PART 2

1.3K 24 0
                                    

Kereta milik Sofiea memecut laju menuju ke destinasi yang ditetapkan iaitu ke club.Didalam kereta sofiea dan Fatin banyak menghabis kan masa untuk berbual kosong hingga la mereka sampai ke tempat parking kereta di depan club.Di depan pintu masuk Hafeez dan Shahrul melambai tangan pada mereka berdua,mereka membalas.

"dah lama ke u all sampai?"tanya sofiea pada Hafeez dan Shahrul.

"baru je kami sampai".jawab Hafeez sambil tangan nya memaut pingang kekasih hati nya dan ciuman dihadiah kan di pipi Sofiea,ada yang memerhati dan menjeling melihat mereka.

"dah la u all ni,nak kasi kami jelouse la tu,jom la masuk ke nak stay kat luar ni sampai pagi".marah Fatin,dalam nada yang memerli.Fatin memang tidak suka dengan keakrabaan Sofiea dan Hafeez disebabkan dia sudah lama menaruh harapan pada Hafeez semenjak mereka mula masuk kolej.Sofiea kenal Hafeez pun disebab kan oleh dia,kalau tak mereka tak kan bersama.Hafeez rapat dengan Fatin semata-mata ingin mendapat kan nombor telefon Sofiea disebabkan itu la Fatin menyimpan dendam pada mereka berdua.

"ok...ok... Jom"jawab Hafeez masih lagi merangkul pingang Sofiea,sofiea tersenyum.Fatin dan Shahrul mengekori mereka berdua.

Diruang tari sofiea dan Hafeez menari sambil berpelukan,Fatin pula menari dengan lelaki yang tidak dikenali.Cuma shahrul saja yang tidak mahu ikut mereka,dia cuma duduk di meja yang mereka tempah tadi dan minum saja,itu pun bukan minuman haram.dalam mereka 4 bersahabat cuma dia saja yang tidak pernah menyentuh minuman haram itu.cuma ke club saja dia ikut itu pun disebabkan oleh ajakan teman baik nya Hafeez.ikut kan hati nya baik tidur saja dirumah dari terkinja-kinja disini.

Sofiea yang tidak larat lagi menari duduk di sebelah Shahrul dan terus meneguk air haram nya.hingga la dia mabuk.penat juga Shahrul menahan dia dari tidak minum berlebihan,tapi tidak diindah kan.disudut yang tidak boleh mereka lihat Hafeez dan Fatin menari dan berpelukan.sempat lagi Hafeez mencium leher Fatin,dibiar kan diri nya diperlaku kan sebegitu,sememang nya mereka mempunyai hubungan dibelakang sofiea tanpa pengetahuan nya.

Melihat Sofiea sudah terbaring disebabkan minum terlalu banyak dan mabuk,Shahrul pergi mendapat kan Hafeez untuk memberitahu pada Hafeez tentang Sofiea yang mabuk itu,tapi tidak diindah kan disebab kan dia dan Fatin tidak puas lagi menari,lalu disuruh Shahrul hantar kan Sofiea pulang kerumah.dia pun menurut kerana dia tidak sanggup meninggal kan Sofiea yang mabuk terbaring disitu seorang diri.takut pula apa-apa akan terjadi atas diri sahabat nya nanti,terpaksa la dia menghantar pulang Sofiea.dia pun tak sanggup disitu lama-lama.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"sofiea kita dah sampai rumah u ni".

"mmm apa dah sampai...ooo ok i masuk dulu la ye".jawab sofiea sebelum keluar dari kereta Shahrul,shahrul keluar dari kereta kerana bimbang dengan keadaan Sofiea begitu,baru setapak Sofiea jalan dia tidak dapat seimbang kan badan nya hampir saja dia terjatuh tapi sempat di sambut oleh Shahrul.degupan di dada nya laju berirama saat tubuh nya mendekati Sofiea.

"u boleh jalan ke tak ni,i hantar kan la dekat dalam rumah u ye".angukan saja diberikan.

Shahrul memberi salam dan mengetuk pintu rumah Sofiea,dalam beberapa saat terbuka pintu rumah itu,muncul nenek Sofie di depan pintu dengan muka yang garang.

"ni apahal pulak ni...mabuk?apa nak jadi la budak-budak zaman sekarang ni.ni mesti kamu yang ajar dia kan?".marah nenek Sofiea pada shahrul.

"saya minta maaf nenek,saya dah larang dia minum tapi dia degil,minta maaf sangat".jawab shahrul dalam keadaan bersalah dan takut.Selepas saja habis dimarah dan di ceramah Shahrul terus memandu kereta pulang kerumah nya.

"kamu nak jadi apa Sofiea balik mabuk berdosa kamu tahu tak".marah nenek sofiea.

"jangan nak membebel boleh tak nek,orang penat ni".Sofiea masuk kedalam bilik dan menghempas kan pintu bilik nya sekuat hati,dan terus tidur.sememang nya Sofiea memang anak yang tidak mendengar kata orang tua dan tidak mahu terima nasihat,malah di tinggi kan suara nya balik pada orang tua.

"kau tunggu la nasib kau Sofiea".nenek Sofiea terus kebilik nya.

kisah cinta kitaWhere stories live. Discover now