"Kringggg"bunyi jam loceng yang ada di atas meja di sebelah Sofiea berbunyi menanda kan sudah waktu pagi dan masa untuk ke kolej.bunyi jam loceng sangat bising dan merimas kan telinga nya,ditekan jam itu dari berbunyi.sepuluh minit sudah berlalu Sofiea masih tidur lagi.bunyi ketukan dari pintu bilik nya membuat nya bertambah marah.dia tahu siapa yang ganggu tidur nya pagi itu.
"Sofiea kamu tak mahu pergi kolej ke?dah pukul 10 pagi dah ni,kamu takde kelas ke?"Datin mariam membebel.
"bising la mama ni!kacau orang tidur je,takde la jangan kacau!!!".Sofiea sambung balik tidur nya.tiba-tiba dia teringat kan sesuatu yang pagi ni dia ada kelas lagi-lagi Prof yang paling garang yang mengajar.dia terus bangun dari katil dan mencapai tuala dan terus ke bilik mandi.selesai saja dia terus mencapai baju dan seluar dia berpakaian ringkai tapi menarik dipandang.cepat saja dia menyiap kan diri dan terus turun kebawah.sampai saja ke bawah mama nya Datin Mariam mengajak dia bersarapan dahulu sebelum ke kolej.Datin Mariam tahu yang Sofiea sudah lambat untuk ke kelas tapi dia tetap ingin mengajak putri kesayangan nya untuk bersarapan sebelum memulakan pembelajaran dia takut yang Sofiea akan masuk angin kalau tidak mengisi perut pada waktu pagi,dia cukup kenal anak nya kalau tidak suruh makan tidak akan Sofiea menyentuh makanan.
"Sofiea mari sarapan".ajak Datin Mariam.
"takpayah la mama Sofiea dah lambat nak ke kelas".dengan muka yang malas hendak layan.
"Makan la sikit buat alas perut"malas nak bertengkar Sofiea mencapai roti kosong di atas meja.
Belum sempat dia hendak menyarung kan kasut nya nenek nya bersuara"memang la lambat bangun semalam minum arak sampai mabuk,nak jadi setan ke kamu ni Sofiea".dengan muka yang menyampah pada Sofiea.terkejut Datin Mariam mendengar kan apa yang dicerita kan oleh ibu mertua nya itu.
"betul ke kamu mabuk semalam Sofiea mama tak sangka perangai kamu macam ni".sedih saja kedengaran suara Datin mariam.Sofiea tidak menghiraukan kata-kata mama dan nenek nya,dia terus keluar dari rumah dan memecut laju ke kolej yang dia fikir kan sekarang ini cuma takut nya pada Prof yang garang mengajar pagi ini.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Teruk juga Sofiea dimarah pagi tadi,mana tidak nya dia dimarah di hadapan kelas,semua mata memerhati dan ada juga yang mentertawa kan nya.tapi dia tidak mengendah kan apa yang di cakap oleh Prof nya tadi,cuma yang dia tahu hanya memekakkan telinga saja masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
"u all balik pukul berapa semalam?"tanya Sofiea pada Fatin,Hafeez,dan Shahrul.
"i dengan Fatin balik pukul 4 pagi semalam.i nak hantar u tapi Shahrul ni haa yang nak hantar u,dia kata nak balik awal,u pun semalam nak ikut dia i tak kisah la dia hantar u balik".jawab Hafeez dan Fatin menganguk mengiya kan jawapan Hafeez.
Hafeez meletak kan jari pada bibirnya tanda merahsia kan kejadian semalam tanpa pengetahuan Sofiea.Shahrul terkejut akan tuduhan Hafeez pada nya.semalam dia sudah mahu ajak pulang tapi merka berdua yang tidak mahu kata nya tidak puas lagi menari.dia terpaksa membawa pulang Sofiea dalam keadaan mabuk semalam.Dia cuma mendiam kan diri dan menganguk,sememang nya shahrul seorang yang lurus bendul.
"ooo ye ke......"senyuman diberikan kepada Shahrul,tanda terima kasih nya semalam.senyuman Sofiea dibalas dengan degupan didada nya.
Mereka bersembang dengan gelak ketawa cukup meriuh kan keadaan di kelas itu.