Chapter 5- The Meeting

14 1 3
                                    

"Sejak bila membaca tu hukuman?" soal Aiyanna, nadanya seperti tidak percaya. Dia baru sahaja sembuh sepenuhnya dan wanita yang memanggil dirinya nenda muncul di pintunya di awal pagi dan menyuruhnya memuhasabah diri dengan membaca di perpustakaan. Dia hampir melompat melihat betapa besarnya perpustakaan. Sekarang, setelah hampir setengah jam meneliti sekeliling perpustakaan. Dia mula memilih buku yang ingin dibaca.Hampir penuh tangan Aiyanna dengan buku-buku. This place is a heavan!!

Rita dan Rina berpandangan sesama sendiri sebelum rina bersuara.
"Hmm, kalau ikutkan cik muda sebelum ni tak suka membaca. Jadi setiap kali puan besar jatuhkan hukuman, dia akan kurung cik muda sehari dalam perpustakaan "jawab Rina. Rita mengangguk setuju. Aiyanna yang hampir penuh tangannya meletakkan buku di atas meja sebelum duduk.

Bagi tidak merumitkan keadaan, Aiyanna mengatakan bahawa dia hilang ingatan dan dia melarang pembantu-pembantunya memberitahu mereka yang lain. Mudah, sekarang dia hanya perlu beradaptasi dengan baik dengan segala yang terjadi. Dia yakin dia akan mendapat jawapan bagaimana dia boleh mengembara masa dan seterusnya kembali semula.

"Aku tak suka membaca? Macam susah nak percaya. By the way how about you guys tell me more about myself" kata Aiyanna sambil mengambil buku paling atas daripada timbunan buku itu.

"Huh?" soal mereka berdua serentak.Aiyanna mengaru kepalanya yang tidak gatal. Baru teringat mereka tidak memahaminya dalam english. Dia meletakkan bukunya ke tepi.

" Okay macam ni, kalau aku tak suka membaca, apa yang selalu aku buat" soal Aiyanna. Dia memandang kedua-dua pembantunya. Tangannya diletakkan di atas meja.

Muka Rina berseri apabila ditanya soalan itu. "Cik muda Florence lebih suka kepada perubatan, setiap petang kita bertiga akan cari herba-herba dan cik muda akan sediakan ubat daripada herba tu dan edarkan pada penduduk yang lain" jawab rina dan rita mengangguk.

" Kalaulah haritu kami berdua tak tinggalkan cik muda, pasti cik muda tak sakit macam ni, kalaulaah kami ikut je cik muda ke gua glaucous untuk cari herba pasti semua ni tak jadi"sambung rita.

Aiyanna tersentak.

"Gua Glaucous? Gua Glaucous ada dekat sini"

Rita dan Rina mengangguk laju. Rita bergerak ke satu sudut diikuti Rina. Dia membuat signal supaya Aiyanna mengikut mereka. Aiyanna meninggalkan buku dan melangkah menaiki tangga ke sudut paling tinggi di perpustakaan itu. Dia mendekati rita dan rina yang berdiri berdekatan dengan cermin.

Rina menghalakan tangannya ke satu arah dan Aiyanna memalingkan pandangannya ke luar cermin.

"Gua Glaucous" ujar Aiyanna tidak percaya. Gua Glaucous itu terletak di atas bukit. Ya, pasti jawapan untuk pulang ada di situ. Dia yakin. Dia perlu ke sana.

"Finally, sampai" kata Aiyanna, dia menghirup udara segar di atas bukit itu. Bagaikan tidak percaya, kini Gua Glaucous hanya beberapa meter di hadapannya.

Mendaki bukit bukan perkara yang sukar buat Aiyanna. Ini merupakan hobinya. Dia sering mengajak Ariel untuk melakukan aktiviti ini bersama tapi faham-fahamlah mustahil Ariel akan menghabiskan masanya untuk mendaki bukit di awal pagi. Budak tu kuat tidur.

Aiyanna melangkah ke dalam gua itu. Ruby yang tergantung di lehernya digenggam erat. Gua ni gelap. Dia perlukan 'torch'.

Aiyanna segera mengumpulkan kayu dan daun kering dan cuba untuk menghidupkan api. Ada gunanya dia menyertai pengakap di saat genting sebegini.

Tanpa menunggu lama, api berjaya dihasilkannya, dia mengambil kayu yang agak besar dan panjang untuk dijadikan torch. Tapi kesemua kayu yang dikumpulnya kecil dan rapuh. Jadi dia bangun dan mencari kayu yang lebih besar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Beyond TimeWhere stories live. Discover now