpa bala sebegini. Maafkan saya cik muda" gadis bertocang itu melutut sambil menundukkan kepalanya. Gadis di sebelahnya turut melakukan perkara sama.
Aiyanna ketika itu lebih di awang-awangannya sendiri. Ini bukan hospital. Dua gadis ini memanggilnya Cik Muda. Did someone try to set her into any prank?Ariel...
" Ariel, keluarlah, if this is for your drama performance, next week you can stop it, their acting is cool but it's started to feel boring anyway"
Kedua-dua gadis itu mengangkat kepala, wajah mereka bertambah kerut. Air mata tidak berhenti mengalir.
"Ariel, keluarlah, stop the acting!" jerit Aiyanna. Kesabarannya melebihi limit.
" Apa yang bising -bising ni" sergah satu suara di depan pintu.
YOU ARE READING
Love Beyond Time
RomansaPengembaraan masa? Bagi gadis yang membosankan seperti Aiyanna Raegen perkara itu merupakan perkara terakhir di fikirannya, sekejap oh mungkin tidak! Mungkin perkara kedua terakhir di dalam fikiran selepas cinta. Namun, segalanya berubah apabila d...